Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Thursday, July 16, 2009

Syurga Cinta VS Perempuan Berkalung Sorban


Minggu ini mungkin boleh saya kategorikan minggu saya menonton filem Nusantara. Sebenarnya waktu senggang diperlukan dalam menonton filem. Agar masa senggang dengan berisikan tontonan saya tidak sia-sia saya mengambil keputusan untuk membuat sedikit nilai banding antara dua filem. Satunya filem untuk mudah dengan mesej yang ringkas tetapi penting. Syurga Cinta dengan hanya menonton kita dapat jangkakan pembikinannya tidak berat tiada kos yang besar, tiada babak yang sukar, bahkan penghayatannya juga sekadar menyiapkan sebuah cerita untut disembahkan pada umum. Simpulnya tiada kesungguhan karya yang dapat dikecap oleh penonton berselera sastera. Baris -baris kata ringan sudah dikatakan puitis. Tetapi kemungkinan perinsip fokus dalam menyampaikan mesej sastera dijadikan gaya kupasan oleh penulis Syurga Cinta. Saya mungkin tertarik dengan lokasi dan latar Syurga Cinta jelas kemewahan yang diketerampilkan. Tetapi keislaman filem itu sangat menempel seolah ceritanya cinta jenisnya Islamiy. Jelas dengan pembahagian jodoh kepada 3. Dari Allah, dari jin dan juga syaitan.

Ini berbeda dengan Perempuan Berkalung Sorban Konfliknya perbagai ceritanya padat dan berat isinya jitu, walaupun latarnya tidak seindah Syurga Cinta tetapi senarionya jelas ini kerana ceritanya dari Anissah kecil sehingga dia melalui alam rumahtangga. Jangka hayat ceritanya lebih panjang dan penonton lebih kenal dengan watak-watak didalamnya berbanding Syurga Cinta yang hanya berumur sebulan lebih. Bagi saya cerita atau filem yang baik adalah filem yang ada perjuangannya bukanlah filem yang ramai penontonnya. Mungkin ini tidak komersial di tanah air kita tetapi itu hanya ketika kita menawarkan filem kita hanya di sekitar penonton Malaysia. Mari kita lihat jiran kita Thailand bagaimana mereka mendapat sambutan dunia? Kerana mereka mengenepikan lawak-lawak bodoh yang tidak diperlukan. Walaupun Syurga Cinta mempamerkan lawak yang berpatutan dan di luar kelompok cerita yang saya sebitkan tadi. Tetapi filem itu masih sempit. Perbahasan di dalamnya sekitar kisah cinta dan masalah sosial remaja tanpa kembali kepada penyelesaiannya. Berbeza dengan Perempuan Berkalung Sorban menghurai permasalahan dan menawarkan penyelesaian Filem sebegini yang mendidik masyarakat. Sudah banyak filem Ahmad Idham yang saya ikuti saya akui dia mampu memaparkan kerosakan yang benar benar berlaku dalam masyarakat kita. Tetapi itu bukan membantu pemulihan masyarakat. Orang karya kerjanya bukan mempamerkan tetapi membuat perubahan. Ini kita belajar dari karyawan dahulu seperti pendeta Za'aba Prof Hamka bahkan A Samad Said sendiri terlibat dalam perjuangan karyawan terbaru memperjuangkan PPSMI sehingga yang batil terus lemas.

Kini saya lihat dalam dua filem ini bukan lagi dua cerita yang berbeza tetapi sebenarnya dua sikap karya yang berlainan antara pemapar dan juga pendidik. Syurga Cinta sekalipun menampilkan keanggunan wanita berpegang dengan Islam tetapi mesej ini tidak jelas kita boleh lihat sendiri paparan ini dalam blog-blog yang menceritakan mengenainya bandingkan komentar berkenaan Perempuan Berkalung Sorban. Nah inilah bezanya benar penonton mana-manapun mahukan Happy Ending tetapi bagaimana permainan perasaan itu dibawa? Inilah seni yang perlu dikuasai. Saya tidak pasti apakah komentar saya ini hanya akan dipandang sebagai komentar buntu yang tidak menawarkan apa-apa? tetapi ini bukanlah komentar pertama saya berkenaan filem.

PBS dan SC sebenarnya kedua-duanya filem yang baik untuk ditonton. Tetapi saya meletakkan PBS lebih mendidik dan wawasan penceritaannya jauh lebih tuntas dari SC. Pelakonnya yang mampu membawa setiap watak dengan jelas dan hidup berbanding SC yang terganggu dengan langkah keras Heliza. Walaupun pendatang baru dalam dunia lakonan itu bukanlah alasan untuk tidak berkreativiti dalam berlakon. Watak kerasnya jelas semasa malam sebelum dia dipermainkan Irham dan rakan-rakannya di cafe. Ini sangat berbeza dengan watak Anissah yang mampu mengawal sinar atau aura matanya sehingga mengesankan penonton. Padahal Heliza mempunyai asset yang lebih besar dengan matanya yang bundar untuk mempamerkan perasaannya. Walaupun saya telah kecewa dengan SC namun filem itu mampu membuatkan saya memberi tumpuan sehingga penutup.

Saya mungkin seorang penonton yang sangat banyak menonton dari pelbagai negara mungkin ini menyebabkan saya cerewet dalam memuji filem tempatan. Saya tetap menantikan filem Malaysia seperti Bukit Kepong kembali menghiasi pentas pawagam kita. Filem yang mempamerkan perjuangan dan mengajar sesuatu kepada masyarakat. Pengorbanan diperlukan untuk meraih kejayaan. Semakin tinggi pengorbanan semakin banyaklah kejayaannya. PBS telah mengisahkan perjalanan hidup Anissah sebagai pejuang hak wanita dalam suasana pesantren yang jumud dengan tabah dan berjaya pada saya. Sekali lagi filem Malaysia kalah. Teruskan berjuang penerbit tempatan. Syabas kepada David Teoh kerana terbuka untuk mengusulkan cerita seperti SC dan menampilkan gaya hidup Islam yang sederhana dalam filem terbitannya. Jika orang belum Islam mampu menaja filem berunsur Islam kenapa orang sudah Islam sibuk dengan filem berunsur barat?? renungkan.

2 comments:

fairuzsallehuddin said...

abg buat eyush terpanggil nak tgk cerita2 ni. thanks :)

pemimpiindah said...

setuju dengan terkehadapannya PBS berbanding SC.
Agak kecewa sebenarnya dengan SC sebab takde keaslian seakan memotong tampal 'Kiamat Sudah dekat'. Walaupun garapan berbeda.

Masih menanti sebuah filem baik dari Malaysia.