Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Wednesday, October 11, 2006

peristiwa yang sudah jarang ada.


sememangnya kini bermaksiat lelaki perempuan umpama berbual sahaja. semasa ana di Malaysia buat kali terakhir ana dikisahkan oleh seorang sahabat bahawa pernah sekali dalam Putra LRT mereka membelasah sepasang kekasih dengan kerjasama seorang nenek yang menanti peluang untuk membetul sikap cucu sebangsa.

dijumpai pasangan muda tadi sedang memuncak di atas lantai LRT tanpa segan silu bercumbu, bergesel tak elok ana panjangkan kelakuan mereka di bulan berkat ini. setelah beberapa saat menikmati pemandangan pedih itu sahabat ana ini bangun lantas menendang sang jantan. lalu berdiri sang jantan seolah hero ingin mempertahan egonya selepas ditendang maka hinggaplah sebiji penumbuk pula menundukkan ego yang cuba dibangunkan oleh tangan gempal seorang lagi penegak kebaikan. manakala si betina kecil itu terus diserbu seorang nenek tua dengan cubitannya merata rata sambil mulut yang tak henti henti membebel. maka ego si jantan itu jatuh terhempas dihinjak hinjak pula oleh satu gerabak yang memerhati fenomena luar biasa itu. setelah gerabak elektrik itu sampai ke stesen yang dikehendaki oleh dua sahabat ana yang berani ini maka turunlah mereka. berkata si Nenek " terima kasih cu. kalau kamu tak bangun tadi nenek memang tak berani nak marah diorang nih, tapi bila tengok cucu dua orang berani nenekpun ambillah kesempatan emas ini." pembela islam berdua itu cuma membalas dengan tersenyum. watak hero berdua ini sahabat ana dari UIA kedua mereka di fakulti undang undang.

cerita sekadar untuk memberi semangat.

4 comments:

BroHamzah said...

Peristiwa luar biasa..
Memang jarang sekali berlaku..
Ini adalah desakan dan tolakan iman yang kuat..
BENCI kemungkaran yang berlaku didepan mata!!!!!

umaq_eiman said...

memang benar apa yang brohamzah perkatakan hanya bekalan iman sahaja yang sanggup membuat desaan sekuat itu.

Unknown said...

Assalamualaikum Umaq. Salam perkenalan. Kalau akak ada sekali di dalam LRT tu, mesti akak join nenek tu dok cubit si pompuan yang tak ada maruah tu. Lama tak cubit orang nih... Berbuka apa tadi?

umaq_eiman said...

berbuka ngan sup kambing.
heehheheh... akak kena selalu naik lrt lah.,