Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Friday, May 23, 2008

Aku Mahu Pulang!!!


Harapan Pulang.


Aku di sini di bumi jauh.

Hawanya panas tanpa mesra.

Suhunya membakar berbara duga.

sedetik kurasa terlalu lama.


Tidak terhitung jengahan purnama.

Telah menimbun kenangan ditimba.

Hati menjerut rindu dilanggar nostalgia.

Aku ingin nasi minyak,

aku ingin gambar sama pengantin.


Pengantin yang pernah sebantal denganku.

yang pernah sehidang denganku.

Aku terlepas semuanya.


kuabaikan pedih kejauhan,

kulupakan jerih perpisahan.

kuluputkan airmata rindu.


Ini semua demi satu impian,

demi secebis pengalaman,

demi setitis pengetahuan.


Tuhan, Engkau yang bisa meletakkan aku di sini,

dan Engkau singkatkanlah tempoh ini.

aku mahu pulang.


Tuhan berikan aku kekuatan,

sabar itulah pintaku.

Tuhan tanpa pimpinan kasihMu,

aku lemas dalam resah

yang bergelar perasaan.


Siddiq Osman

Khartoum , Sudan.

23 Mei 2008/

2 comments:

AsYaFuDaMiRa said...

Syahdunye bc puisi ni..ikut sama terasa...

cato;patchi said...

saye pandai nangeh. ni sebak dade ni bace. waa nak balik.. sobsob. saye lame lg. hmmm