Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Tuesday, June 14, 2011

hadapilah ia dengan sabar,

Semua umat Islam sudah faham bahana fitnah dan dosa penyebar fitnah. Namun malapetaka sikap ini tetap berterusan bahkan mekar mewangi dalam dusun yang menyemai masa depan neraka. Dibajai pula oleh sikap hasad yang berguni dalam segenap nikmat yang seharusnya membawa syukur dan redha.

oleh kerana menyedari sukar untuk kita lalui dunia ini secara selesa dan seperti yang kita inginkan maka suka untuk penulis berkongsi beberapa pesanan sekiranya kita ditimpa ujian difitnah musuh atau saudara kita.

1) beriman bahawa musibah atau nikmat itu datang dari Allah. Ini akan membuatkan kita akan terus mampu tersenyum.

2) Istiqamah atas haq. Mungkin fitnah itu inginkan kita mengundur dari kebenaran, tetapi andai kita tunduk fitnah tadi berjaya meluluhkan maruah dan juga harga diri kita sehingga kita tak mampu lagi untuk meneruskan kehidupan sebagai manusia mulia. Maka apapun tuntutan fitnah itu mestilah kita terus kekal atas kebenaran.

3) Sabar dalam mentaati Allah. Ramai orang merasakan dia mesti membersihkan namanya dengan melawan fitnah itu. Sebenarnya cara yang terbaik adalah kita bersabar dan menambah amal kita agar kita semakin dekat dengan Allah. Kerana Allah mampu melakukan apa sahaja.

4)Senyum. Ini mampu menggagalkan niat musuh. Bagaimana ? penulis sendiri kurang pasti tetapi ianya akan berlaku dengan Izin Allah.

5) Mendoakan hidayah Allah kepada kita dalam setiap tindakan. Agar tindakan kita berikutnya tidak menambah binasa ke atas diri kita tetapi menutup fitnah yang baru dan yang sedia ada.

6) Memohon keampunan Allah takut kita diuji kerana dosa kita yang lalu.

Semoga Allah menjauhkan kita dari dosa fitnah dan fitnah orang-orang yang Fasiq dan Munafiq.

No comments: