Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Thursday, October 22, 2009

Jemaah perlukah???

Salam saya menulis ini berdasarkan kefahaman saya semata. Kita lihat kini di tanah air banyak sekali pergerakan Islam atau sesuai disebut jemaah Islam. Kita ada Abim, JIM, IsMa, PAS, Tabligh, Hizb Tahrir dan macam-macam lagi. Baik yang berdaftar atau tidak aktivitinya hampir sama. Usrah atau majlis ilmu. Diikuti dengan Daurah atau pembentukan diri. Kemudian ada jaulah bagi merapatkan ikatan antara ahli. Persoalannya perlukah jemaah sebegini pada kehidupan kita seorang muslim?

Tidak cukupkah hanya berjemaah di masjid dan bernaung di bawah agen-agen kerajaan seperti JAKIM dan sebagainya. Kenapa mesti nak berjemaah?

Sebenarnya Jemaah Islam di bawah daulah atau khilafah Islamiyah. Sekiranya ada daulah Islam maka tiada lagi Jemaah lain. Ini adalah perkara yang pasti. Tetapi kerana hari ini tidak ada satupun daulah Islam maka Jemaah muslimah menjadi banyak. Kebanyakannya menjurus kepada pembinaan Negara Islam yang mengatur kehidupan manusia menurut corak Islami. Jemaah yang ada mempunyai kelainan masing-masing. Ini kerana pengasasnya mempunyai latar masing-masing.

Ada orang pernah bertanya kepada saya kenapa mesti ada banyak jemaah dan jemaah mana yang paling benar? Sebenarnya saya tiada jawapan yang tepat untuk soalan seperti ini. Tetapi jawapan saya menurut kefahaman saya. Berjemaah itu wajib. Untuk apa? 1 - mewujudkan persekitaran Islam. 2 - mencari manhaj pembentukan diri (hati,akal dan jasad) 3 - menjaga diri dari larut dalam gelombang jahiliyah(maksiat dan kesesatan). 4- Menunaikan tanggungjawab Muslim (berusaha mewujudkan Daulah). 5 - berkhidmat untuk Ummah. banyak lagi sebab lain dan kewajipan ini berdasarkan dalil "alaikum bil jamaah". Seperti permasalahan Fiqah kita terdedah kepada perbezaan pendapat. Begitu juga dalam masalah harakah (gerakan) Islam ulama berbeza pandangan. Ada yang mahukan kerajaan sebelum ummah, ada pula yang mahukan ummah sebelum kerajaan, ada yang merasakan yang penting dakwah kemudian Allah akan tentukan bagaimana terbina daulah dan ada yang merasakan revolusi adalah jalan untuk membina daulah. Jadi perselihan ini mencetuskan Jemaah yang pelbagai. Kita tidak boleh menyatakan hanya jemaah kita dalam kebenaran sebagaimana kita tidak juga boleh mengatakan semua jemaah benar. Cuma ke atas kita mencari Jemaah mengikut  kriteria yang dipandukan syarak.

Bagaimana Jemaah Islam yang diluluskan syarak? Saya kurang study bab ini tetapi sekadar yang saya tahu. Ia mesti berdusturkan al Quran dan Sunnah. Mesti menurut lunas-lunas perjalanan sirah dakwah. segala permasalahan dikembalikan pada al Quran, Sunnah dan Kaedah-kaedah syarak yang lain. Dipimpin oleh pemimpin yang bertaqwa. Bermanhajkan Fikrah yang jelas. berteraskan Aqidah yang betul. Tidak ada agenda sampingan dalam gerak kerja dakwah. Bebas dari kerosakan dan fahaman rosak seperti liberal dan sekular. Bersangka baik dengan jemaah lain yang wujud. Tidak menyeru kepada perpecahan.

Bagaimana tentang Jemaah yang baru timbul? mestilah mereka penyebab perpecahan? sebenarnya lama dan baru bukanlah keutamaan. Tetapi kemana ia menghala itulah yang diutamakan. Hakikat harakah memang menjurus kepada kepelbagaian dan hakikat jemaah perlu kepada pendirian dan ketegasan. Dua asas inilah yang menyebabkan timbul pelbagai jamaah dalam dunia ini. Masing-masing berada dalam landasan yang betul tetapi bukanlah semua. Perselisihan berlaku kerana mengira perkara mana yang lebih tepat. Kepelbagaian timbul kerana masing tetap dengan pendirian itu dan tegas dalam masalah perinsip pendirian ini. Ada yang mahukan pelapis yang ramai. Ada yang mahukan pelapis yang berkualiti tanpa mengira jumlah. sebaiknya kedua-dua ini bergabung. Ada yang melihat ikon masyarakat adalah sasaran utama ada pula yang melihat penyerahan diri kepada pembentukan islam itu lebih utama. Jadi sebenarnya kepelbagaian Jemaah menganjur kepada pencepatan proses pembinaan daulah selagi Jemaah - jemaah ini tidak bercakaran dan bermusuhan.


Jadi saya rasa memang kita sangat memerlukan jemaah. Kerana Jemaah adalah tabiat Islam. Menjadi muslim beerti menjadi ahli dalam jemaah Muslim. selamat memilih Jemaah anda.

1 comment:

K-Keng said...

Lagi satu ciri jemaah yang perlu di ikuti ialah jemaah yang turut menyelaraskan agenda 'jemaah kecil' dengan jemaah-jemaah lain. Kalau jemaah yg isolated, boleh diragui halatujunya...

salam ukhwah dan ziarah...