Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Friday, November 23, 2007

Menabung Untuk Beribadah.


Dalam Islam Ibadah bukan sahaja berbentuk spiritual. Ibadah juga merangkumi aspek material. Dalam bentuk bentuk ibadah Material dua darinya menjadi rukun Islam. Jadi bohonglah mereka yang mengatakan Islam memandu kepada kemunduran.

Orang Islam dilarang dari berpeluk tubuh bahkan mencari rezeki yang halal adalah amalan yang dijanjikan ganjaran yang sangat besar. Dalam sistem ekonomi Islam kebakhilan dan pemborosan adalah dua garisan yang mesti dijauhi. Penjimatan sangat disarankan dalam Islam. Namun penjimatan ini bukanlah jalan yang memandu kepada kebakhilan.

Antara kelebihan mengapa umat Islam di wajibkan haji sekali seumur hidup sekiranya mampu adalah bagi menggalakkan umat ini menabung. Namun ada banyak kisah kisah penabung haji yang diuji Allah dengan keperluan jihad Islam. Maka mereka sedar tabungan mereka untuk haji harus ikhlas dan tulus. Maka mereka menempuhi ujian dengan menggunakan tabungan mereka untuk jihad. Kerana mereka sedar bahawa tanggungjawab dakwah itu lebih besar dari jihad. Mereka juga sedar bahawa tujuan sebenar mereka menabung adalah ubudiyah kepada Allah.

Sesetengah manusia menabung dan memebelanjakan tabungannya bagi mengelak haul dan nasab zakat setiap tahun. Mereka jelas sekali tidak memahami konsep berkat dan kebersihan dalam harta milikan mereka. seharusnya Orang Islam mengumpul harta dan mencari duit sebanyak banyaknya untuk menjadi orang yang paling banyak menyumbang kepada Islam dan Ummah.

Jadi di sini soal soallah diri sudahkah kita berubudiyah kepada Allah dengan harta kita yang banyak atau sedikit ini? apakah kita pernah terlintas untuk menjadi penyumbang di jalan Allah? apakah kita sanggup memberi alasan miskin sebagai ganti pengorbanan kepada jihad? selidiki amal poket dan tabung kita!.

No comments: