Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Saturday, May 02, 2009

Pulang kerana Cinta

Datar ini gersang rekah
menanti hujan hidayah.
Lembah ini kontang kusam
dibakar api dosa semalam.

Aku musafir di sini
meniti daerah sepi mencari,
tercari-cari diri sendiri.
Agar, bisa ku bawa pulang.

Ramai sudah pulang,
ada teman ada saudara
seteru pun sama. Ada
yang pulang kerana damba,
bagai pungguk rindu purnama.
jua pulang kerana takut,
bagai menikus di sangkar kucing.

Tetapi aku yang mencari aku,
mahu pulang kerana cinta.
Meminta redha meminta dicinta.
Sekalipun kuyakin cintaku ini hanya
cebisan dari kurnia cintaMu.
Aku tetap mahu pulang kepadaMu dengan cinta,
kerana cinta.

Sudah seribu satu rayu kumungkiri.
Sudah bersimpang tujuh puluh aturan kaki,
namun janganlah Kau campakkan kecewa,
jangan pula hapus asa dan biarlah citraku mekar
dibakar sinar cintaMu. Aku tahu Kau mahukan kepulanganku.
Aku tahu Kau rindukan rayuku.
Pulanglah aku kerana cintaMu.
Selamatlah diri wahai aku.

Siddiq Osman
meneliti taubat adam.

6 comments:

Fairuz Sallehuddin said...

sedaaaaappppppppppp gilaaaaaaaa!!

congrats!

i want more, we want more :D

Nurlulu said...

aduh, apa inspirasimu sehingga mampu menulis sepuitis ini? Terpegun seketika.. :)

Unknown said...

indah,..dan bermakna

Anonymous said...

Di kala mata menikmati keindahan bukti tajalli diri rahsia,
Di kala hati sedang tercari-cari rahsia diri dlm diri..
Pikiran bagai terbakar seketika tat kala terbaca 'puisi sufi'..

Semoga sama2 sampai ke destinasi..

Teruskan berkarya..

akhuk fil Islam..
~bobby~

admon said...

cinta si DaRah manies !!

irmadilondon said...

sabar itu besar hikmahnya. moga satu hari nanti akan terasa nikmatnya.

eceehhh..tersampuk la pulak..!hehehe