Dirgahayu Perjuangan
Kehidupan menuju kematian.
Kematian menanti kehidupan.
Hidup dan mati bagai bulan
dan mentari.
Hidup sebenar hidup abadi.
Hidup yang sunyi dari ketakutan.
Hidup menuju mati.
Hidup berjuang,
hidup menjual kehidupan.
Perjuangan sudah hampir mati.
Mati yang menanti kehidupan.
Kehidupan sudah tidak dijual,
tetapi dibuang tiada erti.
Perjuangan kerana Tuhan.
Perjuangan menegak penghambaan.
Perjuangan tua, lebih tua dari umur Nuh.
Mati sedang menghampiri,
diri semakin nyanyuk.
Suara sudah parau bergetar.
Nadi kian melemah.
Perjuangan sudah disalah erti.
Matlamat sudah dilupai.
Keliru dan kabur menyumbat benak.
Ilmu dan teras sudah berbaur.
Namun masih ada yang menjerit,
melaung laung,
mengulang seru.
Dirgahayu perjuangan!!!
Dirgahayu perjuangan!!!
Dirgahayu perjuangan!!!
Mereka takkan berhenti.
Sangat pasti, sepasti wahyu diturunkan.
Siddiq Osman
21-11-07
Universiti Antarabangsa Afrika.
Khartoum, Sudan.
Wednesday, November 21, 2007
dirgahayu perjuangan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment