Tuesday, December 16, 2008
Penulis Muslim.
saya bertanya kenapa pengkaji muslim jarang menonjol ke mana karya mereka? setelah saya melihat dan mencari rupanya beribu karya agung penulis muslim tetapi sayang saya hanya dapat membaca karya itu dalam bahasa arab. terlalu sedikit golongan yang bertungkus lumus menerjemahkan karya karya ini dalam bahasa melayu.
saya yakin kalau adapun karya dari mereka amatlah mahal untuk dijadikan milik peribadi. contohnya terjemahan tafsir al munir yang hampir menceca seribu ringgit. apakah mampu seorang yang bergelar pelajar aliran islam memiliki kitab itu sebagai rujukan dan bacaan? sdah tentulah boleh dengan berebut kitab itu dengan jumlah yang terhad di perpustakaan kolej mereka. itupun jika ada. selayaknya kita dalam negara yang mewar-warkan modal insan dan juga islam hadhari mendapat subsidi yang besar untuk menterjemahkan karya karya ulung seperti tafsir dan syarah hadis.
belum lagi kita melihat harga yang bakal ditawarkan bagi penerjemahan qanun fi tubb karya ibnu sina. sudah tentu diterbitkan dengan harga yang menggila. kerana pembacanya dari kalangan pengamal perubatan yang merupakan golongan dianggap berada.
saya menyeru penganggur penganggur yang keluar dari tanah arab kembali kepada kotak kotak kitab yang mereka tinggalkan semasa mereka tiba di tanah air. buka kotak tersebut mulakan kajian. ceritakan tentang keilmuan yang terselindung dari pengetahuan muslim melayu. bedah buku buku itu bahaskan. gabungkan dengan kitab kitab jawi yang menjadi warisan ulama melayu sejak berzaman.
kembalikan ketamadunan islam nusantara ke persada dunia penulisan dan pengetahuan. sedarlah jika kita mahukan dunia maka dengan ilmu dunia itu muncul, jika kita rindukan akhirat maka dengan ilmu kita akan kembali. jika kita mahukan keduanya juga dengan ilmu barulah keduanya bercantum.
berhentilah menjual sijil di meja meja temuduga. kembali kepada ilmu dan jadilah muslim yang kendiri. yang hidup mulia dengan ilmu dan zuhud dalam urusan dunia. saya menyeru diri saya dan semua pembaca blog ini agar kembalikan himmah muslim yang selayaknya kita pertahankan dan perjuangkan islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi.
Label:
agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam...
Ana stju sgt dengan apa yang enta tls. Umat Islam mundur adalah disebabkan tahap ilmu yang rendah. Buku2 yang dibaca pula kbnyknnya idea-idea dari Barat. Padahal banyak buku2 ilmuan Islam yang ada dalam pelbagai bidang untuk dibaca dan dirujuk. Kepada graduan Timur Tengah, marilah kita sama-sama cuba terjemah buku2 untuk jadi tatapan bangsa kita. Mereka kehausan sumber2 ilmu dari ilmuan Islam silam dan kini kerana batasan bahasa...Terima ksh Umaq tls tajuk ni, bgs sgt.
Post a Comment