Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Friday, January 30, 2009

Anak-anak Ghaza Ajarkan!!

Anak-anak Ghaza ajarlah kami,
bagaimana kalian gunakan batu?
kerana anak-anak kami menjadikan batu mainan.
Bagaimana kalian tenang dibom?
Sedang kami meronta di khatan.

Anak-anak Ghaza ajarlah kami,
apa erti lapar?
sedang kami merengek lauk tak cukup garam.
Apa nikmat air ?
 Semasa kami mencari kola sejuk dari peti.

Anak-anak Ghaza ajarlah kami.
berdoa dalam Khusyu'.
Sedang atuk-atuk kami berdangdut sampai pagi.
bagaimana percaya pada tuhan?
kerana kami jarang ke masjid.

Anak-anak Ghaza ajarlah kami.
hidup untuk mati.
Kerana kami jaranng kenal ajal.
Bagaimana ingin senyum tika jadi mayat?
kerana mayat di sini selalu jadi kelat.

Siddiq  Osman.
30 januari 2009
merindukan khalifah Mu'tasim.

Iraq mencari Pemimpin Somalia bertukar kepimpinan.

Iraq kini dalam proses pilihanraya bagi menggantikan kerajaan sementara yang ada. Semalam 3 orang calon bagi pilihanraya negeri negeri telah dibunuh menyebabkan pihak keselamatan memperketatkan pengawasan. Persoalan di sini apakah pendirian Iraq selepas ini? Apakah anti Amerika dan Yahudi seperti Saddam atau menjadi barua Amerika seperti Negara Teluk yang lain. Persoalan ini sebenarnya sudah ada pembayangnya. Amerika walaupun di bawah Presiden baru namun dasarnya tidak jauh berbeza.

Rakyat Iraq kini dipaksa memilih antara yang teruk dan yang kurang teruk. Proses Pilihanraya yang berlangsung di bawah pantauan barat adalah satu proses penyerahan tugas dari penjajah kepada barua penjajah. Bezanya kulit isinya sama. Inilah yang berlaku di rata-rata negara Islam.

 
Syeikh Syarif Syeikh Ahmad.

Somalia yang sering disisihkan dari isu politik dunia kini telah tamat pemilihan Parlimen yang menampilkan 14  calon dari 550 anggota parlimen yang telah tamat dengan pemilihan bekas pemimpin Ittihad Mahakim Islami yang memerintah Mogadishu pada 2006 sebelum kemasukan tentera Ethiopia. Syeikh Syarif Syeikh Ahmad dengan menifestonya yang membawa harapan baru kepada politik di Somalia bersetuju untuk mengadakan perjanjian damai dengan Ethopia dan menjamin bahawa kerajaan Somalia akan berlandaskan Syariat Islam. Ini bukanlah satu kejutan kerana Somalia adalah negara 100% muslim. Persoalannya sampai bilakah Somalia akan menjadi negara bebas dan sejauh manakah pengamalan Syariah akan dibiarkan oleh anti Islam di sekitar Afrika.

Somalia merupakan satu negara yang mempunyai sistem pendidikan yang agak unik kerana asas pendidikannya adalah menghafal Al Quran sebelum melangkah ke alam akademik. Jika kita melihat kepada generasi baru Somalia kita akan dapati mereka sangat-sangat memberi harapan kepada dunia Islam. Tetapi siapakah di kalangan dunia Islam membantu mereka menghadapi cabaran globalisasi yang menjanjikan penindasan dan kerosakan.

Thursday, January 29, 2009

Mesir Menjadi dalang yang setia.

 
Akhbar jerrussalam press melaporkan sekumpulan jurutera mesir telah tiba di sempadan Amerika Mexico bagi menjalani latihan mengesan dan meletupkan terowong. Selain itu Amerika telah menghantar sekkumpulan tenteranya di semenanjung Sinai bagi memulakan kerja-kerja pencarian dan pemmusnahan terowong yang menghubungkan Ghaza dan Mesir. Inilah tahap keseriusan Husni Mubarak dalam menambah tekanan kepada Penghuni Ghaza yang merupakan bangsa seagama dan sebahasa dengannya. 
Inilah hadiah dari jiran yang bangsat yang perlu dilihat oleh dunia Islam. Mesir sepatutnya menjadi bahu untuk Ghaza meredakan tangis. Tetapi rupanya Mesir menjadi gunting dalam lipatan. Selepas ini apa pula. Apakah kita masih ingin menggelar orang sebegini Muslim??? 
Celakalah mereka yang munafiq berkata mereka beriman tetapi menjadi pendukung Thoghut dan musuh musuh Allah. Mubarak masamu akan tiba.

Erdogan sekali lagi menjadi hero Turki.

 
Erdogan meninggalkan persidangan ekonomi Davus di swiss setelah ucapan sigmond peres laknat mendapat tepukan dari anggota sidang. Erdogan meninggalkan kongres kerana merasa jengkel dengan jenayah yang diremehkan dalam sidang itu. Menurutnya dia tidak akan kembali lagi ke Davus. Bagaimanapun sebelum berangkat dia mengutuk Peres dan sidang dewan kerana sanggup menepuk tangan deengan ucapan penjenayah yang telah meragut ribuan nyawa bangsa Palestin di Ghaza. Di istanbul rakkyat Turki menyambut kepulangannya dengan berhimpun bersama sepanduk menyatakan sokongan kepada pemimpin mereka antara ungkapannya " selamat pulang pemimpin dunia" 
Erdogan menyatakan beliau meninggalkan dewan kerana ingin menjaga marahnya yang mungkin akan merosakkan akhlaknya. selain itu pengerusi mesyuarat telah melakukan diskriminasi apabila masa yang di ambil oleh Peres adalah ddua kali dari masaa yang dibenarkan kepada erdogan iaitu 12 minit. Bahkan ketika erdogan ingin menjawab ucapan Peres ia tidak dibenarkan. Inilah hakikat dunia hari ini, Yahudi menjadi raja dalam mana mana pertubuhan seolah olah bangsa lain telah dibeli secara total. Mereka yang menentang akan tersisih . Namun Erdogan telah memulakan penentangan yang berani yang bakal dituruti oleh pihak lain.

Israel mengganas lagi.

Kali ini serangan Israel dilancarkan beralasan membalasan serangan roket ke atas Israel. Olmert mengumpulkan jentera kerajaanya semalam bagi memperluaskan serangan ke atas Ghaza. Menurut beberapa sumber serangan roket terbaru ke atas Israel turut melibatkan Fatah.

setakat ini dua orang dari 7 yang cedera telah Syahid seorang darinya adalah kanak kanak di bawah. Kepada yang enggan meneruskan boikot anda perlu sedar anda sedang membiaya pengeboman ke atas mereka ini. Ismael Haniyeh sebelum ini menyeru jika ada sukarelawan dari pihak perubatan agar menampung keperluan penduduk Ghaza kerana doktor yang ada di sana sudan bekerja 24 jam sehari.



Kita perlu melancarkan boikot besar besaran dan kempen pemboikotan ini harus dicanangkan. Kalau anda meragui kesannya efektif atau tidak fikirkan ke mana pergi duit anda yang akan Allah soalkan nanti. Bagi yang tidak beriman dengan hari akhirat fikirkan gamakkah kalian membiaaya jenayah terang terangan ini???

Perang masih berlangsung, HAMAS dan FATAH cuba dilagakan.



HAMAS menurut naib ketua pejabat politiknya Abu Marzuqi telah menegaskan HAMAS takkan menerima sebarang perjanjian sebelum sekatan sempadan dibuka. Ini lanjutan dari serangan terbaru Israel yang mengakibatkan 7 warga Ghaza tercedera akibat serangan bom semalam.

Menurut Abu Marzuqi HAMAS tidak menghadapi masalah dengan Harakah Fatah tetapi hanya bertelingkah dengan beberapa individu di dalam gerakan Fatah. Ini kerana mereka sendiri melanggar tujuan asasi penubuhan Fatah dalam tindakan mereka. Selain itu Abu Marzuqi menyifatkan serangan semula Israel kali ini bersifat lakonan bagi bangsa Yahudi untuk meraih semula kepercayaan Penduduk Israel pada ketenteraan Zionis setelha gagal dalam misi mereka ingin melumpuhkan HAMAS. HAMAS akan memulakan kempen lebih besar selepas ini iaitu memilih untuk mengambil semula Palestin secara beransur ansur.


Sebenarnya kemenangan maknawi disebalik peperangan Ghaza tempoh hari boleh disifatkan bahawa Israel kini gagal memenuhi target kempen Israel Raya yang meletakkan sasaran 10 juta penduduk di Israel menjelang 2010 kerana sejak HAMAS membedil roket ke dalam tanah Palestin yang di duduki Yahudi (5 tahun ) lalu menyebabkan kebekuan penghijrahan Yahudi luar PAlestin ke Israel. Kini 2009 mereka ada setahun lagi untuk mencari 3 juta ppenduduk haram dari luar untuk mencapai sasaran mereka.

Dengan roket HAMAS yang tak pernah berhenti menyebabkan bandar bandar di Israel seperti pekan berhantu setiap bandar yang menyambut roket HAMAS akan lengang untuk beberapa jarak masa ini kerana sifat pengecut Yahudi. Manakala hal sebaliknya berlaku di Ghaza yang mana setiap anak qaryah yang gugur dalam satu kampung akan mencetuskan ruh jihad di 10 pemuda untuk menyertai gerakan penentangan atau pembebasan.

Peringatan!!!

semasa bersembang dengan presiden persatuan sebentar tadi beliau menyatakan ada ulama mempertikaikan fatwa Jumhur ulama hari ini yang mengatakan membeli barangan Amerika adalah dosa besar telah di keluarkan di Saudi. Ingin saya perjelaskan bahawa setiap kennyataan yang keluar dari ulama adalah boleh dipertikaikan selagi mereka belum berittifaq. Jadi saya sekali lagi menegaskan ulama muasir kini secara jumhur telah meletakkan hukum haram dalam membeli barangan yang memberi keuntungan pada perjuangan Zionis dan mereka adalah kafir harbi no 1 kini. Antara ulama yang terang terang berkempen pemboikotan ini adalah Dr. Yusuff Al Qaradawiy, ramadhan Al Buthiy dan seluruh ulama Sudan.

Semoga perokok tegar mengambil kesempatan ini untuk berhenti merokok kerana syarikat rokok seperti Dunhill, Davidoff dan macam macam lagi merupakan penyumbang besar kepada Zionis. Ingat duit yang kalian sumbang adalah dana untuk peluru dan bom yang membunuh Muslim. Bersubahat membunuh Muslim adalah komplot yang tak layak dimaafkan. Bertaubatlah dengan taubat yang nasuha.

Monday, January 26, 2009

Perang belum tamat Jihad mesti dilanjutkan.



Memang Israel sudah berundur dari tanah ghazza. Memang HAMAS telah menang dalam siri kali ini. Memang olmert menerima tamparan hebat dalam serangan kali ini dalam kempen pilihanrayanya dan juga maruah anti Islamnya. Tetapi ini bukan hadaf kita.

Kita mahu kekuatan Zionis lumpuh. kita mahu Israel hilang dari peta Palestin. Kita mahu Palestin merdeka. bukan atas nama bangsa tapi kerana agama. Kita perlu kikis kepercayaan kita pada sistem toghut sedikit demi sedikit. Sistem dalam segenap urusan kehidupan kita. Yang terbesar sistem pemerintahan diikuti pelajaran kemudian ekonomi dan banyak lagi. sehingga diet kita juga perlu kita ubah agar mengikuti diet iman bukan diet nafsu.

Boikot senjata pertama kita kalau kita gagal memusnahkan musuh dengan senjata ini jangan kita impikan senjata yang lebih berat. Doa dan qiyam adalah kewajipan kita paling kurang lakukan qiyam sekali seminggu untuk jaga ikatan hati dengan Allah.

Bagi yang mampu sebarkan kesedaran ini. Kita kini di era baru. iaitu era kesedaran. selepas ini akan berlaku ujian besar untuk memisahkan muslim dan munafiq. Penangkapan dan pembunuhan akan menjadi level dalam penyebaran ruh jihad. kita tak minta masyarakat muslim angkat senjata. tapi kita mahu bersatu suara dan bekorban jiwa dan raga memusnahkan sistem yang didokong Yahudi atau mendokong yahudi.

Dakwah adalah jihad kita. Sebarkan kefahaman islam walaupun sedikit. setiap hari setiap masa di mana sahaja.

Wednesday, January 21, 2009

Obama kuda baru Yahudi atau menanti blackmail proxy Amerika.

Obama kini berhadapan dengan dua pilihan 1 ditunggang Yahudi Zionis untuk melangsaikan tanah Palestin dan Meruntuhkan Al Quds. 2 mengekang yahudi buat seketika sehingga Menerima skandal terancang.

Pun begitu dunia masih menaruh cita cita terhadapalatar belakang presiden pertama kulit kurang putih dari Amerika. Obama yang lebih menumpukan pada pembangunan ekonomi US mendapat kemenangan dengan tawarannya terhadap krisis di Iraq. Bagaimanpun berhadapan dengan era pemboikotan industri negaranya yang semakin meluas. Majority pemboikot baranganAmerikaadalah pencinta damai dan muslim.

Obama merupakan seorang manusia yang pernah merasa kesusahan. Tetapi apakah pengalaman diaitu akan menjadikan dia gagah di hadapan kekejaman puakZionis yang menjadi tulang belakang politikdan ekonomiUS?

Saya secara peribadi merasakan Obama hanya mampu membuka ruang dakwah yang lebih besar di US bagi kita. Selain menguatkan jentera Islam di dalam AMerika. Ini kerana Obama dalam fokus kempennya terpaksa akur kepada peraturan utama US iaitu negara itu ditubuhkan bagi melindungi gerakan jahat Zionis. Zionis adalah gagasan yang wujud sejak lama dahulu. Mereka adalah penjajah AMerika yang membunuh indian Amerika. Kekejaman mereka merata-rata.

Khilafah Uthmaniyah runtuh selepas Zionis menguasai Amerika. Setelah peristiwaHolocaust. Semuanya berjalan sebagaimana mereka mahu. Tetapi suka saya ingatkan. Mereka merancang dan TUHAN merancang,Allahlah sebaikbaik perancang. Mereka tidak akan pergi jauh kerana mereka juga sedar mereka bermusuh dengan Tuhan.

Kaum Yahudi dan agamanya sedar dengan benar mereka akan ditewaskan dengan dahsyat. Mereka cuma berusaha agar zaman kehancuran itu bukan dizaman mereka. Kita pula yakin Islam akan menang tetapi kita sering mangguhkan kemenangan dengan pelbagai alasan ini kerana neraka Allah itu murah dan mudah dimiliki sedang SyurgaNYa amatlah mahal.

pertempuran di dunia penentuannya di akhirat.

Monday, January 19, 2009

Kemenangan HAMAS menuntut perubahan.

Kita telah diberi kemangan di Ghaza. Kini masa untuk ummah berubah cara berfikir. Ummah perlu memiliki rasa perlunya sebuah daulah. Sebuah kesultanan Islam yang mampu memelihara ummah. Kita ada kekayaan kita ada kekuatan kita ada Allah tetapi kita takl punya kesatuan. Kita tiada ukhuwwah. Allah telah mengingatkan kita tidak akan berubah sesuatu kaum melainkan mereka yang merubah diri mereka sendiri.

Mahmoud Abbas tanpa segan silu mempelawa kepada penggabungan kerajaan seperti semua mata tidak melihat najis munafiq yang terpalit di rambut putihnya. Ini kerana projek projek sedang menanti di Ghaza miliar dolar sedang mencurah ke atas pemulihan semula bandar Ghaza. Masa ini barulah Abbas merasakan Palestin Ghaza adalah bangsanya naungannya dan perlukan bantuannya. Persetanlah dengan seruan Abbas.

Kita tak perlukan bantuan orang lain sekiranya ada daulah yang menguruskan zakat harta orang Islam. Kita tak perlukan bantuan sesiapa sekiranya ada daulah yang melatih ketenteraan Jihad Islam. tetapi kita tak boleh harapkan sesiapa apabila kehilangan daulah dalam memelihara penyatuan ummah. Kita boleh lihat Amir Qatar sebagai calon terbaik penyatuan Ummah masa ini. Daie perlu mula menyasarkan dakwah di kalangan Al mala'.
disamping kemaskan tarbiyah diperingkat masyarakat.

Kita perlu merubah dari mana? dari diri kita. Islam perlu dijadikan asas utama untuk pemahaman kita. Ibadah perlu dijadikan tujuan kehidupan kita. Akhirat mesti diletakkan agenda segala aktiviti harian kita. Cita-cita kita mesti dibesarkan. Ilmu kita mesti ditambah dan tingkatkan. Ithar kita mesti diperkemaskan. Pendek kata pulangkan diri kita pada tarbiyah islamiyah rabbaniyah.

Aktiviti kesedaran Ummah perlu kita utamakan.

Siri keajaiban di Ghaza clik sini.

Mengapa Israel Berundur?

1- Misi mereka untuk melumpuhkan HAMAS gagal. HAMAS mendakwa hanya seramai 48 orang pejuangnya gugur dari jumlah 1300 orang syuhada. begitu juga dari sayap tentera Jihad Islamiy. kedua dua mereka menyifatkan kerugian ketenteraaan di sebelah mereka amat sedikit dan tidak menjejaskan keupayaan mereka.

2- Israel menerima pukulan hebat Kataib Al Qassam dan Saraya Al Quds. HAMAS menyatakan mereka telah membunuh lebih dari 80 tentera Israel dan menembak jatuh satu pesawat tempur dan 4 Helikopter manakala memusnahkan 47 kereta kebal. Kataib Al Qassam juga menyatakan mereka telah menawan dua kumpulan tentera Yahudi dalam dua siri peperangan yang berasingan tetapi Israel menggunakan pesawat bagi membunuh tawanan-tawanan tersebut.

3- HAMAS didapati semakin kuat dan tersusun. Apabila melihat penentangan yang begitu hebat Israel melihat perlu kepada perang baru yang melibatkan sekutunya. Ini diperakui sendiri oleh Ketua sayap tentera Kataib Qassam namun beliau mengeaskan bahawa mereka boleh lakukan apa yang mereka mahu tetapi kami mengetahui dengan baik bagaimana ingin mendapatkan senjata dan bahan pembuatan senjata.

Sunday, January 18, 2009

anjing jika dibiar akan menyalak jika dilayan pun tetap menyalak.

Setelah gagal melumpuhkan HAMAS Israel seperti dijangka berputus asa dan mencuba stratergi diplomasi dan propaganda dengan menghentikan serangan bermula dari pihaknya sedangkan mereka sedang menduduki Palestin dengan haram.

Kata menterinya Levy kononnya mereka telah menang dalam misi kali ini. Bagaimanapun saya menyetujui kenyataan Ismael Haniyeh ketika mengatakan HAMAS dan pihak pembebasan Palestin telah menang kali ini sehingga Amerika terpaksa menyuarakan agar Israel menghentikan serangan ketenteraan dan pulihkan imej binatang mereka. Bagaimanapun Ismael menyatakan kemenangan kali ini menjadi bukti penyatuan bangsa Palestin di Ghaza.

Saya melihat inilah hasil apabila menyisihkan pandangan munafiq seperti Mahmud Abbas dan Husni Mubarak. Mereka kini sedang menyalak untuk dilihat sebagai hero dunia. Rakyat Palestinlah sebenar benar saksi dari mana nusrah itu datang. Adakah dari penjual darah atau pemayung seperti HAMAS dan Jihad Islamiy. Qatar memainkan peranan yang patut dipuji walaupun belum dapat menyatukan bangsa Arab namun ianya cukup menggerunkan musuh apabila Arab bersidang walaupun tanpa kehadiran Saudi, Kuwait, Mesir dan Mahmud Abbas. Keempat-empat boneka Amerika ini kemungkinan hilang suara jika peperangan ini berterusan.

Bila anjing sudah hilang suara tuannya akan mencari anjing baru atau melupuskan mereka. Inilah peranan pengunduran Israel. Menjaga air muka Anjing-Anjing dari tanah Arab. Saya tak kecualikan anjing yang kuat menyalak di sebelah asia timur. Apapun segala puji dan puja kepada Allah kita angkatkan kerana masih mendengar rintihan kita. Kemenangan kali ini adalah permulaan nusrah sahutlah dengan tasbih dan Istighfar semoga Allah hinakan musuhNya dan sekutu mereka.

Saturday, January 17, 2009

Yahudi semakin dibenci.

Tentera Israel kini semakin dibenci oleh masyarakat dunia kecuali kepimpinan yang lebih sayangkan kuasa dari Maruah sebagai manusia. Namun bagaimanapun ada beberapa pemimpin yang masih ada nilai keinsanan cuba bersuara di PBB dan mesyuarat kelompok dunia. Seperti Recep Tayib Erdogan yang menyarankan agar Israel dipecat keanggotaannya di PBB. Begitu juga seorang pemerhati kemanusiaan yahudi menyarankan agar Israel didakwa kerana jenayah perangnya.

Tunjuk perasaan membuak di mana-mana di dunia ini hatta negara bergolak seperti Iraq juga melakukan tunjuk perasaan. Semalam saya bertekak serius dengan seorang rakan ketika dia menyatakan HAMAS perlu faham realiti ketika saya mengatakan HAMAS mahukan semula semua tanah Palestin bukan hanya Ghaza. Dia menyatakan bagaimana Israel mahu berundur jika itu hasrat HAMAS. Pemikiran inilah yang ditanam sejak 1947 Islam dan Yahudi kena berdamai di Palestin barulah ada penyelesaian.

Sebenarnya bukan begitu. Palestin milik Islam dan Israel ingin merampasnya lalu HAMAS bangun mempertahankan Palestin. Sebagaimana Tuk Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan ramai lagi perwira melayu bangun menentaang Inggeris agar keluar dan kita perintah negara kita ikut cara kita. Namun ada Golongan yang lembik dan tak tahan perjuangan memilih perundingan meja bulat untuk membuat tawar menawar tanah sendiri dengan penjajah seperti yang dilakukan Mahmud Abbas hari ini. Kini Israel mencadangkan gencatan senjata sebelah pihak kononnya untuk memberi luang kepada petugas kemanusiaan di Ghazza dan tenteranya akan berada di sana selagi HAMAS tidak menghentikan pelancaran roket.

HAMAS menolak gencatan senjata setelah syart-syaratnya tidak dilayan. mereka bukan membuat keputusan sendiri. Mereka adalah suara Ghazza. Jadi anda yang sedang makan enak, tidur enak jangan pandai-pandai menyatakan HAMAS tidak bijak atau degil atau seumpamanya. Mereka melakukan yang terbaik dan pilihan mereka sangat tepat.

Rakyat Ghaza di belakang mereka dalam setiap keputusan. Allah bersama mereka dalam setiap tindakan. Masanya akan tiba. Mereka tidak pernah gentar mati tetapi mereka risau kehilangan mereka akan melenyapkan jihad membela Al Quds dan Palestin. Jika mengharapkan kita hanya tinggal harapan semata. Mengorbankan 15 minit untuk qiyam doakan merekapun kita tak sanggup apa lagi membantu mereka memepertahankan tanah air mereka.

Mahmud Abbas disebalik pakatan jahat Israel Mubarak.


18 Januari 2009. Jurucakap media bagi pihak pengawal sempadan tebing Ghaza menyatakan disyaki Tebing Barat bersekongkol menyembunyikan 130 kontena bantuan makanan yang dihantar melalui Mesir ke laluan di Auja. Tetapi sejak sepuluh hari lalu ia masih belum tiba ke ghazza.
Bahkan Al Quds Press melaporkan 130 kontena yang disumbangkan oleh Arab disembunyikan di Ramallah di sebuah gudang simpanan sebelah Israel. Pakatan jahat 3 dajal ini sangat memalukan. Mereka bukan sekadar binatang dalam kemanusiaan di ghazza. Merekalah Syaitan yang menjadi punca kejahatan dan kebejatan. Israel membunuh,Mesir dan Ramallah menghalang bantuan.

Amerika menjadi bapa di PBB Saudi dan Mesir menjadi Abang di Liga Arab. Israel cukup terbela. Seolah olah mereka yang dizalimi. Sedangkan Ghaza disembelih dan dijerut sepuas-puasnya. Umat ini mesti sedar selagi semua ini tidak mendapat pembelaan selagi itulah dosa tergantung ditengkuk kita.

Hamas yang baru berusia 22 tahun terpaksa menanggung semua ini. Saya merayu agar segala bantuan diserahkan terus kepada wakil HAMAS yang terdekat semoga Allah menerima jihad harta kita semua. Sampai di sini untuk isu ini.

Kini Mesir sibuk bersama Mahmud Abbas mahu mengadakan perjanjian Syarmi Syeikh yang disifatkan HAMAS sebagai menjual kulit sebelum buruan diburu.Perjanjian ini melibatkan Mesir ,Palestin dan negara Eropah. Kononnya Mesir ingin mengumpulkan dana bagi membangunkan semula Ghaza setelah mereka membiarkan Bangsa Palestin di sana digayang. Ini menjelaskan lagi kebaculan Pemimpin FATAH Mahmud Abbas dalam politik menawan semula Ghaza dari HAMAS. Israel adalah alat yang ditikam ke belakang Ghaza semata mata untuk mendapat upah Kursi Palestin yang tinggal sekangkang kera sahaja. Mahmoud Abbas dan Husni Mubarak sedang menempah neraka dalam apa yang mereka rencanakan kini.

Inilah masalah ummah. Munafik menjadi pemimpin Ulama menjadi bisu. Yang beriman tidak bekerja. Yang berjihad tersempit dan terhimpit tak menang tangan. Di Ghaza dan di mana-mana inilah fenomenanya.

Friday, January 16, 2009

Sedikit ingatan buat kita semua.

Assalamualaikum.

Hari ini Masjid di belakang rumah ada menganjurkan jeritan jihad untuk Ghazza. Ramai di kalangan ulama Sekitar Khartoum hadir namun saya hanya sempat untuk mendengar yang pertama dan kedua.

Ustaz Ismail Hanafi atau prof kami telah menyatakan bahawa Ghazza hari ini adalah hasil didikan HAMAS sejak beberapa lama. Jika kita perhatikan wanita-wanita Ghazza tidak ada yang meluncurkan kalimah dari lisan mereka selain dari menyatakan "Hasbuna ALlahu Wani'mal Wakiil." Dan mereka rela dibom dari lari meninggalkan tanah mereka. Inilah jihad di bumi Ghazza. Tarbiyah Islamiyah yang telah disemai menjadi bekal dalam diri mereka menghadapi dugaan Allah yang sangat berat bagi mata kita yang memandang. Tetapi mereka yakin mereka luka dan musuh mereka juga luka namun mereka ada redha dan sabar dalam jiwa.

Iman mereka kental sehingga kanak-kanak Ghazza jika anda perhati tenang menerima rawatan sekalipun kita sendiri hampir meraung melihat kecelakaan Yahudi memperlakukan mereka. Semalam seorang pemberita Israel dipecat kerana menangis ketika membuat liputan tentang perperangan ke atas Ghazza. KIni Israel memandang sesiapa yang bersimpati dengan Ghazza adalah mereka yang lemah atau lebih tepat musuh mereka. Inilah tahap kebinatangan Israel.

Sebenarnya isu kita bukan Ghazza tapi penjajahahn Israel ke Atas Palestin seluruhnya. Jihad HAMAS adalah membebaskan tanah Palestin dari Yahudi. Tanah itu milik kita umat Islam. Negara yang berhak ke atas Tanah ini adalah Palestin bukan ISrael negara Haram yang menjajah. Inilah jihad yang dikritik oleh ramai org termasuk sesetengah ulama yang menagih pandangan kerajaan yang bencikan jihad dan sukakan kebaculan.

