Cerita mula dengan bohong.
Bohong tentang esok.
Pembohong dibiar,
gerun memancar, gubra dan geletar.
Bohong disambung,
bohong tidak dilayan.
Pembohong fikir dipercayai.
Aku teringat cerita khandak
juga Ahzab,
namun aku dipapar kisah Badar
kisah besar.
Kami pertahan serambi yang ingin kalian jadikan koridor.
Tuhan memberi kami taman taman
padi, nenas dan keluli.
kami juga dihadiahkan sepulau mutiara.
Perang kami hanya alam sepi,
perang kami cuma dengan jari jemari.
Kami kenal alami.
Pembohong bergetar, dia masih ingin terus berbohong.
Dalam nada berketar pembohong membohong diri, dan handai.
Kami sudah faham yang membohong itu pencuri.
Aku pon berucap selepas menghadap.
Bukanlah kau membaling jika kamu membaling,
tetapi Allahlah yang memaling hati hati yang berpaling.
Aku yakin kau masih gian untuk membohong.
Gian itu disumbat masin kelat pahit masam perit,
Suatu nama mesti kau ingat.
Suara Rakyat.
Siddiq Osman
1 comment:
makthal sakhti
dan ianya keramat
kerana diberkat
moga terus selamat
dunia dan akhirat
wamakaru wamakarallah!
takbir!
Post a Comment