Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Wednesday, July 02, 2008

Pantun Dgn Kak Ainin.

Pantun 1
eyeman: Suria memancar cerah sekali,
eyeman: Membelah langit menerang bumi.
eyeman: Guru mengajar menabur budi,
eyeman: Membelai Murid membina pertiwi.

pantun 2: kak Ainin.
suria memancar cerah sekali,
menerang alam sepanjang hari,
guru mengajar menabur budi,
murid menjunjung ilmu yg diberi.

Pantun 3
eyeman: suria nama bagi mentari.
eyeman: membawa cahaya menebar warna
eyeman: walau ilmu dijunjung tinggi
eyeman: guru tetap menjadi payungnya.

pantun 4:kak Ainin
membawa cahaya menebar warna,
warna emas tampak ceria,
guru tetap menjadi payungnya,
murid setia berlindung dibawahnya?

pantut 5:
eyeman: pancaran suria lurus sinarnya,
eyeman: dari angkasa laut akhirnya.
eyeman: setia murid pada gurunya,
eyeman: tanda ilmu jelas tercerna.

Pantun 6:kak Ainin
Bunga mawar di pasar minggu,
dibeli sejambak oleh Tok Koya,
Guru mencurah kalam dan ilmu,
ke mana perginya setelah jaya?

Pantun 7
eyeman: Kalam bukan seperti tinta.
eyeman: dicurah curah bagai baja.
eyeman: kalau sudah akhirnya jaya.
eyeman: bakti guru sampai ke nusa.

Pantun 8:kak Ainin
Ke hutan rimba berburu rusa,
berlembing rombak berkuda segala,
bakti guru sampai ke nusa,
menerang hati yang kelam gelita.

Pantun 9
eyeman: Berburu rusa banyak caranya.
eyeman: ada bersumpit ada berpanah.
eyeman: yang kelam disimbah cahaya
eyeman: berkat guru cekap amanah.

Pantun 10: kak Ainin
rusa seladang tupai tanah,
mencari makan di tepi paya,
berkat guru cekap amanah,
murid jaya menyambung usaha.

5 comments:

KiDeN~H.D.3 said...

perrhh mantap ah abg umaq n k.ainin nih main balas2 pantun..
best2 plak tuh..
jom try dgn kiden..
ada brann?
hehehe

umaq_eiman said...

reti ker berpantun...

Rebecca Ilham said...

Salam,

nak komen sikit tentang struktur pantun (hehe..pasca baca Warinsya Kalbu, so macam semangat tentang pantun).

Saya perhatikan kesemua pantun masih berada pada peringkat pertama, di mana sampirannya (pembayang) hanya dicipta semata-mata untuk memenuhi kehendak berima (atau bersanjak) di hujung.

Pantun Melayu yang unggul sepatutnya menggunakan unsur-unsur dunia orang Melayu sebagai sampiran. Sampiran juga hendaklah mempunyai kekuatan yang sama dengan maksud, bermakna, sampiran boleh ditukar ganti dengan maksud.

Pantun Melayu yang benar-benar unggul juga bukan hanya bersanjak di hujung secara berselang-seli, tetapi juga bersanjak di tengah. Ya, kedengarannya sukar, tetapi itulah yang menjadi pantun suatu warisan kehebatan orang Melayu yang tidak tertandingkan!

Ainin Naufal said...

sebenarnya itu pantung main2, si aiman kononnya nk menjual, tp sebenarnya dia x jual2 pun, last2 jadi pantun berkait2 plak, saja nk asah2 bakat. tu je

KiDeN~H.D.3 said...

aiisshh..
mencabar minda nmpk..
ada ubi ada batas,
lain hari saya balas..
hahaha