Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Tuesday, April 28, 2009

Hamas penubuhan dan perkembangan

Oleh : Siddiq Osman.
Dipetik dan disunting dari www.palestine-info.com/arabic
Walaupun HAMAS secara rasminya ditubuhkan pada 15 Disember 1987 tetapi akar kewujudan HAMAS telah menular sejak 1948 lagi. Sejak bermulanya Nukbah yang pertama iaitu kecelakaan besar yang dicetuskan Israel di timur tengah. HAMAS adalah hasil dari cantuman jiwa-jiwa yang percaya bahawa jalan keluar bagi bangsa Palestina dari cengkaman Israel hanyalah dengan jihad Islamiyah. Syeikh Ahmad Yassin telah mengasuh pengikutnya dalam gerak kerja dakwah yang diwarisi dari Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Dua faktor utama yang mendorong kepada tertubuhnya HAMAS adalah :
1.Kesedaran Politik Dalam Membela Nasib bangsa Palestina.
2.Kebangkitan Kesedaran Islam.


 
Bagi membela masa depan Negara Palestin, HAMAS bergerak bagi menyedarkan rakyat Palestin permasalahan mereka yang sebenarnya, yang sedang dihadapi ketika rakyat masih terpinga-pinga ditindas gerakan Zionis sewenang-wenangnya. Bagaimanapun pada peringkat awal HAMAS tidak ditubuhkan sebagai satu organisasi memandangkan kewujudan MTF dan juga PLO mampu berperanan sebagai wadah perjuangan rakyat Palestin. Individu-individu HAMAS lebih menumpukan perhatian mereka untuk membangkitkan kesedaran di peringkat umum kepada perlunya perjuangan Bangsa Palestina sendiri.
HAMAS secara umum, mula membina akarnya sejak 1948 lagi, tetapi pembentukan lebih khusus selepas kekalahan Arab pada tahun 1967.  Bagaimanapun proses pembentukan satu ikatan penentangan yang kukuh menghadapi masalah perselisihan dalaman dan luaran antara jemaah-jemaah kecil Islam pada era 80-an telah membantutkan usaha pembinaan revolusi Palestin.
Apa yang diperjuangkan antara HAMAS dan Zionis adalah 2 masalah pokok:
1.Pengiktirafan kewujudan Negara Israel dan hak-haknya di Tanah Orang Palestin.
2. Pengunduran Yahudi dari sebahagian tanah Palestin yang dirampasnya, bahkan sebahagian besar daripadanya.
Pada era 70-an satu pengkhianatan atau pakatan jahat MTF dan yahudi telah dimeterai melalui perjanjian jahat Camp David sehingga membawa kepada pengepungan Selatan Lubnan pada tahun 1982. Pengepungan ini adalah penghinaan terbesar selepas kekalahan Arab pada Yahudi tahun 1967. Ini kerana telah berlaku pengepungan selama 3 bulan tanpa sebarang tindak balas dari satupun kuasa Arab.
Pada awal 80-an memperlihatkan banyak kebangkitan kumpulan Islam seperti Usrah al-Jihad 1981 dan juga Majmu’ah Syeikh Ahmad Yaasin 1983 dan lain-lain lagi. Kebangkitan kali ini menjanjikan sesuatu yang lebih jelas kerana ia lebih bersifat alami iaitu melibatkan peperangan Islam dan Zionis.
HAMAS menyimpulkan dua agenda utama perjuangan ketika ini iaitu:
 
1. Menjadikan Isu Palestin sebagai Isu paling utama dalam perbincangan Antarabangsa.
2. Menjadikan Proses revolusi Palestin menentang Israel dan program penjajahannya sebagai pendekatan untuk perdamaian di rantau itu.
Kemunculan HAMAS adalah tindak balas tabi’ie dari rentetan peristiwa pada tahun 1967. Pada 6 Disember 1987 berlaku pembunuhan 6 rakyat Palestin, ini telah menyebabkan penentangan era baru bermula dalam jihad mengembalikan kedaulatan negara Palestin. Maka pada 15 Disember 1987 tertubuhlah HAMAS sebagai wadah perjuangan mengembalikan Palestin kepada rakyatnya.
Kewujudan HAMAS amat menjadi kegalauan dalam hati pemimpin penjajahan Zionis lantas mereka menggerakkan jentera perisik bagi melumpuhkan HAMAS dengan memburu pemimpin dan kader-kader HAMAS. Sehinggalah pada tahun 1989 menyaksikan penangkapan besar-besaran sehingga pengasas HAMAS Syeikh Ahmad Yaasin turut ditangkap. Rentetan peristiwa ini tercetuslah perang Sakakin dalam musim sejuk 1989. Pada 1990, empat orang pembesar HAMAS telah dibuang negara dan sesiapa yang menyertai HAMAS telah menjadi satu jenayah besar.
Pada 1991, HAMAS melangkah setapak lagi kehadapan setelah tertubuh secara rasmi sayap tenteranya yang dinamakan Kataib Izzuddin al-Qassam. Pada Disember 1992, Sayap tentera HAMAS telah berjaya menawan Naseem Toledano tentera Israel menyebabkan Yitzhak Rabin menghukum 415 orang HAMAS dibuang negara. Turut sama dihukum ketika itu sekutu rapat HAMAS Jihad Islamiy.
Inilah sejarah bagaimana HAMAS boleh terbentuk dan pesatnya HAMAS menunaskan pucuk sehingga mereka memenangi pilihanraya anjuran PBB pada tahun 2006 bagaimanapun
dinafikan kemenangan mereka dengan alasan HAMAS adalah gerakan pengganas oleh negara-negara Eropah, Amerika, Kanada, Jepun dan Israel. Bagaimanapun Febuari lalu telah membuktikan bahawa HAMASlah gerakan yang mendahului pembelaan nasib rakyat Palestin secara ketenteraan dan kemanusiaan. Ini dibantu oleh gerakan-gerakan pejuang lain seperti Jihad Islamiy.   

No comments: