Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Monday, February 27, 2012

Apa isu semasa kita yang sebenar?

Kini kita di ambang pilihan raya. Ramai orang yang membuka aib pemimpin parti lawan. Dari satu sudut bagus dari sudut yang lain ia membuang masa ummah. Sebenarnya urusan Ummah ini ialah perubahan yang baik dan pilihan raya salah satu jalannya ini saya persetujui. Tetapi untuk turut terjebak dalam kempen pilihanraya sehingga meninggalkan isu yang paling utama amatlah merugikan pada perhitungan saya.

Kita menyokong sepenuhnya usaha menukar kerajaan jahat kepada yang lebih baik dan soleh. Tetapi dalam masa yang sama kita mesti lebih menjuruskan usaha kita dalam mendidik masyarakat agar kembali kepada cara hidup Islam yang sempurna sebagaimana dilakukan di Kelantan dan Selangor. Kita sanggup berhabis dalam kempen mengambil alih kuasa. Apakah peruntukan yang kita danakan dalam melahirkan generasi al Quran?

Masalah utama umat ini adalah aqidah yang semakin merapuh. Kita perlu melahirkan generasi al Quran yang terlebih dahulu mendapat Iman sebelum Ayat-Ayat mulia itu. Para sahabat adalah aset yang paling berharga pada sebuah negara Islam yang pertama di muka bumi ini. Keimanan dan pengorbanan mereka yang menjadi asas kekuatan kerajaan Madinah. Bukan kebijakan politik semata, bukan kekuatan ekonomi sahaja bahkan stratergi dan pengalaman mentadbir ini hanyalah sekadar sokongan dan faktor yang keempat menurut al Banna sebagai empat faktor kemenangan Ummah. Yang pertama Iman yang menebal kepada Allah, Kesatuan yang teguh, Amal yang berterusan dan barulah penyusunan yang rapi.

Rugilah sekiranya kita menjuruskan segala usaha kita pada faktor yang keempat dan mengabaikan faktor yang lebih utama dan awal. Saya tidak menemplak mana-mana pihak cuma saya suka melihat sekiranya semua agen perubahan negara melihat kepada kejayaan Ikhwan di Mesir sebagai satu pengalaman ummah seluruhnya. Apa salahnya kita meniru yang baik dan berjaya. Bukankah ini juga sunnahnya kemenangan Islam sejak zaman -berzaman.

Ummah ini sangat perlukan Islam. Kita mesti menebarkan Islam kesegenap negara. Ruh dakwah dan keperibadian daie mesti dipupuk dalam setiap anggota yang serius mendambakan kebangkitan Islam di tanah air kita, perlu difahami tanah air kita bukan hanya sempadan yang diberi nama Malaysia tetapi ia adalah seluruh tanah yang disebut didalamnya kalimah syahadah.




1 comment:

Anonymous said...

bagus, satu pentaakulan yang bernas.
teruskan mencoret pandangan, menggarap kegemilangan Ummah