apabila naik Ustaz kedua yang merupakan guru pada prof Ismail. Beliau menyatakan satu analisa yang tersirat dan sangat penting. Katanya sebenarnya Pemimpin dunia Islam bukan memilih untuk tidak menyertai Jihad membebaskan Ghazza tetapi sebenarnya mereka tidak dipilih oleh Allah. Jihad bukanlah sembarangan kerana habuannya adalah Syurga. Mana mungkin mereka yang bacul itu layak untuk menghuni syurga Allah. Syeikh juga menyatakan kelengkapan yang kuat dan juga jumlah yang ramai dan besar bukanlah penentu kemenangan, bahkan semua itu boleh menjadi sebab kekalahan. Ini semua telah dibuktikan oleh tentera Badar dan juga Khandak. Sekarang mujahdidin di sana hanya menanti kemenangan yang sedang Israel dan Amerika perlekehkan. Mereka menyatakan kemenangan apa jika sudah lebih seribu rakyat Ghazza dibunuh. Tetapi mujahidin di sana faham selepas ujian yang getir akan datanglah bantuan Allah. Inilah kemenangan.


Ghazza hanyalah faktor penggerak ummah kepada jihad. Ghazza bukanlah garis penamat tetapi Ghazza merupakan titik permulaan. Mari kita nyalakan obor jihad dari percikan api di Ghazza kita nyalakan dalam diri kita. Kita bina keimanan kita kita dekatkan diri dengan Al Quran. Kita adalah tentera simpanan yang perlu mempersiapkan diri, setepatnya hati untuk menggalas seruan jihad yang sedang memanggil.


Khaibar, Khaibar Ya Yahud Jaisy Muhammad Saufa Ya'ud.

Fi sabilillahi qumna,
Nabtaghi Raf'al Liwa'
 Laisa lid Dunya qad 'amilna
nehna lid dini fida'
Fal ya'ud liddini majduh
fal ya'ud lid dini Izzuh.
Au Turaq minhum dima'
Au Turaq Minnad dima'

HAMAS dalam Liga Arab.

Khaled Mesy'al dalam Liga Arab menyatakan 4 tuntutannya kepada pemimpin-pemimpin negara Arab sebagai usaha diplomasi HAMAS. Qatar telah menganjurkan perhimpunan ini dengan ketidak hadiran Mesir dan Saudi.

1. HAMAS menuntut Rafah dibuka.
2. Israel mengundurkan diri dari Ghazza.
3. Kerajaan Arab mengiktiraf HAMAS sebagai kerajaan di Palestin.
4. Negara Arab memutuskan hubungan dengan Israel.

sehingga kini Qatar dan Mauritania telah memutuskan hubungan diplomasi dengan negara haram Israel. Terbaru Israel mengebom kem pelarian di Buraij dan telah meragut seorang ibu dan lima orang Anak. Kejadian berlaku sebaik sahaja tamat upacara mengiringi Asy Syahid Said Siyam menteri dalam Negeri HAMAS.

Wednesday, January 14, 2009

Peperangan semakin merebak.


14 Januari selain peningkatan jumlah syahid di Palestin dan juga Kematian tentera Yahudi zon peperangan telah berjangkit. Artikel sebelum ini menyatakan kemungkinan Lubnan turut terlibat atau dilibatkan hari ini telah menunjukkan perubahan.

Israel membalas dengan bedilan roket dari kereta kebai sebaik sahaja roket kitaisya mendarat di utara Israel iaitu Al Jalil pagi tadi. Dipercayai roket itu dilepaskan oleh pejuang pembebasan palestin di selatan Lubnan. Ini bakal memburukkan lagi krisis dalam Israel. 

Serangan-serangan begini akan mengundang tindakan di luar jangkaan dari kedua-dua belah pihak. Pagi tadi Israel mengakui tenteranya seramai 10 orang tumpas dalam pertempuran dengan pihak pembebasan di Ghazza. Kini syuhada semakin hampir ke jumlah empat angka. manakala mangsa yang cedera semakin laju meningkat ke jumlah hampir 5000.

Membantu Ghazza.

Assalamualaikum.

Sebenarnya hanya Allah yang mampu membantu Ghazza atau mana-mana pejuang Islam. Jika kita benar-benar ingin membantu mereka apa yang perlu kita lakukan adalah mendekatkan diri dengan Allah sehingga kita didengari Allah dan dipandang Allah. Masa itu kita mudah membantu saudara kita di Ghazza.

Saya menyeru Umat Islam seluruh dunia, banyakkan istighfar, jauhi maksiat, banyakkan tilawah dan yang paling penting sebarkan dakwah. Apa yang ingin kita dakwahkan? 1 katakan pada semua Allah adalah esa. 2 Sampaikan pada semua Islam adalah dari Allah. 3 Nyatakan Muhammad rasulullah adalah rahmat ke seluruh alam. 4 anjurkan amal soleh dan cegah kemungkaran.

Kemudian kerap adakan perbincangan ilmiah antara kita sesama kita. kerana kejahilan akan menjerumuskan tindakan kita pada kehancuran. Kalau boleh mulakan perbincangan dengan membaca tafsiran Alquran dan Huraian hadis nabi.

bagaimana semua ini membantu Ghazza? Firman Allah:
fastaiinu bissobri Wassolah. maknanya "mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan doa."
Iyyaka na'budu wa iyyaka nastaiin. maknanya "hanyalah engkau kami sembah dan hanyalah engkau kami mohon bantuan"
Wa man Ahsanu Qaulan mimman da'a ilallahi wa amil solihan wa qala innani minal muslimin. "dan siapakah yang lebih baik kata-katanya dari mereka yang mengajak kepada ALlah dan beramal soleh serta berkata mereka dari kalangan orang orang islam."

Apa ruginya anda jika tidak terlibat?

1 - Syurga bukan utk mereka yang duduk saja.
2 - Islam menuju kemenangan, anda turut serta anda akan  menang.
3 - Anda hamba kepada Tuhan Yang Esa jangan sibukkan dengan urusan orang lain ketana Tuhan Yang Esa itulah yang menggaji anda selama ini.
4 - Jika anda enggan mungkin neraka menjadi singgahan sementara sebelum anda masuk ke syurga atas rahmat ALlah.
5 - Anda terlepas perniagaan yang sangat menguntungkan iaitu perniagaan dengan Allah.

tidak rugikah begitu?

Tuesday, January 13, 2009

Kemungkinan Jordan dan Lubnan terlibat dalam peperangan masih ada.

Semalam tentera Jordan dilaporkan menembak ke arah tentera-tentera Yahudi di Wadi Arabah bagaimanpun ia dinafikan oleh Amman ibu negara Jordan. Ini tanda tanda awal akan berlaku campur tangan atau penglibatan negara itu. Samada melibatkan diri atau dilibatkan secara paksa.

Begitu juga sebelum ini sebutir roket Katisya buatan Israel didapati meletup di utara Israel dan disyaki oleh pihak pertahanan Israel ia dilepaskan dari selatan Lubnan. Israel menjangka roket itu hasil rampasan dalam peperangan Israel Lubnan beberapa tahun lepas.

Israel semakin pengecut.

Awal pagi tadi Jihad Islamiy mengaku telah menawan seorang tentera Israel tetapi tawanan mati terkena bom yang dilancarkan Israel ke arah tawanan. Sepanjang operasi hari ini tentera pembebasan Palestin telah menumpaskan 11 tentera Yahudi dan seorang menghadapi cedera parah.
Israel yang semakin mara dengan kekuatan tambahan kini menggunakan taktik pengecut iaitu mempergunakan anjing sebagai riki grup sebelum mereka mengambil keputusan keluar dari kereta perisai bagi memburu tentera pembebasan Palestin. Kini jumlah syuhada telah meningkat ke 930 orang manakala mangsa cedera meningkat ke 4280 orang.
Bagaimanapun Ismael Haniyeh menyatakan dengan ikrar bahawa kemenangan semakin dekat dan darah syuhada takkan mengalir sia sia. Ismail Haniyeh dilaporkan masih menetap di kediamannya yang biasa. Untuk pengetahuan pembaca yang baru mengikuti isu Palestin Ismail Haniyeh adalah perdana menteri Palestin setelah HAMAS memenangi pilihanraya yang lepas pada 2006. Dialah merupakan perdana menteri pertama dunia yang menghafaz Al Quran, menjadi Khatib dan juga Imam solat lima waktu.

Monday, January 12, 2009

Kerajaan Mesir Mula Melakukan Penangkapan Besar Besaran,


Umat Islam sekali lagi dihampakan oleh Kerajaan Mesir bukan kerana mereka enggan membuka sempadan Rafah tetapi kini dengan penangkapan besar besaran penganjur tunjuk perasaan menyokong HAMAS. 180 orang Anggota Ikhwan ditangkap dan dipenjarakan.

Inilah tindakan terbalik yang songsang setelah pegawai sempadannya terbunuh semalam. Sepatutnya Mesir melemahkan Israel dan membantu HAMAS dalam menyelesaikan permasalahan di Palestin tetapi nampaknya terang-terang dan kesungguhan Mesir dalam melumpuhkan HAMAS adalah perkara yang tidak dapat dipertikaikan lagi.


Jika laporan saya sebelum ini diragui pembaca kini ia semakin terang dan jelas permusuhan Mesir dan pergerakan Islam Harakiy.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini. Munafiq - munafiq ini sedang bermain helah dengan Allah. Sedangkan Allah sedang mempermainkan mereka tetapi mereka tidak mengetahui.

Percayalah mereka akan turut sama hancur seperti sekutu mereka Israel laknatullah. Kini seramai 919 Syuhada dan 4250 orang cedera di Ghazza dan Israel sedang bersiap sedia untuk melakukan serangan di peringkat ke tiga.