Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Thursday, January 07, 2010

Isu Kalimah Allah.

mungkin agak lewat untuk saya jelaskan isu ini. Tetapi bagai kata orang putih betterlate than never. Saya agak terkilan beberapa komen yang saya dengar baik dari penuntut atau ahli agama yang mengupas isu ini.

Kupasan saya yang saya faham:

Isu ini diadili di Mahkamah sivil dalam kes penggunaan kalimah Allah dalam akhbar Katholik. Keputusan olh hakim berbangsa china bukan beragama Islam telah membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Akhbar itu sebagai merujuk kata God atau Tuhan yang selama ini digunakan dalam bible dan sebagainya.

Di sini ada yang berpendapat isu ini tidak patut di adili di mahkamah sivil kerana kalimah Allah di Malaysia merujuk kepada Tuhan bagi seluruh orang Islam. Maka isu ini mesti melalui mahkamah syariah.

Saya merasakan ianya di luar perbahasan syariah kerana kita adalah negara sekular dan isu cetakan adalah bukan hal beragama di Malaysia. Walaupun ianya percetakan gereja, dan hal ini di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri bukan JAKIM atau badan badan agama yang lain. Sejak dari dasar kita sudah asingkan isu kehidupan dari agama maka isu syariah kita sdah sangat sempit ditambah dengan badan-badan agama kita yang tidak cukup kakitangan dan sibuk dengan kes khalwat dan arak.(di sini saya merasakan sistem perundangan syariah kita sangat lemah.)

Kedua Isu ini berkaitan dengan menggunakan nama Allah untuk agama lain. Di tanah Arab kalimah Allah digunakan semua agama. (kristian, Yahudi dan Islam) Tetapi yang hanya menyembah Allah sahaja adalah Islam. Di barat bible berbahasa Inggeris menggunakan kalimah God , Lord dan Father merujuk kepada Allah. Kristian yang sampai di tempat kita sejak zaman berzaman adalah dari barat iaitu katolik bukan koptik seperti yang banyak di timur. Persoalannya sejak beratus tahun krsitian wujud di Malaysia kenapa sekarang baru mereka mahu menggunakan kalimah ALLAH?

Banyak berpendapat bagi mengelirukan orang Islam supaya menyebabkan lagi banyak kes murtad yang sudah sedia banyak. Ada juga berpendapat ini percubaan untuk mereka melarat lebih jauh kepada penggunaan nama Allah yang Maha Suci dalam agenda agenda syirik mereka. Tidak kurang berpendapat apa salahnya menggunakan nama Allah selagi mereka merujuk kepada Tuhan bukankah kita tahu mereka juga percaya kepada Tauhid Rububiyah cuma ingkat dalam tauhid Uluhiyah.

Saya berpendapat ini adalah satu tamparan kepada orang Islam di Malaysia. Setelah anak lelaki dimurtadkan dengan wang, anak gadis dilacurkan dengan seks. Kini nama Tuhan bagi orang Islam direbut dalam perebutan undang-undang yang digagaskan oleh penganut mereka dan kita jadikan sistem keadilan negara kita. Syariah kita dijadikan minor dalam bidang kehakiman. Salah siapa isu ini? Mereka cuma seolah berkata buat apa kalian nak kecoh sangat isu kalimah Allah ini kita kan sama saja?

Kalimah Allah sangat suci dan Allahlah yang Maha Memelihara. Kita yang tiada mampu membela maruah kita serahkanlah urusan Kemuliaan Allah kepada Allah. Kita kembali kepada menegakkan dahulu kemuliaan Islam dalam diri kita, keluarga kita, Masyarakat kita. Isu kalimah Allah ini juga sedang dipolitikkan oleh sesetengah manusia. Jika benar isu ini dipandang besar oleh pihak berkuasa maka gunakanlah kuasa yang ada. Mengapa perlu bising-bising negara kita bukanlah minoriti Islam. Apakah orang kristian akan memberontak kerana kalimah Allah sedangkan mereka lebih cintakan Jesus berbanding God.

Saya kembalikan isu ini kepada pendukung-pendukung Islam terang dan kelam apakah sama sembahan kita dengan mereka? Jika tidak zahirkan beza kita beragama dari mereka.

5 comments:

Hafiz fandani said...

salam perjuangan...

Anonymous said...

Salam ukhuwah. Walaupun agak sedikit lewat tapi ibarat kata akhi ‘better late than never’.. 
Hmm..secara peribadinya, ana setuju dengan pandangan akhi tapi itu tak beerti ana menidakkan pendapat yang sebaliknya. Cuma dalam soal ini, kita harus memperhalusi dan menilai dengan adil sebelum membuat sesuatu keputusan. Sebetulnya ana tak mahu ulas panjang lebar sebab isu ni dah banyak diulas oleh saudara2 seagama ana tak kira dari level mana pun tapi atas dasar perkongsian ilmiah, rasanya ana akan panjangkan sikit pandangan peribadi ana dalam ruangan komen ni. Maaf kalau ada yang tak berkenan.
Ana nak sentuh beberapa perkara dalam isu ni. Ana sebenarnya geli hati tengok realiti umat islam kat Malaysia ni. Kenapa bila tiba isu ni, semua pakat nak jadi ulama’ belaka? Yang tambah melucukan, orang yang sembahyang tak cukup, aurat tak tutup, pun sensitif jugak tentang isu nih. Alhamdulillah, baguslah macam tu. Sekurang2nya walaupun deme ni tak ikut perintah Allah yang wajib, at least diaorng cakna juga tentang islam.. cakna dalam derhaka.hehehe..
Oklah. Balik pada isu kalimah Allah tadi. Ni pendapat ana secara peribadi ye. Kalau sesapa tak suka, boleh marah, boleh tegur cuma jangan maki hamun sebab ana sebolehnya taknak tengok aib saudara seislam ana.. 
Pertama sekali, nak sentuh tentang hakim dulu. Macam yang Akhi Umar kata, perkara ni tak boleh diadili dalam Mahkamah Syariah sebab Malaysia ni negara sekular. Setau ana, maksud sekular ni memisahkan agama dari kehidupan termasuklah politik. Hmm..betul ke Malaysia negara sekular? Anda jawab sendiri. Ni bukan soal Malaysia negara sekular atau tak, bukan jugak soal mahkamah sivil atau mahkamah syariah tapi soal hakim yang mengadili kes ni. Kenapa kes ini mesti diadili oleh hakim cina sedangkan ini isu sensitif melibatkan agama yang anuti oleh majoriti masyarakat di Malaysia? Tanya kat Tan Sri Zaki Tun Azmi.. 
Kedua, soal penggunaan kalimah Allah ni dikalangan orang bukan islam. Cuba anda sume pikir ea, kalau deme (puak2 kristian) ni guna kalimah Allah, mana beza Allah kita dengan Allah deme? Dr Asri kata, yang membezakan adalah akidah kita, pegangan, mentauhidkan Allah. Betul dah tu. Sambung Dr Asri lagi, buat apa kita nak takut orang kristian guna kalimah Allah? Kan lagi senang kita nak sampaikan dakwah pada diaorang? Kalau pikir2, logik jugak tu kan? Tapi nak dakwah macammana tu Dr sedangkan konsep Allah yang diaorang pegang pun adalah konsep triniti. Ada tiga allah. Allah bapa, Allah ibu dan Allah anak. Dah jelas2 bertentangan dengan akidah. Sedangkan Allah yang kita pegang sekarang ni adalah satu (dah terang2 sebut dalam Surah Al Ikhlas tuh - Allah Tidak Beranak Dan Tidak Pula Diperanakkan). Nanti orang kristian akan sebarkan dakyah dia, deme akan kata, kenapa awak nak masuk islam? Orang tu jawab : sebab nak sembah Allah. Pendakyah kristian pun kata : masuk Islam sebab nak sembah Allah? Dalam agama kristian pun ada Allah. Jadi buat apa nak masuk Islam? Dah guane? (ingat ye bahawa level pemikiran manusia ni berbeza2).
Yang ketiga, soal generasi kita dimasa depan. Kalau kita benarkan puak2 kristian ni guna kalimah Allah, apa nak jadi dengan anak2 pewaris kita dimasa akan datang? Budak2 ni, belum ada akal lagi. Apa yang dia tengok, itu yang dia set dalam minda dia, camtu jugak dengan apa yang dia baca sebab budak2 ni kalau diikut dalam ilmu balaghah ( salah satu cabang ilmu dalam pengajian ‘bahasa’ bagi bahasa arab)....

Anonymous said...

