Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Sunday, August 09, 2009

Terkandas

Siang tadi menjawab teka-teki.
Siang tadi menjadi saksi.
Bumi ini menjahit pekerti.

Jawapan tidak!
Memberiku faham duit bukan kuasa.
Memberiku ilham sini tempat ujian.
Kurnia ilahi bernama Iman
membuatku redha takdir ini.

Tidak kali ini,
Datang setelah ku merayu
dengan alasan dengan bantahan.
Tetapi tidak ini begitu kukuh padu.
Rayuku luluh, bantahku patah.

Ku hubung ke rumah khabar kegagalan.
Ku panggil mertua cerita kekalahan.
Mereka bersedih tetapi menyimpan
berselindung sebalik nasihat mengukuhkan.

Goyahku kini bertongkat,
longgarku berikat.
Ayat Tuhan kusandarkan
sebuah keyakinan.
Sesungguhnya selepas susah
ada indah.

Dalam terkandas
nyawaku menghembus pantas.
Wahai diri kau akan pulang.
Menyambung rantai juang.
Bukan terkandas tetapi,
inilah peluang menampung lubang.
Koyak rabak pakaian perang.

Siddiq Osman
9-8-09

1 comment:

Anonymous said...

sabar sungguh seorang umar..tika ujian demi ujian kau tempuhi,aku bertanya diri mampukan aku tersenyum lg sekiranya aku diuji sebegitu..aku faham rasa hatimu,bila ku menyusul berita,bonda memberi madah..kehidupannya sejak mula memang dididik sebegini rupa..Allah yang memilih dirimu diuji dengan imtihan sebegini.tentunya Allah mengetahui engkau sekuat ini..aku yang mengikuti,sangat yakin engkau pasti menempah kebahagian yang abadi dikemudian hari..kami bersamamu akan terus menyokong dan memberi rangsangan padu agar kita menjadi hamba yang sentiasa dikasihi Rabb Penciptanya.

good luck mohd umar aiman.
dalam setiap doaku,ku iringkan bersama kemudahan buat engkau daripada Nya yang Maha Esa