Assalamualaikum...
Kini timur tengah sedang melanda arus revolusi yang sangat besar dalam susur galur sejarah. Belum pernah rebakan reformasi sebegini besar. Apakah ini membawa erti tanah Arab sudah sarat dengan tanah Syuhada yang menjadi baja kepada perjuangan menuntut hak? Atau apakah tanah ini sarat dengan kezaliman yang terlampau banyak sehingga tak terbendung lagi? Apa jua sebabnya kini keadaan sedang berubah.
Apakah penawar yang dianggap wabak bagi diktator ini akan tersebar seluruh arab atau akan terhenti atau ia masih belum menunjukkan impak sebenar? Setiap pemimpin dunia sangat kaget dengan situasi ini apatah lagi mereka yang banyak dosa dengan rakyat. Ini semua semata-mata kerana tiada amanah dalam jawatan.
Semalam semasa berborak dengan pelajar yang pulang dari Mesir, mereka ada mengutarakan rasa risau berkenaan masa depan Mesir. Saya merasakan sebaliknya. Bagi saya memerintah negara tidaklah perlu kepada kepakaran yang jitu, sebenarnya ia hanya perlu kepada lelaki yang bijak dan amanah. Sekiranya ada seorang yang merupakan Mukmin Sebenar maka dia sudah layak untuk memimpin dunia.
Mungkinkah Libya akan bebas dari jajahan Ghaddafi? Kita lihat apa yang akan Allah tentukan dalam pengisytiharan halal darah Ghaddafi oleh guru besar seperti Qaradhawiy.
Apakah Libya permulaan gaya baru pertentangan? Apakah fenomena ini mampu membentuk kembali khalifah baru Islam. Apakah sejarah sudah berubah dan kebangkitan Islam sedang berakar? Atau ini cuma pembasmian yang dituntut demokrasi? Siapakah yang akan menaja pembangunan selepas era ini? Modal Insan siapakah yang lebih besar? Islam, Komunis, Demokrasi, Kapitalis atau apa?
Mari kita doakan yang terbaik untuk ummat hari ini.
No comments:
Post a Comment