Saudara kalian di Palestin berada dalam kebimbangan yang maksima. Ugutan ke atas seluruh umat islam al Aqsa ingin diruntuhkan musuh Allah Mei ini.
Apakah kalian hanya memerhtikannya dengan pilu? apakah yang bakal kalian lakukan? fikirlah dan putuskan sebuah tindakan mulai saat ini.
Al Aqsa tanah suci kita.Al Aqsa aqidah kita. Tiada maruah sekiranya anak-anak kera dan babi ini dibiarkan merobohkan rumah Allah. Kitalah tebusan al Aqsa. Bangun dan berjuanglah.
Friday, April 30, 2010
Wednesday, April 28, 2010
kembali menterjemah
Kembali Ke Malaysia dari Sudan adalah membawa label besar sebagai seorang yang berkemampuan berbahasa Arab, Inilah hakikatnya walau apa jua alasan diberikan. Muslim di negara ini ketandusan lidah lidah yang petah berbahasa arab.
Alhamdulillah saya telah hampir selesai melaksanakan tugas sebagai penterjemah kepada wakil Palestin yang telah datang ke MAlaysia sejak beberapa hari yang lalu, agak sibuk sehingga terpaksa meninggalkan Isteri. ini kerana penterjemah di Malaysia tidak mencukupi.
Saya menyeru kalian yang masih berada di Arab kuasai bahasa Arab dan mahirkan. Kembali bawa bahasa yang hidup.

Monday, April 19, 2010
Peperiksaan penilaian untuk siapa>?
17 Mei nanti adalah peperiksaan penggal pertama dalam sejarah aku menjadi guru. Ya orang baru dalam bidang perguruan setelah sekian lama menjadi pelajar tegar.
Peperiksaan ini sering dilihat sebagai tempoh masa yang digunakan untuk menilai pelajar. Menilai penguasaan pelajar kepada pelajaran mereka. Benarkah begitu? itu sahaja kah?
Ya sememangnya peperiksaan adalah penilaian yang dilalui oleh pelajar, tetapi bukan sahaja pelajar yang patut dinilai sebenarnya guru-guru lebih lagi perlu menilai cara pengajaran mereka. Jadi target saya dalam peperiksaan ini adalah untuk menjadikan jawapan-jawapan pelajar itu soalan-soalan kepada usaha saya selama sebulan ini.
Benarkah kita sudah menunaikan tanggungjawab dengan baik atau kita perasan sendiri sahaja? setiap ruang hidup adalah luang ibadah.
sampai jumpa lagi.

Wednesday, April 14, 2010
Menjadi guru atau menjadi pendidik.
Mengajar untuk memberi kefahaman adalah tugas yang sangat menuntut kepada kekayaan bahasa dan gaya berbahasa. Boleh dikatakan semua aktiviti mengajar bergantung kepada bahasa dan berbahasa. Pengajar yang baik adalah mereka yang mampu menggunakan bahasa yang sampai dan tidak terlalu tinggi kepada pelajarnya.
Sebelum ini saya merasakan sangat mudah untuk mengajar rupanya indah khabar dari rupa. Tetapi dalam pada itu saya juga memahami bahawa pendidik itu adalah mereka yang lebih komited dari pengajar. Ini membawa makna pendidik ini adalah mereka yang menguasai segala pengetahuan berkenaan pelajarnya. Mereka bukan sahaja memilih bahasa untuk digunakan mereka bahkan memilih mimik muka untuk dihadapkan kepada pelajar. Memilih lenggok jemari dan lantunan suara yang sesuai untuk dialunkan kepada pelajar. Kerana mereka bukan bercakap kepada telinga pelajar atau minda mereka tetapi pendidik sedang meniupkan kesedaran dan membentuk jiwa pelajar.
Menjadi pendidik adalah menjadi penghubung antara Islam dan generasi baru. Ini yang saya faham dari pengajian saya sebelum ini. Memastikan pelajar bukan sekadar berilmu tetapi pelajar faham dan amalkan ilmu mereka. Tambahan pula saya mengajar mereka tafsir al Quran dan al Quran itu sendiri. Jika subjek seperti Bahasa Arab tidaklah saya risaukan sangat kerana mereka boleh sahaja menjadi baik sekalipun mereka tidak mampu berbahasa arab. Tetapi Bahasa Arab itu adalah bonus besar untuk menjadikan mereka lebih berkualiti. Apa jua kesimpulan asasnya Islam sahaja jalan untuk menjadikan mereka pelajar yang baik dan cemerlang dengan sebenar-benar kecemerlangan.
Doakan saya menjadi pendidik yang baik dan bukan sahaja pengajar atau seorang guru yang disayangi kerana menyayangi. Tetapi saya berharap untuk menjadi pendidik yang bekerja ke arah membentuk masyarakat yang layak memikul amanah khilafah. Kita sudah lemah maka haruslah kita kuatkan pengganti kita agar mereka memperbaiki kelemahan kita di masa mereka di tempat kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)