Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Monday, January 21, 2008

aku sendiri,..


Sepi itu merosakkan.
Seolah aku dalam rahim ibu,
bersendiri tanpa sebarang mimpi.
Aku merasa dibelai tapi jauh.

Seolah aku anak bulan di kelam langit.
Menanti ditemani bintang ribuan.
mengejar suria namun tersungkur di birai langit.

Aku kesepian dalam diri sendiri.
Dalam sepi ada bisikan,
bisikan dari makhluk pendahulu ingkar.
Dia berkata:
Sendiri itu memudahkan kamu dengan amalan,
dekat dengan Tuhan.

Aku hampir terpedaya.
Kuduga ianya bisikan teman.
Namun kitabNya kubuka.
Ar Rahman mengajarkan kitab itu.

Hidup perlukan teman.
Aku bukan bulan, bukan pula suria.
Aku dicipta berpuak dan berbangsa.
Aku diberikan kalam dan qalam.
Aku diertikan bayan.

Aku sendiri perlu berdiri.
Diriku perlu bergabung dengan satu arus.
Arus yang menuju keramaian.
Keramaian yang suci.

Arus yang dibawa ombak ukhuwwah.
Arus yang ditebingkan Mahabbah.
Aurnya lillah muaranya rahmah.

Aku tidakkan sendiri.
Aku mesti berani.

siddiq Osman.
mansyiah.
jan 2008

5 comments:

Muqreez said...

"Hidup perlukan teman.
Aku bukan bulan, bukan pula suria."

Tapi kita bintang yang bergugusan
Berkerdipan,tiada pernah berguguran

nur said...

Menarik...

asyafudamira said...

Aku sendiri perlu berdiri
Diriku perlu bergabung dengan satu arus.
Arus yang menuju keramaian.
Keramaian yang suci.

Arus yang dibawa ombak ukhuwwah.
Arus yang ditebingkan Mahabbah.
Aurnya lillah muaranya rahmah.
----------------
m/s: suke bait ni; arus memang sentiasa mengalir, bak ukhuwah yang sentiasa terjalin, qiasan yang hebat!

ASaL said...

salam, terima kasih meninggalkan ingatan dalam entri di blog sy My Father Has Return

alangkah bagus jika kita dapat menuju
ke arah keramaian yang suci
tanpa ragu, tanpa belenggu, dan mengikhlaskan diri
demi Yang Mencipta

Sincere Servant said...

Subhanallah..
Bait sajak yang indah,
Sungguh mengandungi erti dan makna yang halus dan dalama..
Semoga Allah permudahkan jalan akh untuk menuju keramaian kerana Allah swt..
Berani Bersama Allah!