Alhamdulillah Allah telah bebaskan Mesir dari cengkaman Hosni Mubarak Firaun Mesir era modern. Walaupun banyak pihak cuba memuji tindakan Hosni tetapi jelaslah dia bukan layak dipuji atas apa yang telah dilakukan. Cuma kini dunia seolah telah mengiktiraf setiap pemimpin pasti ada khianat mereka pada negara bezanya sikit atau banyak.
Kenyataan ini dapat dilihat dalam komen pimpinan dunia pada apa yang berlaku di Mesir. Sebutkan kepada saya seorang pemimpin yang hidupnya untuk rakyat! Pasti ramai akan berpaling kepada Ahmadi nejad. Ya mungkin dia berjaya menjalani kehidupan sederhananya walaupun setelah menjadi Presiden. Tetapi apakah kesederhanaan itu adalah langkah untuk terus berkuasa atau rasa tanggungjawab tiada siapa boleh membuktikan apa-apa. Memang benar dialah contoh yang terbaik untuk pemimpin hari ini. Tetapi persoalannya di mana pemimpin dunia Islam yang lain?
Atau apakah konsep pemimpin zuhud bukan lagi relevan? Selagi persoalan ini tiada jawapan dan penyelesaian selagi itulah jua tiada gunanya mengganti pemimpin. Tiada masa depan yang sebenar bagi manusia di mana-mana sehinggalah pemimpin menjadi pemimpin dan warga menjadi warga. Ini tidakkan terbentuk melainkan manusia kembali kepada sistem Islam iaitu Allah ditakuti walau dalam apa keadaan jua atau di mana sekalipun serta bila bila masa.
Konsep Allah Maha Memerhati perlu diterapkan dalam sistem pemerintahan kita. Kita mesti kembali menjadi hamba kepada Allah samada sebagai rakyat atau sebagai pemimpin. Sistem manusia yang ada di muka bumi ini pincang dan menanti roboh . Pastikan yang menggantikannya nanti sistem Ilahi. TatkaLA ITULAH manusia boleh mengharapkan keharmonian mutlak.
No comments:
Post a Comment