Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Saturday, January 17, 2009

Mahmud Abbas disebalik pakatan jahat Israel Mubarak.


18 Januari 2009. Jurucakap media bagi pihak pengawal sempadan tebing Ghaza menyatakan disyaki Tebing Barat bersekongkol menyembunyikan 130 kontena bantuan makanan yang dihantar melalui Mesir ke laluan di Auja. Tetapi sejak sepuluh hari lalu ia masih belum tiba ke ghazza.
Bahkan Al Quds Press melaporkan 130 kontena yang disumbangkan oleh Arab disembunyikan di Ramallah di sebuah gudang simpanan sebelah Israel. Pakatan jahat 3 dajal ini sangat memalukan. Mereka bukan sekadar binatang dalam kemanusiaan di ghazza. Merekalah Syaitan yang menjadi punca kejahatan dan kebejatan. Israel membunuh,Mesir dan Ramallah menghalang bantuan.

Amerika menjadi bapa di PBB Saudi dan Mesir menjadi Abang di Liga Arab. Israel cukup terbela. Seolah olah mereka yang dizalimi. Sedangkan Ghaza disembelih dan dijerut sepuas-puasnya. Umat ini mesti sedar selagi semua ini tidak mendapat pembelaan selagi itulah dosa tergantung ditengkuk kita.

Hamas yang baru berusia 22 tahun terpaksa menanggung semua ini. Saya merayu agar segala bantuan diserahkan terus kepada wakil HAMAS yang terdekat semoga Allah menerima jihad harta kita semua. Sampai di sini untuk isu ini.

Kini Mesir sibuk bersama Mahmud Abbas mahu mengadakan perjanjian Syarmi Syeikh yang disifatkan HAMAS sebagai menjual kulit sebelum buruan diburu.Perjanjian ini melibatkan Mesir ,Palestin dan negara Eropah. Kononnya Mesir ingin mengumpulkan dana bagi membangunkan semula Ghaza setelah mereka membiarkan Bangsa Palestin di sana digayang. Ini menjelaskan lagi kebaculan Pemimpin FATAH Mahmud Abbas dalam politik menawan semula Ghaza dari HAMAS. Israel adalah alat yang ditikam ke belakang Ghaza semata mata untuk mendapat upah Kursi Palestin yang tinggal sekangkang kera sahaja. Mahmoud Abbas dan Husni Mubarak sedang menempah neraka dalam apa yang mereka rencanakan kini.

Inilah masalah ummah. Munafik menjadi pemimpin Ulama menjadi bisu. Yang beriman tidak bekerja. Yang berjihad tersempit dan terhimpit tak menang tangan. Di Ghaza dan di mana-mana inilah fenomenanya.

No comments: