Kita menyokong sepenuhnya usaha menukar kerajaan jahat kepada yang lebih baik dan soleh. Tetapi dalam masa yang sama kita mesti lebih menjuruskan usaha kita dalam mendidik masyarakat agar kembali kepada cara hidup Islam yang sempurna sebagaimana dilakukan di Kelantan dan Selangor. Kita sanggup berhabis dalam kempen mengambil alih kuasa. Apakah peruntukan yang kita danakan dalam melahirkan generasi al Quran?

Rugilah sekiranya kita menjuruskan segala usaha kita pada faktor yang keempat dan mengabaikan faktor yang lebih utama dan awal. Saya tidak menemplak mana-mana pihak cuma saya suka melihat sekiranya semua agen perubahan negara melihat kepada kejayaan Ikhwan di Mesir sebagai satu pengalaman ummah seluruhnya. Apa salahnya kita meniru yang baik dan berjaya. Bukankah ini juga sunnahnya kemenangan Islam sejak zaman -berzaman.
Ummah ini sangat perlukan Islam. Kita mesti menebarkan Islam kesegenap negara. Ruh dakwah dan keperibadian daie mesti dipupuk dalam setiap anggota yang serius mendambakan kebangkitan Islam di tanah air kita, perlu difahami tanah air kita bukan hanya sempadan yang diberi nama Malaysia tetapi ia adalah seluruh tanah yang disebut didalamnya kalimah syahadah.
1 comment:
bagus, satu pentaakulan yang bernas.
teruskan mencoret pandangan, menggarap kegemilangan Ummah
Post a Comment