Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Wednesday, August 26, 2009

Hari yang padat.

5.00 pagi sahur.
5.30 solat subuh.
7.00 tidur.
10.oo bangun.
11.00 beli barang.
12.15 pesiang daging.
13.15 solat zohor
13.25 masak.
16.30 solat asar.
18.00 hidang.
19.12 berbuka.
19.30 solat maghrib
19.40 kemas tempat makan.
20.20 Siap
20.35 isya
20.50 tarawih.
21.45 tahlil.
22.00 Tadarus
23.00 kemas barang.
2.54 pagi duk ngadap benda ni tak boleh nak tido lagi badan dah flat kepala nak tido pon tak padam.

Friday, August 21, 2009

Madrasah rabbaniy.

Alhamdulillah kerana kita masih dipanjangkan umur ntuk menyambut Ramadan kali ini. Insya Allah kita akan melaluinya dengan lebih baik dari yang sebelum ini.

Sebelum kita berbicara lebih jauh mari kita melihat apakah sebabnya kita berpuasa? Allah berfirman dalam Surah Baqarah maksdnya : wahai orang-orang beriman, Telah difardhukan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.

Bagi menyimpulkan maksud ayat di atas saya ingin mengumpamakan ramadhan itu dengan sekolah. Sperti biasa sebuah sekolah it pastila ada pengasasnya maka bagi sekolah  Ramadhan pengasasnya hanyalah Allah. Manakala peuntut Ramadhan telah jelas dalam ayat di atas iaitu orang-orang yang beriman. Allah selaku pengetua madrasah ramadhan menyeru manusia yang beriman sahaja untuk menuntut dalam madrasah yang mulia ini.

Selain kita yang hidup hari ini sebenarnya puasa telah menyekolahkan umatumat sebelum kita di sini menunjukkan bahawa kewibawaan madrasah ini sejak zaman berzaman. Maka apakah pula silibusnya?

Puasa merupakan pengajian mujahadatun nafsi yang mana disimpulkan dalam puasa. Puasa itu ertinya menahan diri dari minum, makan, jimak, merungut, marah, bermalas-malas dan pelbagai lagi perkara yang boleh merosakkan puasa seperti melihat maksiat, mendengar maksiat, bertutur yang sia-sia dan memperbanyakkan kebaikan. Inilah kehendak nafsu. Jadi pendidikan jiwa ini adalah dengan menahan kehendak nafsu di siang hari dan melakukan keengganan nafsu di malam hari. Inilah silibus yang perlu kita hadhamkan selama sebulan dalam keadaan sedar dan yakin.

Setelah itu apakah sijil atau pengkhususan yang ditawarkan dalam sekolah ini. Sebagaimana school of law melahirkan lawyer setelah pelajarnya mendalami kemahiran undang-undang, School Of engineer melahirkan jurutera setelah tempoh pengajiannya. Allah meletakkan harapan kepada kita pelajar ramdhan untuk menjadi orang yang bertaqwa. Jadi di sini kita tahu bahawa Muttaqin itu penghasilan dari kawalan nafsu. Siapa yang mahu menjadi taqwa dan gagal dalam Ramadan maka hendaklah mereka meneruskan dengan kursus tambahan lain dalam mjahadah Nafs di luar Ramadan.

Dengan ini Mari kita renungkan Sabda Rasl yang bermaksud: Sekiranya kamu boleh menjamin bagiku 6 perkara nescaya aku jamin bagimu Syurga. 1- menjaga kalam dari dusta. 2- menunaikan janji, 3- melaksanakan amanah. 4- menjaga kehormatan. 5- menundukkan pandangan. 6 - mencegah diri dari menyakiti muslim. riwayat Muslim. Renungkan dan semoga Allah jadikan kita penuntut yang beroleh taqwa dari madrasah ramadhan.

sampai jumpa lagi doakan saya dan semua umat islam dimudahkan urusan ibadah dalam bulan ini.

Sunday, August 16, 2009

Kenapa Kita Hidup?

Kita tahu bahawa kita diciptakan tanpa tujuan lain melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Bahkan kita juga tahu itu adalah inti ayat 27 dalam surah adz-Dzariyat. Tetapiuntuk apa kehidupan kita ini? APakah perbezaan soalan ini dengan matlamat penciptaan.

Mari kita lihat ayat ketiga surah al-Mulk. Dialah (Allah) yang menciptakan kehidupan dan kematian untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya? Jadi jika kita wujud kerana ibadah hidup kita ini adalah perlumbaan untuk menjadi hamba terbaik iaitu melaksanakan amalan sebaik mungkin. Dalam ayat yang lain yang sering kita ulang sebagai doa pembukaan solat kita. Kita bacakan sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tetapi apakah tindakan kita sehari-hari memenuhi tuntutan doa kita ini?

Ada remaja yang berkata kita hidup ni sekali sahaja maka nikmatilahia sepuasnya. Ada pula yang berkata hidpuini sekejapsahaja kenapa nak buang masapening-pening kepala hidup dengan relaks sudahlah. Ada pula yang kata masa muda ni la nak enjoy nanti tua dah kena duk Masjid. Jadi kemanakah perginya konsep perlumbaan untuk menghasilkan amalan yang paling baik tadi?

Ada pula yang berkata kerjapun ibadah juga. Ada pula yang berpendapat Islam ni luas tak dapat semua ambilsikit pon oklah. Ada pula yang berkata aku dah solat, puasa, zakat fitrah tak missed dan lani pon tgh kumpul duit nak pi Haji kira orait la tu.
Mereka ini beradadalam golongan yang merasakan amal yang sedikit itu memadai. Mereka mungkin gagal mungkin juga berjaya dalam peringkat saringan perlumbaan amal. Ini kerana mereka tidak dimotivasikan untuk mencapai piala ubudiah.

Ada juga golongan yang tertipu dengan amalnya yang sangat banyak. Sehingga timbul rasaujub pada dirinya. Mereka ini terletak dalam golongan yang Allah sebut sebagai mereka menyangka mereka melakukan kebaikan padahal mereka telah merosakkan jiwa mereka. Jadi perlulah kita semua(saya,kamu,dan mereka) merebut masa untuk beramal dan menambahilmu kerana keghairahan ingin menambah amal. Sehingga perasaan bosan itu bosan dengan kesungguhan kita. Sehingga kemalasan itu malas dengan kerajinan kita. Marilah kita jadi hamba yang sangat bersungguh-sungguh nak mempamerkan padaALlah rasasyukur kita. Marilah kita bangkitkan rasa cemburu melihat orang lain mendapat cinta Allah. Mari kita hidupkan kembali eraperlumbaan ini dalamkitaran sejarah kehidupan manusia. Ramadhan adalah pentas paling berprestige untuk perlumbaan ibadah ini. Marilah kita rebuat piala piala Ramadhan.

Sunday, August 09, 2009

Penentangan Terhadap Penjajahan British 1917-1920

Penentangan Terhadap Penjajahan British 1917-1920

Oleh : Siddiq Osman

1. Penentangan bersenjata yang pertama berlaku pada 1886 iaitu para petani mengusir Yahudi yang merampas tanah mereka pada ketika itu dengan campur tangan kerajaan Uthmaniyah.

2. Penentangan ini bertambah selepas kesedaran terhadap Projek Zionis tersebar. Pemuka-pemuka Islam di al-Quds menentang Risyad Basha yang merupakan pemimpin al-Quds ketika itu dalam memberikan milikan kekal ke atas tanah Palestin kepada Yahudi pada tahun 1860. Mereka mengutuskan bantahan kepada Perdana Menteri Kerajaan Uthmaniyah pada 24 Jun 1891 menuntut sekatan penghijrahan Yahudi Russia ke Palestin dan menegah pemilikan tanah pada Yahudi di bumi Palestin. Antara yang terlibat dalam penetangan ini : Rasyid Ridha, Yusuf Khalidiy, Muhammad Tohir al-Husainiy, Ruhiy Khalidiy dan Said al-Husainiy.Telah berlangsung beberapa seminar kesedaran sebelum perang dunia pertama 1914.

3. Pada 1917 British telah menjajah selatan dan tengah Palestin. Pada September 1918 utara Palestin pula jatuh ke tangan British. Tetapi mereka memasuki Palestin dengan tentera gabungan yang diketuai al-Syarif Husain. Oleh yang demikian penentangan oleh bangsa Palestin tidak tercetus kerana mereka menjanjikan kebebasan dan kemerdekaan bangsa Arab. Bagaimanapun British memungkiri janji mereka dengan membenarkan Yahudi membentuk kerajaan autonomi di Palestin.

4. Golongan pertama menentang Projek Zionis adalah Jamiah al-Fida’iyah pada awal 1919 yang terdiri dari beberapa cawangan di Yafa, alQuds, Ghazza, Nablus, Tulkaram, Ramlah dan al-Khalil. Pemimpin pertamanya adalah Muhammad ad-Dibagh, kemudian Mahmud Aziz al-Khalidiy dan berterusan dalam pelbagai bentuk sehinggalah tahun 1923. Gerakan inilah yang mencetuskan Intifadhah Musim Nabi Musa di al-Quds pada April 1920.

5. Diantara Disember 1919 - Mac 1920 Arab telah menyerang kem penjajahan Yahudi di al-Jalil bahagian atas sehingga mereka merampas kembali al-Mutillah,Tel Hayy, Kufru Jal’adiy dan Yahudi terpaksa melarikan diri. Dalam Intifadhah Musim Nabi Musa pada 10 April 1920, telah mengakibatkan kematian seramai 5 oranng Yahudi dan seramai 211 orang yang cedera termasuk 18 orang cedera teruk dan turut melibatkan kecederaan 7 tentera British. Walaupun gugur 4 orang dari pihak mujahidin dan cedera 24 yang lain tetapi Intifadhah ini dianggap berjaya dengan kegiatan yang terancang oleh kepimpinan Jam’iyah al-Fada’iyyah.

Sumber : Palestin Kajian Dasar Dalam Permasalahan Palestin.. (Oleh : Dr.Muhsin Muhammad Soleh)

Terkandas

Siang tadi menjawab teka-teki.
Siang tadi menjadi saksi.
Bumi ini menjahit pekerti.

Jawapan tidak!
Memberiku faham duit bukan kuasa.
Memberiku ilham sini tempat ujian.
Kurnia ilahi bernama Iman
membuatku redha takdir ini.

Tidak kali ini,
Datang setelah ku merayu
dengan alasan dengan bantahan.
Tetapi tidak ini begitu kukuh padu.
Rayuku luluh, bantahku patah.

Ku hubung ke rumah khabar kegagalan.
Ku panggil mertua cerita kekalahan.
Mereka bersedih tetapi menyimpan
berselindung sebalik nasihat mengukuhkan.

Goyahku kini bertongkat,
longgarku berikat.
Ayat Tuhan kusandarkan
sebuah keyakinan.
Sesungguhnya selepas susah
ada indah.

Dalam terkandas
nyawaku menghembus pantas.
Wahai diri kau akan pulang.
Menyambung rantai juang.
Bukan terkandas tetapi,
inilah peluang menampung lubang.
Koyak rabak pakaian perang.

Siddiq Osman
9-8-09