Manusia dan MLM ramai manusia merasakan perniagaan MLMnya adalah yang terbaik sekali di dunia. Kawan saya percaya Herbalife sebagai bisnes terbaik, Bapa Saudara saya percaya Usana sebagai bisnes terbaik. Ada yang kata HPAlah yang terbaik kerana ia syarikat Muslim.
Kawan saya berjaya dalam MLMnya dan menjadi duta Herbalife yang aktif dan sibuk. Bapa saudara saya lagi hebat dalam Usana masyhur namanya sebagai usahawan Muslim dalam bisnes Usana. Saya kagum dengan kesungguhan mereka membantu masyarakat dalam kesihatan. Ini akan menjadikan rakyat Malaysia semakin baik ekonomi dan semakin sihat tubuh badan.
Tetapi harapan saya semua peniaga MLM bergiat sama dalam perniagaan yang Allah sendiri kata inilah perniagaan sebenar iaitu beriman dengan Allah dan Berjihad di jalan Allah dengan harta dan nyawa kamu dan demikian itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.
Agama ini memerlukan harta jadi berniagalah carilah kekayaan tetapi pejuang agama ini tidak boleh dipikulkan pada orang lain selain penganutnya. Jangan hulurkan duit sahaja hulurkan juga tenaga sebagai tentera Allah. Saya bukan menafikan usaha mana mana agen MLM tetapi saya cemburu bila orang boleh bercerita tentang produk jualan mereka tetapi gagal bercerita tentang agama kecintaan jiwa mereka. Jika saya cemburu apatah lagi Allah yang maha cemburu.
Alhamdulillah sekiranya harta kita dari jalan yang halal seperti berniaga dan melabur tetapi ke arah mana itu yang sukar kita pastikan. kerana kita jarang berhati-hati membelanjakan duit kita. paling malang kita ada harta yang banyak tetapi kita terlupa kewajiban kita seperti nafkah untuk ibu bapa , sedekah kepada fakir miskin dan juga zakat kita. Betapa malangnya anak yang disebut sebagai dermawan tetapi ibunya mengenalinya sebagai tidak mengenang budi. Binasalah akibat orang mengenali mereka sebagai hartawan yang budiman sedangkan Allah mengira mereka al mutakasirin dan al bukhala' dan dari golongan ar riya'.
Jom Ramadhan dah dekat kita banyakkan sedekah dan ibadah mudahan ramadhan ini adalah penawar bagi kita.
No comments:
Post a Comment