Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Tuesday, October 10, 2006

wadah iman diisi taqwa


Wadah Iman Diisi Taqwa

dalam sebuah ujana aku melihat rintihan,
rintihan yang sangat menenangkan.
kini kusertakan wadah dalam menakung bekalan,
bekalan dari ujana yang akan meninggalkan.

Wadah Iman ini ingin kuisi setamaknya,
bukan sekadar anjing dan bayangnya,
bahkan lebih lagi dari itu.

Wadah ini sangat luas kantungnya
bahkan tidak mungkin akan penuh.

amalan itu bekalannya,
iman itu sadurannya,
taqwa itu isinya.

bersinar wadahku dengan rahmatNya
yang sedikit dapat kurasa yang banyak sering kupinta.
Ilahi Rabbi janganlah Kaubentengi kasihMu dengan sempadan apapun
apatah lagi sempadan masa. Berikanku nikmat sepertiga malam
untuk kupersembahkan permohonan dan rintihan.

ujana rakanku kusambut dengan wadah keinsafan ini.
wadah iman mencari ketaqwaan.

Anak ayah
riyadh, khartoum
2006

4 comments:

Al Haqirah Ilallah said...

"WADAH IMAN DIISI TAKWA"Hari ini,di beri lagi buah tangan baru hasil lakaran jiwa mujahid muda ini.Madahnya penuh puitis namun sarat dengan makna yang mampu mengguris jiwa2 para abdi yag mengharap ihsan tuanNYA supaya di kasihi dan di hargai kehidupannya.Beginilah jiwa seorng mujahid.Tak pernah kenal erti putus asa dalam mengharap ampunan TuhanNYA.Jiwanya di pahat di bawah lembayung kalimah yag satu.Syahadahnya di ungkap untuk meratib redha tuanNYA.Sememangnya,letak duduk seorang abdi itu sentiasa di bawah.Itu lumrah.Namun letak duduk seharusnya mengajar seorang abdi untuk mencapai ketinggian yang setara.Walau bukan di tempat tertinggi,cukup sekadar berada di sisi.Itu sudah memadai bagi seorang yang bergelar abdi.Mudah2an,kita semua mampu menempatkan diri di sisi ILLAHI Rabbi sekalipun di tangga yang terbawah sekali kerana apa yang paling utama,redhaNYA mengiringi,cintanya utuh bersemi,janjinya kita temui.Salam ramadhan,salam ketakwaan,salam keimanan..SZBB

umaq_eiman said...

terima kash kerana meninggalkan jejak di sini.. semoga harapan dan impian dikabulkan.

brohamzh said...

karya saudara amat mudah dan terkesan di hati.. sememangnya saudara dianugerahi bakat yang cukup istimewa.. Ujana ini ujana bersama.. Ujana ini letaknya kita utk bersama.. Meraih RedhaNya..

umaq_eiman said...

terima kasih kerana mengingatkan matalamt kita hanya satu redhaNya menuju cintaNya.

Allahumma innaka alafwu wa tuhibbu al afwa fa'fu 'anna.