Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Saturday, August 21, 2010

Iran meneruskan usaha membangunkan tenaga Nuklear.

Hari ini Iran memulakan persepakatan Nuklear dengan Russia walaupun dunia termasuk Malaysia menganggap ia sebagai ancaman kepada keamanan dunia.

Bagaimanapun Iran menganggap ini adalah hak negaranya untuk meneruskan usaha membangunkan negara dan bebas dari kebergantungan dengan kuasa luar. Loji Busyar kini akan beroperasi untuk menghasilkan tenaga dari bahan Uranium.

Russia menyatakan mereka akan bekerjasama dengan Iran dan sebarang pihak lain untuk menjayakan program nuklear.

Friday, August 20, 2010

Saudara Kita di Pakistan memerlukan.

Baru ini PAkistan dilanda bencana alam. Mereka mengalami kemusnahan teruk. Negara mereka memerlukan bantuan dari dunia Islam.

Setakat ini bank besar dunia sudah melihat ini sebagai peluang bagi mereka. ADB menawarkan 6.4 bilion ringgit hampir 5 bilion lebih dari anggaran kerosakan oleh PBB.

ADB atau Bank Pembangunan Asia telah mengirim seratus stuff mereka ke sana dengan tawaran hutang sebanyak 2 bilion USD. ADB menjangka akan membantu PAkistan membaiki kemudahannya di 8 zon utama dengan anggaran masa selama 2 tahun. ADB yang berpusat di Manila telah mengutuskan Juan Mirandabagi membincangkan persyaratan bantuan ini dengan presiden Pakistan segera. Selain penjanaan modal dari sumbangan mereka juga meluluskan 3juta USD dari Tabung Bantuan Bencana.

Persoalan saya mana sistem ekonomi Islam? Mana negara Islam? Mana umat yang sangat prihatin dengan saudara mereka? Kenapa ADB? Kenapa pula Juan Miranda?

Saturday, August 14, 2010

Antologi Puisi GKLN baru.



Judul
: Juzuk
Genre: Antologi puisi
Penyelenggara: Hazwan Ariff Hakimi, Muhammad Iqbal A Ghani & Shahkang
Pengarang: 21 penulis luar negara
Penerbit: GKLN Publishing House
Jumlah halaman: 156
Tahun terbitan: 2010
ISBN: 978-967-0110- 00-4

Saya salah seorang dari pengarang puisinya. Sila buat tempahan di GKLN

Wednesday, August 11, 2010

Bagaimana Menghidupkan Ramadhan.


Bagaimana Menghidupkan Ramadhan.
Oleh: Muhammad Abduh
Terjemahan : Aiman Osman.
Aku memuji dan mensyukuri  Allah yang mendekatkan kepada kita pintupintu kebaikan , yang telah membuka pintu-pintu taubat untuk hamba-hambaNYa. Aku mengucapkan tahniah kepada kalian dengan kedatangan bulan yang diberkati, bulan penerimaan taubat, keampunan dan perlepasan dari neraka. Bulan kebaikan dan keberkatan. Bulan kemurahan dan ihsan.
Wahai Pemberi kebaikan-kebaikan berilah kepadaku hidayah
                                                                Maka tidaklah bagi mereka yang tiada hidayah sebarang kebaikan.
hapuskan salahku dengan kemaafan , kemesraan dan kasih-sayang
                                                                Maka tiadalah keindahan bagi bersalaman dengan selainMU .
Sekiranya tidak diampunkan bagimu, dan tidak bergenang matamu, tidak luluh hatimu di hadapan Tuhanmu pada bulan ini … maka bilakah ia mungkin berlaku?
Pernahkah matamu basah kerana takutkan Tuhanmu walau sekali? Tidakkah kamu merasai Tuhanmu dekat di hatimu pada bulan ini? Tidakkah kamu yakin di sana ada peluang bagimu untuk bertambah dekat dan khusyu’, dan bertaubat dengan tunduk serta menjadi permulaan yang benar dalam kepulangan kepada Allah dengan pertambahan keakraban dengan Allah.
“Dan orang-orang yang meminta diberi petunjuk akan ditambah padanya hidayah dan diberikan kepada mereka taqwa mereka.”
Wahai Insan!
Ingatlah Allah menegur kita dalam firmanNya:
“Wahai manusia apakah yang telah memperdayakanmu dari Tuhanmu yang Maha Pemurah?”
Ya, wahai insan apakah yang telah memperdayakanmu dari Tuhanmu sehingga kamu terjerumus dalam maksiat kepadanya dan melampaui batas-batasNya? Adakah ikamu mengabaikan nikmat-nikmatNya? Ataupun lupa kepada pengawasanNya dan keagunganNya?! Jangan dilihat pada kecilnya dosa… tetapi lihatlah keagungan siapa yang telah kau derhaka… Janganlah menjadikan Allah remeh bagimu.
Untukmu Khabar Gembira!
Di sini aku bentangkan bagi kalian berita gembira dari Tuhan Kalian Yang Maha Tinggi dan RasulNya sallahu alaihi wa sallam. Allah berfirman:
“Katakanlah: wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan dosa), janganlah kamu berputus harap dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
FirmanNya lagi:
“Dan orang-orang yang tidak menyeru bersama Allah tuhan lain dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali kerana kebenaran dan tidak berzina barangsiapa yang melakukannya maka mereka telah berdosa. Digandakan baginya seksa itu pada Hari Kiamat dan kekal dalam seksaan itu serta terhina. Kecuali mereka yang bertaubat dan beriman serta melakukan amal soleh, maka Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Sungguhlah beruntung mereka dan sangat besar kurnia bagi mereka, Allah menukarkan kebejatan mereka sebagai kebajikan… Allah Maha Besar! Tidaklah akan berlengah-lengah dalam tawaran ini melainkan mereka yang bodoh dan tidak mahukan kemuliaan.
Jika kamu mahukan kelebihan ini bertaubatlah!
Sabda Rasul:
“Allah berfirman: Wahai Anak Adam sesungguhnya jika kalian berdoa kepadaKu dan berharap dariKu Aku telah ampukan bagimu apa yang kamu lakukan(dari dosa) tidaklah aku peduli. Wahai Anak Adam, jika dosamu mencecah langit kemudian kamu memohon ampun dariKu nescaya Aku ampunkan bagiMu dan Aku tidak kisah.”
Sabda Rasul:
“Allah berfirman: Wahai hamba-hambaKU, sesungguhnya Kamu melakukan kesalahan pada waktu malam dan siang dan Aku mengampunkan semua dosa maka pohonlah keampunan dariKu nescaya Aku ampunkan bagimu.”
Sabda Rasul:
“sesungguhnya Allah membentangkan tangaNya pada waktu malam untuk mengampunkan taubat hamba yang berdosa pada waktu siang, dan membentangkan tangaNya pada waktu siang untuk mengampunkan taubat hamba yang berdosa pada waktu malam sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat.”
Ketika Rasul melihat seorang ibu mencari anak kecilnya dan ketika dia menjumpai anaknya lalu dipeluknya anak itu ke dadanya. Maka Baginda bertanya:  Apakah ibu ini mendapati anakNya dalam api? Sahabat-sahabat menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Allah lebih menyayangi hamba-hambaNya daripada wanita ini menyayangi anaknya.”
Allah Maha Besar… Apakah kemuliaan ini begitu jauh sehingga kita acuh tidak acuh dalam taubat?!! Apakah kemuliaan ini begitu jauh sehingga kita berlengah dalam taubat?!! Ya Tuhan kami Maha Suci Engkau yang Maha Mengasihi , Ya Tuhan kami Maha Suci Engkau yang Maha Pengampun, Ya Tuhan kami Maha Suci Engkau yang Maha Pemurah.
Terus Terang Pada Dirimu.
Apakah yang menghalangmu dari taubat dan melalui jalan kebaikan?Seolah aku mendengar kau berkata: Keluarga, masyarakat dan kawan kawan! Aku takut aku bertaubat kemudian aku akan kembali lagi melakukan maksiat! Dosaku banyak maka bagaimana akan diampunkan bagiku! Aku gusar akan harta dan keluargaku! Maka aku menjawab: Apakah kalian merasakan itu jawapan kalian di hadapan Allah ketika hari Pertemuan denganNya? Demi Allah tidak…  bahkan itulah halangan dan kegusaran yang takkan dimusnahkan melainkan oleh sesiapa yang takut pada Tuhannya.
Maka berbanggalah dengan agamamu dan berazamlah dengan tulus kepada kebaikan dan berterusan di atasnya. Berserahlah diri kepada Allah, kemudian ingatlah rahmat Allah dan keluasan pengampunannya.
Jika dia mendatangimu … pada saat ini… Malaikat Maut apakah kamu redha menjumpai Tuhan kamu dalam keadaan kamu ini?
Maaflah… Janganlah kalian lari dari diri kalian dan muhasabahlah ia. Jika kalian tidak bermuhasabah sekarang esok di dalam kubur kalian akan menyesal. Masa itu menyesal sudah tiada guna.
Kelahiran Baru.
Ketahuilah sesungguhnya taubat bukanlah hanya dalam Ramadhan. Bahkan dalam Ramadhan dan semua bulan. Tetapi alangkah baiknya kalian dilahirkan semula dalam bulan berkat dan penuh kebaikan, Manusia boleh dilahirkan dua kali ; hari dikeluarkan dari kegelapan rahim ibunya kepada dunia yang terang, dan hari yang dikeluarkan dari kegelapan maksiat kepada cahaya ketaatan. Maka jadikanlah itu dirimu.
Aku berpesan kepadamu… Berdampinglah dengan orang orang yang baik yang memberi manfaat  kepadamu sehingga selepas kamu mati… dengan izin Allah… dengan doa-doa mereka untukmu… berdampinglah dengan mereka pada pemergian mereka dan kepulangan mereka. Bersabarlah bersama mereka sehingga kamu dipanggil Allah maka ketika itu akan dikatakan kepadamu dan mereka. :
“sejahtera ke atas kalian dengan apa yang kalian sabarkan maka alangkah nikmatnya Negeri Akhir itu.”  Ar Ra’d :24
Sebelum Pintu Tertutup.
Sekarang dan jangan berlengah…  Jalan yang kamu sedang lalui di atasnya menjadi laluan bagimu di dunia dan akhirat. Alangkah bahagianya dan alangkah gembiranya, sedang bergembira hati itu dengannya dan berbahagia ketika kembali kepada Tuhannya dalam keadaan yang bertaubat dan menyertai  perahu orang-orang soleh… demi Allah kebahagiaan ini takkan dirasai melainkan oleh mereka yang telah melaluinya.
Andai kalian sudah berazam ingin bertaubat dan berubah… dan kembali kepada Allah serta tunduk… maka ketahuilah bagi taubat ini sayarat-syarat yang mesti dipenuhi:
  1.       Menyesal apa yang telah berlalu.
  2.       Menanggalkan segala dosa.
  3.       Berazam tidak kembali mengulanginya, sekiranya kalian kembali maka ulangilah. Taubat kepada Allah… tetapi keazaman ini mestilah tulus.
  4.       Sebelum nyawa sampai ke kerongkong dan sebelum matahari terbit dari barat.

