Selalu orang kata mimpi ini mainan tidur. Namun bagi saya mimpi kadang-kadang satu perkhabaran. Apa yang jelas mimpi itu ada dari syaitan dan ada pula yang membawa makna. Semalam saya mimpi di hujung malam. Mimpi yang aneh.
Saya ke suatu tempat yang bukan daerah saya. Saya dah tak ingat dengan siapa. Tetapi kami berjumpa dengan orang putih kulitnya perang bulu mukanya berkumpulan ada yang lelaki ada yang perempuan. Yang menariknya mereka sedikit sedikit berbahasa melayu. Saya menoleh kepada teman saya dia berkata mereka ini bersungguh mahu belajar melayu. Menariknya dalam mimpi itu kami sempat berbual. Saya menegur mereka dengan memberi salam, mereka membalas dalam bahasa bercampur melayu dan inggeris. Tetapi saya cuma ingat dalam dialog akhir kami.
Seorang dari mereka bertanya apa rukun salam? saya menjawab ada empat 1) pemberi salam 2) penjawab salam 3) ucapan salam 4) jawapan salam. Entah dari mana datang perkara ini saya tak tahu tak pernah saya belajar rukun rukun salam. Kemudian kami seolah2 perlu bergerak ke arah lain tetapi masing masing seperti keberatan. Melihatkan perkara itu saya bertanya tahukah kalian apa itu makna Salam? mereka memberi isyarat agar saya menjawab lalu saya katakan salam itu peace. Mereka seperti terpana. Saya seolah mendapat isyarat mereka ini dari atlanta. entahlah apakah tandanya mimpi ini. Benarkah ada rukun rukun salam? jika sesiapa tahu dan ada pendapat saya suka mendengarnya dalam komen.
No comments:
Post a Comment