Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Monday, March 31, 2008

Nubia sebuah empayar yang dilupai.


Alhamdulillah pada mac 2008 Allah mengizinkan saya melihat saki baki peninggalan empayar silam yang pernah bertapak di bumi Sudan bahagian utara. Sudan sememangnya menjadi tapak awal peradaban manusia, kalau dilihat dari kronologi sejarah peradaban awal maka ada beberapa ketamadunan kecil pra Firaun telah dibina di negara pertemuan dua Nil ini.

Bajrawiyah dikatakan tempat awal pengasasan kerajaan mesir kuno. Bajrawiyah sehingga kini menempatkan piramid versi Sudan yang jauh lebih kecil dari Piramid dan Spink di Mesir. Piramid-piramid di sini dikatakan telah terbina 300 tahun sebelum piramid di mesir. Dalam peradaban Bajrawiyah Shendi penganalisis batu mendapati proses pembinaan bata bata adalah dari dua kategori, iaitu dari pemotongan batu dan juga pembuatan bata dari tanah liat. 

Bajrawiyah merupakan Empayar timur yang kelihatan lebih kecil dari Empayar Karma yang berada di sebelah barat. kedua - duanya terletak berhampiran sungai Nil utara iaitu Nil yang telah bercamtum di khartoum. sebelum Khartoum Nil mengalir dari dua sumber berlainan satu dari Eutophia manakala satu lagi dari Uganda. Nil Biru dan Nil Putih bersatu di Multaqa Nilein dan mengalir ke utara dan berakhir di Mesir.

Kerajaan Karma bermula semenjak 3000 tahun sebelum masihi dan mencapai zaman keemasannya pada 1750 sebelum masihi sehingga 1650 sebelum masihi. Penemuan-penemuan bahan sejarah menyatakan pernah berlaku peperangan besar antara kerajaan Nubia dan kerajaan Mesir sekitar 1570 sebelum masihi. Dalam peperangan ini kerajaan Mesir menawan hampir seluruh utara Sudan.

Kerajaan Nubia ini merupakan sebuah empayar yang makmur berdasarkan penemuan kawasan perkuburan tersusun yang berbentuk bulatan yang menempatkan sekitar 3000 kubur yang kelihatan dikebumikan dalam istiadatnya tersendiri. setiap mayat dikebumikan bersama binatang korban dan di lapik dengan kulit lembu yang telah diawet.  mayat diletakkan dalam keadaan sepeti di dalam rahim ibu dengan tangan diletakkan menutup muka. 

Para pengkaji arkeologi membayangkan perkampungan rakyat Nubia terletak disekeliling Pusat Ibadat yang di gelar Deffufah dalam bahasa Nubia yang bermaksud bangunan dari bata-bata yang dibuat dari lumpur. Teknologi ini sehingga kini masih diguna oleh masyrakat Sudan yang miskin. Manakala rumah rakyat Nubia dibayangkan dibina dari batang gandum berbentuk bulat yang disebut Gutiah. Deffufah merupakan bangunan dua blok yang setinggi 18m dan seluas 25 meter persegi.

Bangunan ini dapat dilawati di Kerma dengan menaiki Boksi <pick up> dari suq Burgaig. Anda juga boleh melawat muzium yang baru dibuka Januari 2008. Bayaran sebanyak 5 junih dikenakan untuk melawat muzium berkenaan.

Empayar Kerma setelah ditakluk oleh kerajaan Mesir dipaksa menyembah tuhan Amun yang paling tinggi dalam kepercayaan kerabat Firaun.  Ini dapat dilihat dalam penemuan patung patung berhala firaun yang dibuat dari batu yang dipercayai diimport dari kawasan lebih utara iaitu dari Tombus.  

Namun setelah rom memasuki daerah jajahan mesir ajaran kristian sedikit demi sedikit menerpa ke lubuk hati masyarakat Nubia. Sehingga kini dapat dilihat di Dongola Ajuz di pekan Ghaddar kesan gereja kuno kristian. Pegangan kristian bagaimanapun dilupakan setelah sampainya Islam. Sehingga hari ini agama agama lain hanya sekadar sejarah bagi peribumi wilayah utara sudan. baik yang berbangsa Nubia , Arab ataupun Afrika. Wilayah Utara Sudan merupakan pendukung kuat kerajaan Sudan hari ini. 

Kita kembali kepada pecahan Empayar Nubia. Nubia terbahagi kepada 3 pak utama iaitu Kadugli, Hims dan Barbaara. Bahasa Nubia dipanggil Rutana oleh masyarakat tempatan namun dalam sejarah disebut Kushite. Jika diamati sampai hari ini bahasa ini dipertuturkan oleh kaum Nubia, sayangnya tulisannya tidak lagi dipelajari.

Sehingga di sini dahulu buat kali ini. Jika ada peluang kita akan meneroka lagi tampat tempat lain di sudan ini.  

 


3 comments:

ASaL said...

salam
tak silap dalam National Geographic beberapa keluaran lepas ada diceritakan mengenai Black Phroah. Dan Empayarnya bermula di Nubia seperti yg ente lawat. Dan legasi Phroah ni rupanya bersifat global, hingga ke zaman ini, serakahnya masih sama bukan?

umaq_eiman said...

ya... black pharoah yg memusnahkan empayar kushite. yg kelihatan mmbela rakyat.

aishahtur je said...

oh ade cerita die. baru tau nih. thnx²