Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Monday, January 07, 2008

hijrah satu analisa


Hijrah Satu Stratergi Susunan Wahyu.

Segala puji dan puja bagi Allah yang mengutuskan nabi sebagai penutup sekalian rasul pada umat ini, insan yang sangat bepekerti tinggi. Firman Allah:

(Dan sesungguhnya kamu memiliki pekerti yang tinggi) surah Al Qalam: ayat 4

Sungguh umat Islam mengetahui hakikat ini, tetapi sahabat yang menyaksikan ketinggian pekerti baginda lebih memahami hakikat ayat ini. Kebijaksanaan atau hikmah merupakan anatara 4 kepala pekerti tinggi. Maka dalam memimpin umat Islam di Makkah rasulullah banyak menunjukkan kebijaksanaan dan kelembutannya dalam berdakwah. Ini telah Allah rakamkan dalam menyatakan antara nikmat Allah itu adalah menjadikan nabi seorang yang lembut hati dan lunak pekertinya. Allah sifatkan nikmat ini sebagai sebab penyatuan umat Islam generasi awal.

Maka kita tahu bahawa Islam itu dibawa oleh rasul dengan penuh kasih sayang. Bukan dengan paksaan atau desakan kebendaan. Ini menjadikan umat Islam pada tahap awal sangat kuat berpegang dengan akidah tauhid. Biar ditawarkan dengan harta atau diancam nyawa, mereka terus menerus mempertahankan akidah yang sahih. Hal ini berlaku secara jelas dalam peristiwa pnyeksaan kaum muslimin yang lemah di Makkah.

Perkara ini membawa kepada hijrah yang pertama ke Habsyah. Di Habsyah umat Islam tidak berpeluk tubuh. Mereka terus melaksanakan usaha dakwah. Rasul terus menerus mencari tapak perkembangan Islam di bani bani luar makkah. Dari satu bani ke satu bani sehinggalah baginda ditemukan dengan bani aus dan khazraj. Mereka menyetujui untuk berbaiah dengan nabi kerana mereka menyedari bahawa hanya nabi akhir zaman yang akan menyatukan mereka. Kehidupan mereka sentiasa diapi apikan oleh kaum Yahudi. Mereka merupakan penduduk asal Yathrib namun pedagang pedagang Yahudi sering mencetuskan perbalahan di antara peribumi agar dapat menguasai tanah Yathrib. Yahudi sering menceritakan bahawa akan ada nabi akhir zaman akan turun dan akan menyertai mereka bagi menakut nakutkan puak aus dan khazraj.

Setelah bertemu dengan mereka nabi tidak terus meminta bantuan. Nabi Cuma memeterai satu perjanjian agar segala kejahatan jahiliyah ditinggalkan dan berjumpa semula di tempat yang sama tahun hadapan.

Pada tahun berikutnya, maka perjanjian tersebut pun diikat. Dengan jumlah yang lebih ramai berganda. Setelah itulah barulah turunnya suruhan berhijrah. Jadi dengan dua peristiwa ini sepatutnya jelas bagi kita bahawa hijrah ke Madinah bukanlah melarikan diri. Tetapi sebenarnya satu stratergi memperkasakan dakwah. Meramaikan agen dakwah dan mengkader penyeru penyeru ke jalan Allah secara intensif.

Setelah semua perjalanan sahabat di susun secara kelompok kelompok barulah rasul membuat persiapan berangkat. Semasa penyusunan ini dibuat kita dapat lihat betapa rasulullah mementingkan aspek keselamatan dan kesejahteraan umat. Secara majoritinya umat Islam berhijrah secara sembunyi. Bagi menjadikan projek perpindahan satu projek yang progres. Sekiranya berhijrah secara terang terangan ia akan menyebabkan penduduk Madinah panik dan penduduk Makkah berpeluang menggagalkan projek mega ini.

Ini kita dapat lihat apabila projek ini diciplak oleh Yahudi hari ini. Mereka berpindah ke Palestin secara sedikit demi sedikit. Bahkan pada peringkat awal rakyat palestin sendiri yang menjual tanah mereka kepada pendatang Yahudi. Taktik yang sama dimainkan oleh Amerika di Teluk. Dari menjadi pengaman Iraq-Kuwait sehingga hari ini mereka bertapak di sana, bahkan telah menguasai sebahagian dari ruang udara dan laut teluk. Bukan itu sahaja system maklumat kerajaan Saudi juga di selitkan device pengintipan Amerika.

Inilah taktik yang mereka adaptasikan dari peristiwa penaklukan fikrah Islam di Madinah. Fikrah penyatuan yang disalin ke otak semua umat Islam didengki oleh Yahudi Madinah. Hal ini membawa kepada suatu peristiwa perbalahan semasa nabi telah memimpin Madinah. Namun kebijaksanaan dan kewibawaan nabi meleraikan permusuhan yang cuba dinyalakan semula oleh Yahudi.

Ini juga berlaku hari ini, Yahudi melagakan umat Islam yang lemah fahamannya dengan sogokan sogokan keduniaan dan penipuan penipuan besar besaran. Hasilnya Fatah dan HAMAS terus bermasalah.

Setelah Rasul mendapat mandate dari seluruh rakyat peribumi madinah maka baginda menyatukan aus dan khazraj dan mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Inilah dalil dari sejarah bahawa Islam itu menyeru kepada penyatuan dan persaudaraan bukan pecah belah dan huru hara.

Hal ini berbeza dengan teori kristian dan juga Yahudi. Kita dapat lihat bagaimana yahudi dan kristian memecah belahkan rakyat mereka agar mereka senang menginjak nginjak kepala rakyat dan memenuhkan temolok masing masing. Mereka lakukan hal yang sama di tanah tanah jajahan mereka. Inilah yang mereka gelar sistem federal. Iaitu pecah dan perintah. Mereka menyedari bahaya bakal mengundang tetapi mereka lebih rela membiarkan rakyat menanggung bala bahaya itu dari kuasa mereka tidak memberi untung kepada diri dan kerabat mereka. Padahal Hijrah mengajar betapa umat Islam disarankan bersatu dan bersaudara.

Adapun pemilihan madinah sebagai tapak penyebaran Islam secara gelombang adalah kedudukan stratergiknya yang lebih baik dari Makkah untuk di jadikan pusat pentadbiran. Madinah adalah kawasan Paling utara di tanah Hijaz yang merupakan jalan pnyambung Makkah dan Syam. Bahkan madinah juga dekat dengan bumi Najd yang lebih banyak kabilahnya dari Bumi Hijaz. Ini semua menjadikan Madinah sebuah kota ilmu yang mudah didatangi. Keadaan muka buminya juga agak landai berbanding Makkah. Kerana Makkah dikepung oleh 4 buah bukit yang besar. Makkah merupakan Bandar yang sukar didatangi. Namun Makkah adalah sebuah Kota pertahanan yang paling kukuh.

Kalau kita lihat pula dari sosiologisnya Madinah menempatkan kader kader yang paling akrab kepada sifat daie. Ini kerana daie itu memerlukan kepada lemah lembut, penyayang dan juga kebijaksanaan. Maka keadaan di Madinah jauh lebih terbuka kepada latihan intensif yang bakal melahirkan guru guru dakwah yang berkualiti.

Hal ini dapat dilihat sehingga kini. Suasana di Madinah lebih damai dari di Makkah. Pun begitu siapa yang pernah ke sana akan merasai betapa tenangnya berada di Masjid Haram jika dibandingkan ketenangang di Masjid Nabi. Walaupun secara zahir di Madinah lebih tenang dan tersusun ia berbeza dari apa yang dirasai oleh benak kita. Masyarakat Madinah lebih terpelajar dan berbahasa ini mungkin kerana mereka tidak terdedah kepada kunjungan orang luar seperti di Makkah.

Fenomena kacau di mana mana ibu kota adalah berpunca dari kedatangan orang luar ke sana. Ini berlaku kerana tujuan manusia berhijrah meninggalkan tanah mereka adalah kerana desakan keduniaan. Jadi Hijrah rasul ini berbeza sekali dengan hijrah hijrah lain. Hijrah rasul seperti Hijrah bani hawari ke bumi palestin. Hijrah bagi menyahut suruhan Allah.

Maka secara umumnya dapat kita simpulkan Hijrah itu adalah satu peristiwa yang sangat besar. Dalam menjayakannya generasi awal melakukan perancangan yang teliti. Dilaksanakan secara tekun dan tersusun. Kepatuhan mereka kepada Rasul bukan sekadar kerana rasul memiliki mukjizat yang dahsyat. Tetapi lebih kepada cinta dan sayang mereka kepada kekasih Allah. Ini jelas kalau kita soroti kisah kewafatan baginda. Semoga Allah menghijrahkan kita dari senario kacau bilau jahiliyah modern ke kedamaian Madinah nabawiyah.

No comments: