Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Sunday, May 04, 2008

puisi kebenaran.



Duri Penawar

Melata kepalsuan dalam kealpaan.
Keliru bersepuh dungu mengaburi,
kanta nilai balar diguris kikis.

Kala ini menegak kebenaran
tiadalah bagai menegak benang yang kering.
kebenaran bisa merenggut nyawa dari kelongsong badan.
Kebenaran boleh menepu resah.


kebenaran itu hak dan keadilan.
kebenaran itu pasca kepalsuan.

Hak itu pastikan tegak,
tiada tenggelam dek demokrasi manusiawi.
Hak itu pastikan merebak,
takkan terkepung oleh pagar komunis meninggi.
Hak itu pastikan marak,
takkan dipijak diktatoris kuku besi.

Hak itu sifatnya tinggi,
sentiasa terjulang
di pundak para pejuang.
Biar dicantas tempang,
tetap berlari menabur berani.

Andai di lautan lemah,
ia mengapung kesatuan.
Tika di gunung gagah,
ia menunjang kasih ihsan.
Kala dalam payah,
ia menghulur gulungan harapan.

menggenggamnya bagai menggenggam duri,
menjunjungnya bagai menatang api,
peminjamnya dihantar ke dalam bumi.
Tanpanya hidup tiada peri.
keadilan pra kebenaran.

bila hak tuntas di minda,
keadilan tersulam di jiwa,
kebenaran bukan lagi duri.
tetapi nyawa.

kala itu,
kepalsuan yang terhegeh membina megah,
akan direntap kebenaran yang menugu tulus.

saat itu, saat dinanti.
mizan buana jadi saksama,
hukum alam terfitrah semula.
bilah duri jadi penawar.

Siddiq Osman

5 comments:

ASaL said...

dewasa ini
dicipta menentu hukum
yg termaktub dikri
diletak tepi
yang berjuang menahan bisa
ditusuk ego ketidakfahaman
malang mangsa taklid
pada kebodohan

umaq_eiman said...

kedunguan itu sebuah kekufuran
kecerdikan itu pintu iman.

kefakiran itu cabang kekufuran
kedermawanan itu tanda Iman.

Keegoan itu titi kekufuran
kerendahan hati itu sinar iman.

Iman menafikan kecewa,
Iman membanteras derita.
Iman sifatnya manis dan sentiasa manis.

wardahputeh said...

salam alaykum ya akh

Oleh sebab ana diminta, ana cuba.

Ana akui tak pandai nak kritik. Lagipun, puisi sangat abstrak, ia bukan teori. Jadi ana nak pilih baris/perkataan yang rasa "lain" sikit.


tiadalah bagai menegak benang yang kering. (tiadalah bagai)

tiada tenggelam dek demokrasi manusiawi.(dek)

kepalsuan yang terhegeh membina megah,(terhegeh)

bilah duri jadi penawar.(kena ubah sikit)

keseluruhannya, sajak enta bagus...ana rasa kena ubah dan tekan dari aspek perenggan..baru best ;-)

maaf salah silap..ana pun baru nak belajaq..
salam

aishahtur je said...

selalu cmne pokcik dpt ilham karang puisi. ke die dtg otometik je. cter skit . hehehe

aishahtur je said...

menggenggamnya bagai menggenggam duri,
menjunjungnya bagai menatang api,
peminjamnya dihantar ke dalam bumi.
Tanpanya hidup tiada peri.
keadilan pra kebenaran.