Alhamdulillah kerana kita masih dipanjangkan umur ntuk menyambut Ramadan kali ini. Insya Allah kita akan melaluinya dengan lebih baik dari yang sebelum ini.
Sebelum kita berbicara lebih jauh mari kita melihat apakah sebabnya kita berpuasa? Allah berfirman dalam Surah Baqarah maksdnya : wahai orang-orang beriman, Telah difardhukan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.
Bagi menyimpulkan maksud ayat di atas saya ingin mengumpamakan ramadhan itu dengan sekolah. Sperti biasa sebuah sekolah it pastila ada pengasasnya maka bagi sekolah Ramadhan pengasasnya hanyalah Allah. Manakala peuntut Ramadhan telah jelas dalam ayat di atas iaitu orang-orang yang beriman. Allah selaku pengetua madrasah ramadhan menyeru manusia yang beriman sahaja untuk menuntut dalam madrasah yang mulia ini.
Selain kita yang hidup hari ini sebenarnya puasa telah menyekolahkan umatumat sebelum kita di sini menunjukkan bahawa kewibawaan madrasah ini sejak zaman berzaman. Maka apakah pula silibusnya?
Puasa merupakan pengajian mujahadatun nafsi yang mana disimpulkan dalam puasa. Puasa itu ertinya menahan diri dari minum, makan, jimak, merungut, marah, bermalas-malas dan pelbagai lagi perkara yang boleh merosakkan puasa seperti melihat maksiat, mendengar maksiat, bertutur yang sia-sia dan memperbanyakkan kebaikan. Inilah kehendak nafsu. Jadi pendidikan jiwa ini adalah dengan menahan kehendak nafsu di siang hari dan melakukan keengganan nafsu di malam hari. Inilah silibus yang perlu kita hadhamkan selama sebulan dalam keadaan sedar dan yakin.
Setelah itu apakah sijil atau pengkhususan yang ditawarkan dalam sekolah ini. Sebagaimana school of law melahirkan lawyer setelah pelajarnya mendalami kemahiran undang-undang, School Of engineer melahirkan jurutera setelah tempoh pengajiannya. Allah meletakkan harapan kepada kita pelajar ramdhan untuk menjadi orang yang bertaqwa. Jadi di sini kita tahu bahawa Muttaqin itu penghasilan dari kawalan nafsu. Siapa yang mahu menjadi taqwa dan gagal dalam Ramadan maka hendaklah mereka meneruskan dengan kursus tambahan lain dalam mjahadah Nafs di luar Ramadan.
Dengan ini Mari kita renungkan Sabda Rasl yang bermaksud: Sekiranya kamu boleh menjamin bagiku 6 perkara nescaya aku jamin bagimu Syurga. 1- menjaga kalam dari dusta. 2- menunaikan janji, 3- melaksanakan amanah. 4- menjaga kehormatan. 5- menundukkan pandangan. 6 - mencegah diri dari menyakiti muslim. riwayat Muslim. Renungkan dan semoga Allah jadikan kita penuntut yang beroleh taqwa dari madrasah ramadhan.
sampai jumpa lagi doakan saya dan semua umat islam dimudahkan urusan ibadah dalam bulan ini.
1 comment:
ramadhan kareem. Moga madrasah ini mengajar kita menjadi manusia hamba Tuhan yang sebenar2nya. Mohon maaf silap salah.
Post a Comment