Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Monday, June 27, 2011

Revolusi Arab dan Renaissance.

Pernahkah kita terfikir bahawa sejarah ketamadunan dan penguasaan manusia itu bermula dan berakhir dengan lenggok yang seakan sama.

Kita mula dengan kejatuhan Firaun. Sebelum kejatuhannya dia telah melakukan kezaliman yang luar biasa iaitu membunuh anak lelaki setiap 2 tahun. Kemudian dia terus berkuasa sehingga hari demonstrasi Ahli Sihir lebih kurang 30,000 orang dan semuanya diseksa dan dibunuh.  Kemudian tidak lama selepas itu tiada lagi kisah Firaun.

Parsi dan Rom dalam zaman kegemilangan mereka semua bangsa lain dipaksa menjadi hamba mereka dan siapa yang enggan akan diperangi dan diperlakukan sesuka hati. Selepas itu muncul Islam di tanah Arab dan kuasa baru itu menjadi ombak yang memukul sekaligus melenyapkan kedua-dua empayar tersebut.

Setelah itu dalam era kegemilangan Islam datang zaman Umawiy yang agresif dan garang. Dengan itu bangunlah Empayar Abbasiyah yang kaya dan mewah dengan kebudayaan dan juga keilmuan. Lenyaplah zaman kekerasan Umawiy.

Setelah itu dalam era Abbasiyah itu telah menyebabkan keselesaan yang melampau-lampau sehingga kemewahan menggelapkan hati Muncul golongan tatar atau Monggol yang mencincang kemewahan Islam sehingga hampir lenyap kekuasaan Islam di tanah Arab.

Tetapi oleh kerana kekuatan dasar yang Kuat islam terus menerajui pemerintahan dunia walaupun terpaksa melalui era kemelesetan yang ketara akhirnya Empayar Uthmaniyah berdiri.

bagaimanapun empayar yang dipimpin oleh bangsa minoriti dunia ini tak mampu bertapak kemas melebihi usianya. Digulingkan oleh musuh Islam dari luar dan dalam dengan cara keras dan licik jatuhlah kuasa berteraskan agama di seluruh dunia diratah oleh era imperalisme. Ini bermula dengan revolusi di barat pada era kurun ke 14-17 dan melebarkan sayap sekularisme sehinggalah semua manusia memandang dengan pandangan yang sama iaitu agama menjadikan manusia ketinggalan.

Hatta orang Islam juga merasakan yang demikian. lantas Dunia dipegang oleh Yahudi dan sehingga kini merekalah yang menjadi suara pemutus segala permasalahan dalam dunia selagi mana ia membawa keuntungan. Kini satu persatu kuasa beban ke atas Rakyat Islam tumbang. Maka inilah penanda awal pada kejatuhan Yahudi dunia akan ditakluki oleh kuasa lain selepas ini. Kita belum tahu kuasa apakah yang bakal naik. Tetapi selagimana ianya bukan Islam selagi itulah akan membawa kepada kezaliman dan kebinasaan.

Sesiapa yang merasakan bersama dengan Islam tiada kesudahan maka fikirkanlah semula dan renungkanlah sejarah.

1 comment:

abu idris said...

arrayah.info - Minoriti Orang Islam Belanda pun Mahukan Khilafah, Orang Melayu?