Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Monday, February 01, 2010

Lelaki Baik

Menjadi lelaki adalah amanah,
seperti menjadi menteri.
Lelaki baik punya ciri.
Baik agamanya bagai ajaran nabi.
Lurus hidupnya tegak lisan bagai gigi.
Akalnya cerdik mengenal batasan ilahi.

Menjadi lelaki adalah anugerah,
bagai menjadi wali.
Punya beban dakwah,
rezeki dicari sehari-hari.
Rumah bukan sarang tetapi tempat pulang.
Jalanan bukan kubang tetapi jadi laluan.

Menjadi lelaki adalah payah,
bagai menjadi petani.
Menyemai benih pada isteri.
Membaja anak dengan bakti.
Membajak jerih dengan harap
pohonan berbuah.
Anak isteri hiasan yang dipersoalkan
di kemudian hari.

Itulah kisah menjadi lelaki.
Lelaki yang baik,
baik pada isteri,
baik di hati,
baik di bumi,
lelaki dinanti.

Siddiq osman
2 Febuari 2010

6 comments:

ASaL said...

malangnya ana selalu berjumpa lelaki yang akalnya hanya sejengkal.

mohon izin menyalin semula puisi dan disiar di blog ana.

:)

SERVANT said...

Love this poem v much, akh..! Smg allah membantu akh utk jadi that 'Lelaki baik'...

dan membantu orang-orang lelaki lain utk faham tentang betapa banyak responsibilities as 'Lelaki' ini juga..

bukan sekadar demand hak dari para isteri mereka..

wallahua'lam.

NurLuLu said...

Sangat suka karya ini.

nur abadie said...

jadi perempuan juga berharga dan terlalu mulia..

Anonymous said...

sedap karya ni aiman...

kalau yg ni awak suh sy komen,mesti tak banyak songeh..hehe..

umaq_eiman said...

siapa anonymous ni ya??