Seperti biasa saya adalah orang yang sangat teruja untuk ke pesta buku. Setiap tahun saya ke pesta buku tahunan. sejak kecil lagi saya adalah pengunjung pesta buku. Sejak saya meminati hardi boys sehinggalah ke siri anak anak hadi, kemudian menggemari ramli awang mursyid, seterusnya berkenalan dengan faisal tehrani, hlovate, andrea hirata, HAMKA dan kini sudah menjadi pembaca bebas yang mengutip aksara dari seseiapa sahaja yang disukai atau dibenci.
Saya agak liberal dalam membaca saya sering dijeling kawan kawan yang menemani saya baik ketika di Malaysia atau di Sudan. Saya tidak menapis pembacaan saya. Kerana mungkin saya bukan pembaca yang taat. Saya sebenarnya pembaca yang lembab. Satu buku sekalipun novel tak dapat saya habiskan dalam 24 jam melainkan novel aininaufal dan kawan kawannya.
Ok baru ini saya pergi ke Pesta Buku yang baru selesai ahad lalu. Sangat aneh di Malaysia ini kerana bagi saya buku yang paling tiada harga itulah yang paling laku. Buku yang mahal pula yang terpaksa dilelong. Gempak Starz terpaksa memberi tiket giliran untuk menyusun para pembayar. Manakala pustaka syuhada terpaksa lelong buku buku penulis besar seperti said Hawwa dan abdullah azzam.
Manusia di Malaysia sangat baru dalam dunia pembacaan ini kerana ada ibu bapa yang bawa anak tapi tak tahu nak beli buku apa untuk mereka. Bagus mereka bawa anak tetapi membiarkan anak mereka membeli komik bukanlah perkara yang mithali.
Saya melihat banyak buku-buku yang dipamerkan tetapi harganya tidaklah sebagaimana yang diharapkan. Sangat jauh jika nak dibandingkan dengan pesta buku di tanah arab. Antara yang menyedihkan juga saya dapati lebih ramai manusia yang mengunjung untuk isi masa lapang dari yang benar benar mencari bahan bacaan yang berkualiti. Sebab itulah agaknya pengunjung lebih banyak dari buku.
Tetapi saya yakin kali ini lebih baik dari sebelum ini.
No comments:
Post a Comment