.....dikategorikan sebagai ‘khali az zihni’. Maksud dia otak kosong. Maknanya belum ada pape lagi dalam otak dia tuh. Jadinya, apa saja gambaran yang orang bagi, sume dianggap benar. Cuba bayangkan ye, anak2 anda nanti terbaca 1 buku berbahasa inggeris yang menyebut bahawa Allah tuh merangkumi konsep trinity. Allah ada bapa, ibu dan anak. Agak2nya apa akan jadi kat anak2 kita? Meminjam kata2 Nabil..lu pikirlah sendiri.. 
Yang keempat pulak, seperti yang disentuh oleh seorang blogger, Dr Asmadi Mohamed Naim kalau tak silap ana (nanti ana rujuk semula), kitab bible ni asalnya dalam bahasa greek. Dalam bahasa Greek, tuhan mereka tidak disebut sebagai Allah. Juga telah disebut oleh Akhi Umar dalam artikelnya ‘mereka lebih cintakan jesus berbanding god’. Jadi kecoh2 la ni nak guna kalimah Allah pasai pa? Dah terang lagi bersuluh puak2 depa ni nak buat jahat dengan orang islam, awat kita pi sokong, raikan depa? Bak kata samy vellu -Apa ini worang..hehehehe..
Yang kelima pulak dalam Al Quran surah Al Baqarah, ayat 120 dah sebut terang2 bahawa orang yahudi dan nasrani ni takkan redha dengan kita (yakni umat islam) sampailah kita ikut mereka. Meh kita belaja nahu sikit ye. Nahu ni pun cabang ilmu dalam bahasa arab jugak. Kalimah ‘lan’ pada ayat ke 120 Surah Al Baqarah ni disebut sebagai ‘lan mutlak’. Maknanya ,apa cara sekalipun, orang bukan islam ni takkan ikut islam sampailah hari kiamat. Muktamad! Takde kompromi. Macam yang ana tegaskan dalam ayat yang awal tadi, ana bukan menolak terus pandangan ‘segelintir’ tok2 guru yang ada kat Malaysia ni untuk benarkan orang bukan islam ni guna kalimah Allah atas dasar menghormati agama mereka, juga atas dasar toleransi sesame kaum tapi kalau difikirkan secara telus dan tulus, nyata bahawa mudaratnya lebih banyak dari manfaatnya. Kaedah fiqh kata, ambillah mudarat yang kecil bagi mengelakkan mudarat yang besar. Apapun, ana tetap menghormati pandangan para ilmuan dan ulama’ lainnya sebagai meraikan khilaf yang dituntut dalam islam.. 
Ana jugak nak nyatakan kat sini yang ana setuju sangat2 dengan pendapat akhir Akhi Umar yang kata ‘jika benar isu ni dipandang besar oleh pihak berkuasa, maka gunakanlah kuasa yang ada. Mengapa perlu bising2. Negara kita bukanlah minoriti islam. Apakah orang kristian akan memberontak kerana kalimah Allah sedangkan mereka lebih cintakan Jesus berbanding God?’. Cuba duduk pikir bebaik apa sebenarnya yang Akhi Umar nak sampaikan dalam ayat nih.. 
Sebenarnya banyak lagi yang ana nak tulis tapi cukuplah setakat ni. Lagi pulak komen nih sekadar memenuhi permintaan Akhi Umar untuk berkongsi pendapat - sama seperti cerita 3 tahun dulu ketika orang sibuk2 bercakap tentang isu bible yang diketengahkan oleh Dr Asri. Ana juga sudah meminta keizinan awal dari beliau untuk menulis sepanjang ini - sebagai perkongsian ilmiah. Sengaja ana tulis dalam bahasa yang lebih santai supaya teman2 yang melayari blog Akhi Umar dan membaca komen ni boleh faham dengan baik. Ana taknak tulis ayat yang tinggi melangit tapi hanya berapa patah aje yang boleh difahami oleh mereka yang tidak mengaji secara khusus dalam bidang agama.. 
Cuma 1 je yang ana nak pesan pada saudara2 seislam ana, dalam apapun yang kita buat, pastikan kita jadikan Alquran, As Sunnah serta sumber perundangan hukum islam yang lain sebagai rujukan utama. Jika kita bukan ahli dalam sesuatu bidang, adalah kurang beradab kita menempelak orang yang memang ahli dalam bidang tersebut. Sehebat manapun kita, jangan jadikan akal kita lebih tinggi dari...

Anonymous said...

...dalil qat’ie. Kita manusia biasa. Kadang terkhilaf dalam berbicara, jua dalam tindak tanduk kita. Bukankah lebih baik jika saling memaafkan. Mana yang baik, kita ambil manfaatnya secara bersama. Yang buruk, jadikan sempadan dan pengajaran supaya kita tidak kembali mengulanginya. Jadilah seperti Imam Syafie yang tidak membaca qunut ketika menunaikan solat subuh di dalam sebuah masjid yang terdapat kubur Imam Abu Hanifah didalamnya. Maka apabila ditanya, kenapa engkau tidak membaca doa qunut sedangkan engkau memfatwakannya sunat wahai imam? Lalu dijawab oleh Imam Syafie dengan penuh adab..kerana aku menghormati pandangan tuan punya kubur iaitu Imam Abu Hanifah. Wallahhua’lam.. 

Makluman : Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan ‘setelah meneliti keterangan, hujah2 yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa kalimah Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat islam dan ia TIDAK BOLEH digunakan atau disamakan dengan agama2 bukan islam yang lain’. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.drasmadinet.blogspot.com.

AL HAQIRAH ILALLAH..

Anonymous said...

Hanya orang yang hilang akal sahaja menyokong agama lain menggunakan Kalimah Allah.