Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Tuesday, May 20, 2008

Adik...

Adik, kita dari rahim yang berbeza.
Tetapi hidupmu,
dalam jalur akidah yang satu,
menjadikan kita sentiasa sama.
Adik, sambutlah salam kasih,
bersih putih dari abangmu.

Pertemuan kita mengukir senyum dilangit.
Pertemuan taqwa layak dibangga.
Adik aku ingin kasihimu lebih dari erti sebuah kasih,
namun kusedar diri ini hanya hamba.
Kasih yang jitu dan satu itu
perlu kita damba.

Adik, keindahan kata ingin dititip padamu,
agar mampir rasa rindu yang mendayu.
Adik, kecantikan bahasa ingin ditiup ke hatimu,
moga terpinggir resah yang menderu.

Adik, kataku hanyalah doa,
Bahasaku hanyalah nasihat.
Imanmu yang daku damba,
Taqwamu yang ingin kulihat.

Gelak tawa kalian nostalgia,
jerit sorak jadi lukisan bahagia.
Aku yakin sejuta rasa,
pasti mengukir tangis ceria.

Adik- adikku,
aku sayang kamu.

Abang Umar
Blok c, Mansyia Khartoum.
20 Mei 2008.

11 comments:

Muqreez said...

mumtaz

cato;patchi said...

pokcik, kalau saye bace time rindu adik2 ni mmg boleh nangeh ni.

mmg mumtaz pokcik

Anonymous said...

macam tak percaya..nta boleh tulis sajak macam ni..demam ka?

KIDEN~H.D.3 said...

perrhh..mantap..
tersentuh kalbu remajaku..
respect abg omaq!!

ASaL said...

salam

dlm detik waktu
puisimu selalu memberi
rasa ke dimensi lain

p/s: jika boleh dipinjam Qanun Fi At Tibb (hanya sa nya sy hanya boleh membaca dlm B Melayu & Inggeris shj)

umaq_eiman said...

ermm qanun fit tubb milik saya dalam bahasa arab/

.:afiq;patchi:. said...

abg umar.......
gile best puisi ini
caya la.....

wardahputeh said...

Persis karya Usman Awang dalam puisi Kasih dan Rindu....izinkan ana,

Adik, dalam cinta memeluk rasa,
meniti rindu di kalbu sunyi,
mencari tapak berpijak kasih,
ke angin lalu memohon pesan.

untukmu, adik,
kusampaikan bisik hati merindu
yang menikam rongga hatiku,
sejak kita berpisah menyeksa batinku.

alangkah sunyinya taman hati ini,
lengang dalam wajah membisu,
dan pada kesepian begini, adinda,
kenangan padamu manis menjelma.

masih terasa panas nafasmu,
dalam dakapan kita berpisah dahulu,
tangan yang membelai di rambutku,
terasa nikmat pada kasih piatu.

ibu marah tanda sayang,
orang jemu tampaklah benci,
anak merajuk hatinya manja,
abang rindu kemuncaknya cinta.

usman awang,
Bintang-bintang Mengerdip


teruskan menulis!

umaq_eiman said...

tak sama langsung... juling ker???
huhu.

wardahputeh said...

ana kata persis..bukannya sama... buta ke?

insan biasa said...

nice..