Baru ini saya ada membaca tentang jihad akbar dan jihad asghar. Dalam pembacaan itu saya faham bahawa jihad menentang musuh di luar diri adalah jihad asghar manakala menentang musuh dalam diri pula adalah jihad akbar.
Saya juga ada membaca tentang amal qawiy dan amal dhaif. Apa yang saya faham amal dhaif ini adalah amal atau kerja yang tidak bermanfaat manakala semua kerja bermanfaat adalah amal qawiy.
Sekarang ini saya sedang berusaha berjihad dalam medan jihad akbar dalam setiap ruang yang berkenaan dengan diri saya. Masalahnya ia sangat berat sangat susah ingin menundukkan nafsu di belakang Sunnah. Sangat sukar pula ingin membenteng keinginan diri disebalik tuntutan Islam. Sangatlah saya kagum dengan syeikh Fudhail ibn 'Iyadh yang mampu mengawal langkahnya setiap detik. Sekiranya ada dikalangan pembaca sudah mencapai kemenangan dalam mujahadah nafsunya tinggalkanlah sedikit tips untuk saya yang lemah ini.
Dalam memastikan diri saya sentiasa melakukan aktiviti berfaedah saya selalu pula cuai dengan perkara yang lagha ada sahaja yang mengheret saya menangguhkan amal bermanfaat untuk bersenang senang dan berehat dari sebarang amal yang menguntungkan diri atau Islam.
Ramai yang saya lihat tidak runsing akan kelesuan ini. Tadi semasa berfacebook ada Junior saya dahulu kongsikan satu peringatan yang sangat mengesankan ((Islam takkan dibangunkan oleh mereka yang bangun sesudah azan subuh.))-akh nasir Saleh,
No comments:
Post a Comment