17 Mei nanti adalah peperiksaan penggal pertama dalam sejarah aku menjadi guru. Ya orang baru dalam bidang perguruan setelah sekian lama menjadi pelajar tegar.
Peperiksaan ini sering dilihat sebagai tempoh masa yang digunakan untuk menilai pelajar. Menilai penguasaan pelajar kepada pelajaran mereka. Benarkah begitu? itu sahaja kah?
Ya sememangnya peperiksaan adalah penilaian yang dilalui oleh pelajar, tetapi bukan sahaja pelajar yang patut dinilai sebenarnya guru-guru lebih lagi perlu menilai cara pengajaran mereka. Jadi target saya dalam peperiksaan ini adalah untuk menjadikan jawapan-jawapan pelajar itu soalan-soalan kepada usaha saya selama sebulan ini.
Benarkah kita sudah menunaikan tanggungjawab dengan baik atau kita perasan sendiri sahaja? setiap ruang hidup adalah luang ibadah.
sampai jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment