Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Sunday, October 25, 2009

Pertama kali

Sejak 8 tahun saya di Sudan semalam pertama kali saya menerima provokasi ini. Bahkan seumur hidup saya ini yang pertama. Saya dipaksa "didesak" mengiyakan bahawa Isa al Masih rabb. Berderau darah saya menahan marah dan menjaga susila. Saya cuba melakukan counter dengan mendesak dia (hanya pemandu riksyah) mengakui Isa hanya Rasul Allah tidak lebih dari itu.

Akhirnya dia melenting dan mengatakan siapa yang menolak Isa sebagai rabb akan dimasukkan ke dalam Neraka Jahannam. Saya mengatakan Allah mengampunkan semua dosa tetapi tidakkan mengampunkan syirik.
Saya turut membacakan surah al Ikhlas.


Akhirnya dia tenggelam dalam kumat kamit zikir kristian dan saya berulang-ulang memperbaharui syahadah. Sehingga sampai di tempat saya mahu turun saya kembali mengatakan. Hiduplah sebagaimana kamu mahu tetapi kematian kamu akan ditentukan oleh Allah. Tiada tuhan selain Allah. Dia menyambung dan Isa anak Allah.

Saya sangat menyesal sehingga kini. Rupanya saya sangat lemah dalam mempengaruhi org sebegini agar mengakui atau sekurang-kurangnya menghormati keimanan saya bahawa Allah Esa. Tiada sekutu apapun. Saya hanya mampu mempertahankan diri tapi tak mampu menembusi benteng lawan. Ya Allah! Ampunkan kelemahan hambaMu ini.

No comments: