Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Thursday, October 09, 2008

mengapa aku menulis??

Soalan ini sering berputar dibenakku yang sempit dan cangkat ini. Bahkan kadangkala ia diputarkan oleh kenalan baik di alam nyata mahupun dia Siber Maya ini. Adakalanya aku mengabaikan soalan ini dengan jawapan-jawapan bodohku seperti: sebab aku ada tangan, sebab aku nak belajar bahasa ibunda sendiri ada juga yang terlalu membodohkan penyoal seperti ada aku habiskan duit mak bapak kamu?

Inilah aku yang sering berbahasa kasar dengan sesetengah golongan manusia. Namun itu hanyalah ego luaran yang mendindingi betapa tersentuhnya aku dengan persoalan itu. Aku mula mencari apakah alasan aku menulis.

Aku mulakan dari nafsu. Aku menyelidiki nafsu keduniaanku. Adakah aku menulis kerana mahu kaya jual karya merata-rata? Nafsuku dengan buas menepis sangkaan itu. Belum ada tulisanku yang membawa untung, tetapi aku masih menulis bahkan makin lama makin meninggi minatku. Nafsu kenamaan pula aku selidiki. Apakah aku mahu jadi seperti sasterawan sasterawan besar seperti Abu Nuwas, Farazdaq atau A Samad Said yang dikenali dan dikagumi? nafsu yang mencintai pujian ini bertanya dengan muka yang agak dengkel, bagus sangatkah karya aku? Aku tersipu di hujung soalan. Lalu atas dasar apa aku menulis? Akal pun menduga, kerana aku mahu di baca. Ya, Tuhan juga bekarya untuk dibaca karyaNya. Alam di ciptakan untuk dilihat dan dikagumi, hidayah dikurnia untuk disyukuri dan dihargai.

Jawapan akal benar tetapi itu semestinya sebab wajib bagi sebarang penulis menghasilkan karya. Mindaku bertanya apa sahaja yang selalu aku tulis? Aku menyemak semula penulisanku. Tema utama semua bahanku adalah Islam dan Pengabdian. Hatiku mula berbisik. Jangan sampai kamu mengakui kamu menulis kerana dakwah. Jika benar sekalipun kamu menulis kerana dakwah ikhlaskah kamu dengan Tuhan? Aku keliru dengan tuntutan hati ini.

Kini aku merasakan aku menulis kerana ingin berkongsi sebuah persoalan, persoalan yang pokok dan besar perlu aku faham dan memahamkan. Persoalannya ada dalam diri setiap manusia betulkah apa yang sedang kita yakini dan setakat manakah keyakinan kita terhadap apa yang kita yakini? Jika aku tidak menulis persoalan ini tahukah aku di mana aku sebenarnya dan ke mana aku selayaknya...

3 comments:

wan atiqah said...

salam...

mengapa aku menulis...bagi penulis2blog mahupun karyawan..pastinya ramai yang menanyakan soalan ini pada diri sendiri...saya juga begitu..

ya...bukan sekadar untuk dibaca...tapi di fahami

menulis seolah menyuarakan isi hati...mentafsirkan stp yg bermain di minda...melontarkan pendapat dengan kehendak jiwa sendiri...asalkan kena pada tempatnya...tiada batasan dalam berkarya...

teruskan menulis....

ASaL said...

meski apa, kita semua, mencari makna sebenarnya.
selamat berkelana, mencari makna, moga dalam gelap perjalanan, di hujung, kita bertemu sinar cahaya yang terang.

Hilal Asyraf said...

bagus post ini...

kita menulis perlu jelas matlamat...

barulah semangat tak luntur di tengah jalan...

kenapa aku menulis adalah satu perkara yang perlu diselediki semula oleh semua orang...

atau kalau dalam konteks umum...
niat...

ada benda besar, jadi kecil sebab niat. Ada benda kecil, jadi besar juga disebabkan oleh niat...

menulis untuk mendidik...
semoga ALLAH redha dengan kita