Hari ini, setelah islam dikembarkan dengan keganasan terlalu ramai orang bercakap tentang Islam. Ada dikalangan mereka memang layak bercakap dan membela Islam banyak juga yang layakkan diri mereka menghentam Islam dengan fitnah dan bermacam tuduhan. Ini kontradigma yang jelas tanpa kekeliruan yang menghalang kita mentafsir hakikat perbicaraan mereka. Seperti bilamana al-Qaradhawiy menghuraikan masalah islam phobia jelas kita mengutip hujah-hujahnya yang bernas dari sudut logik manusiawi dan juga lurus dari sudut wahyu Rabbaniy. Begitu juga ketika mana (metenyahu???) menentang golongan HAMAS sebagai teroris terpapar sesat logiknya dan terpampang lulus falsafah kesyaitanannya.
Persoalannya! Apabila Obama menyatakan Islam sebenar begini dan begitu. Kemudian dajjal tidak bercop seperti Salman Rusydi pula menyelar Al-Quran dan sebagainya. Di sini dimana autoriti? Siapa mereka untuk bertindak begitu? Hari ini Islam adalah anutan terbesar dunia. Fenomena ini menjadi kebanggaan. Hakikatnya mungkin hanya sepertiga dari manusia bernama Muslim ini mengamalkan Islam dengan faham serba sedikit. Sepertiga lagi tidak ambil tahu langsung dan sepertiga lagi terpisah antara yang menghentam Islam dari dalam secara terang atau sembunyi dan yang mendokong Islam semaksima upaya mungkin.
Golongan terakhir inilah yang disebut (Fatuba Lilguraba’) Fenomena ini menjadi kehairanan bagi generasi awal Islam. Masakan Muslim semusnah ini? Masakan Umat Islam selemah itu? Kitalah keajaiban itu. Bukan kerana kita umat akhir zaman, bukan kerana kira terlalu jauh dari nabi. Tetapi kerana kita tidak mahu, Tidak mahu faham dan enggan bertindak dengan apa yang kita tahu. Kita:awak, saya dan juga dia, Ya! Kita semua!!
Kita fikir Islam itu hanya agama. Belajar fiqah, aqidah, Quran dan hadith sikit-sikit cukuplah. Kita tidak melihat kepada Islam itu kaffah. Bila menjadi Muslim,Mindanya Islm, Nalurinya Islam, Emosinya Islam, Jasadnya Islam, Ruhnya Islam, Hartanya Islam, Keluarganya Islam, Cakapnya Islam, Geraknya Islam, bahkan detik nadinya juga Islam. Oleh kerana gagalnya kita cernakan makna Islam inilah ada antara kita Muslim Sekular, Nasionalis dan berbagai jenis muslim lagi.
Dan inilah juga sebab kita hanya Islam pada sesetengah sudut dan kufur dalam sudut lain. Misalnya pakaian kita muslim tetapi harta kita dari kekufuran. Minda kita cintakan dunia sedangkan tangan kita di mengira zikir. Ataupun solat kita di masjid tetapi belajar kita di Convent. Apakah Islam yang akan lahir? Islam yang sudan tertempel najis disana-sini? Islam yang sudan koyak-rabak? Jika inilah Imej Islam yang Muslim zaman kita pamerkan sampai bilapun ummah ini akan terus dihina.
Kita kena gabungkan Islam Kaffah dan Individu Muslim biar kita makan sebagai muslim, belajar sebagai muslim, berfikir ssebagai muslim, hidup sebagai muslim barulah kita memakai Islam yang lengkap dan bersih. Mari kita bandingkan…..
3 lelaki, Seorang berpakaian lengkap dengan sampin, sepasang baju melayu dengan songkok dan sandal. Kedua, orang berbaju jubah, berserban berpalit tahi. Ketiga, orang memakai seluar dalam dan singlet sahaja kemudian memakai serban. Siapakah yang akan kita mahu contohi? Atau dampingi? Jawapan anda menggambarkan diri anda. Jika benar mahu contoh yang baik, segerakanlah. Jangan sampai ajal mendahului.
Islam adalah sistem,Muslimlah yang menghidupkannya. Islam adalah Jentera, Muslimlah yang mesti menggunakannya. Islam adalah Jalan, Muslimlah yang akan melaluinya. Islam adalah pakaian cantik, Muslimlah yang akan memperagakannya. Islam tidak rugi apa-apa tanpa Muslim dan akan kekal wujud tetapi tanpa Islam tiadalah nama Muslim. Selamat Beramal.
No comments:
Post a Comment