Saturday, August 07, 2010

Kashmir dibantai lagi.

Sepertimana kita pernah dengar, (jika pernah) bahawa kawasan majoriti Islam Kashmir dijajah oleh India dan menjadi kawasan rebutan antara India dan Pakistan. Kini menjadi mangsa kerajaan Hindu India sejak Jun tahun ini sahaja seramai 50 orang penduduk Kashmir dibunuh oleh anggota keselamatan india. Minggu lepas sahaja seramai 31 orang dibunuh ketika polis India berusaha meleraikan tunjuk perasaan dengan menembak secara rawak ke arah penunjuk perasaan secara aman.

Di mana kerajaan Islam? di mana pembela muslim? dalam akhbar juga tiada cerita apa lagi dalam parlimen dunia Islam.
Sumber: Independent news.

Friday, August 06, 2010

Buatmu Imam Muda.


Kini namamu hebah di muka media.
Dipuji dan disanjung.
Gembira tersimpan dalam wajah kelatmu.
Mungkin kerna itulah kamu.

Asyraf kaulah adik, kaulah imam.
Bukan masyhur daku dambakan,
sekadar berkongsi pesan budiman.
Jangan darat dilupakan, amanah mesti
dipundak perlaksanaan.

Sungguh kau pedoman beliawan,
buat kawan jua lawan.
Tika dunia gilakan hiburan,
kau hafalkan al Quran.
Tika remaja meleser di jalanan,
kau khadam rumah Tuhan.

Asyraf yang kukenal bukan satu.
Tetapi kau dipilih kerna ilmu.
Ilmu yang ditambat dalam amal,
takkan malap walau terkenal.
Jadilah kau Imam cekal,
solat dan sabar buat bekal.
Taqwa dan Iman di dada kekal.

Selamat berkhidmat,
doaku kau beroleh rahmat.
Kaulah pewaris mukjizat,
pedoman ke jalan selamat.

Siddiq Osman.
07-08-2010

Wednesday, August 04, 2010

Ramadhan datang lagi ya ayah?

Ayah! sekarang bulan apa?

Bulan Syaaban nak , kenapa?

Bulan Syaaban sebelum Ramadhan kan?

Ya Syaaban sebelum Ramadhan, Kenapa ni, muram ja?

Dah tak boleh makan la nanti?

Eh, kenapa pula tak boleh makan? tak makan macam mana kita nak hidup?

Habis kawan kawan cakap nanti bulan Ramadhan kena puasa bila puasa tak boleh makan?

Oh, tidaklah 24 jam kena puasa, cuma masa siang sahaja itupun dari subuh sampai maghrib sahaja. Lepas tu kita boleh ja nak makan macam biasa.

Ooo, tapi nanti lapar laa masa siang.

Lapar itu sekejap sahaja, Tapi nanti keseronokkannya selamanya.

Amin, tahu mesti dapat masuk syurga.

Bukan itu saja, dalam ramadhan ni banyak ganjaran yang Allah offer dekat kita.

Macam offer kat super market tu ka?

Lagi hebat lagi. Allah offer keampunan yang banyak sangat, Allah Offer syurga dan yang paling bermakna Allah offer satu hadiah misteri yang tak ada lagi orang tahu apa dia hadiah itu.

Ayah tahu tak?

Ayah tak tahu semua pun tak tahu Allah ja yang tahu.

Ada tak lagi keistimewaan Ramadhan?

Ada, banyak sangat istimewa Ramadhan ni. Syaitan yang suka dengki dengan kita tu pun Allah kurung dalam neraka, Pintu neraka semua di tutup, pintu syurga dibuka, setiap malam malaikat memenuhi langit dunia setiap hari malaikat malaikat ini akan meminta ampun untuk kita sampailah kita berbuka. Banyak lagi kelebihan Ramadhan yang lain yang ayah tak tahu pun ada banyak lagi.

Banyaknya....

Hah, habistu kenapa muka masam lagi ni?

Kenapa Ramadhan sebulan ja? kenapa tak setahun terus?

Hahahaha, kalau semua Ramadhan tak speciallah Ramadhan kita.

Sunday, August 01, 2010

Bila seorang yang awam merasakan dia orang yang mutakhassih.

Hari ini seharian aku berseminar di Pusat Islam bersama ulama-ulama ulum quran seperti Tan Sri hassan Az Zahari, Prof. Dr Said Agil, Syeikh alaatofay, Syeikh Asy Syanqiti, Syeikh Sayid Ali Abdul Majid, Syeikh alauddin al Qaisy dan Syeikh Samih Ahmad Khalid Utahimaniah.

Sebelum kita berbincang lebih lanjut saya merasa hari ini apa yang disebut al Haqir dan perkataan hina sebenar dalam diri. Hari ini kekerdilan itu dapat saya fahami dan rasai dengan benar dan jelas. Hari ini saya mengaku dengan penuh sedar dalam hati dan faham bahawa Ilmu Allah itu maha luas dan saya ini sangat-sangat jahil. Ya Allah ajarkan aku ilmuMu yang luas itu. Ajarkan aku suatu ilmu agar dijadikan ilmu bermanfaat yang bakal kubekalkan ke alam kubur.

Sungguh Syeikh seperti Tan Sri Hassan Az Zahari telah berkhidmat kepada Ummah ini. Beliau masih kukuh mengajar dan menyimbah ilmu tajwidnya yang dalam dan tinggi ke seluruh dunia saban tahun. Sungguh saya kagumi orang tua itu. Masih kemas sebutannya bahkan lebih jelas dari sebahagian remaja yang was was menuturkan ayat ayat Allah. Sungguh menyebabkan aku malu dan tersipu dalam hati. Ya Allah telah banyak ku zalimi diri ini ampunkanlah dosaku.

Syeikh Sayid Ali Abdul Majid begitu hebat bicaranya iqtibas bersusun kemas dalam ucap kata. Sungguh mengkagumkan bagai al Quran sentiasa terbentang dalam mindanya sehingga kalam sepontannya menampakkan keindahan nuzum arabiyah yang segar dan mewah. Ya Allah sungguh kalamku sebelum ini kosong dan aku menyangkanya dakwah kepadaMu lancarkan lidahku fasihkan hatiku.

Syeikh alauddin al Qaisy Syeikhul Qurra' fil Iraq. Sungguh mendalam kefahamannya dengan maqamat tilawah dan sungguh merdu qiraah mufassirahnya. Barulah aku faham bagaimana orang beriman itu bila dibacakan ayat-ayat Allah bertambah Iman mereka. Sahlah kemerduan al Quran dalam nuzumNya memukau keasyikan dan menggamit palingan hati.

Kini aku rasakan bagai sebelum ini aku belum benar-benar pandai membaca al Quran. Ilmu Quran ku masih belum sampai tahap sederhana. Aduh masih jauh kejahilanku untuk menjadi daie kepada Allah bagi ummah ini.Ya Allah ajarilah aku dari sisiMu ilmu yang menyelamatkan aku dari nerakaMu.

Malam ini aku hanyalah orang yang awam dalam keadaan aku tahu aku ini jahil. Sebelum ini aku merasakan gelaran ustaz dan juga belajar di Sudan serta membaca buku-buku arab sudah menambah nilai dari seorang awam kepada seorang yang lebih hampir kepada Allah dalam keilmuan. Sah. Aku masih jauh dari martabat yang sedang aku perasan-perasan seorang diri. Belumpun ada ilmu yang yakin dalam dada ini.