Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Thursday, December 18, 2008

Penulis Mukhlis.


Sengaja saya menulis entri sebegini kali ini. supaya kita bloggers dapat melihat diri kita dan karya kita. apabila sebut mukhlis maka di sini bukan karya yang dinilai tetapi pengkarya yang dibahaskan.

ya, kenapa kita menulis adalah satu soalan tunjang yang akan berakar darinya soalan soalan lain. Di sana ada sebab ada alasan dan juga ada matlamat. kalau ketiga perkara ini bersatu dalam satu jalur yang lurus alhamdulillah. tetapi jika ada selekoh yang menghijab eloklah kita nilai semula nilaian mana lebih elok. jika sebab alasan dan matlamat kita adalah mendapat keredhaan Allah maka tak perlulah entri ini ditatap lagi. tetapi jika sebaliknya ingin saya bertanya sejauh mana perkara lain bakal membahagiakan kita?

jika kita menghasilkan sesuatu kerana nama. apakah anda merasa semua makhluk di dunia ini menyukai bidang yang kita ceburi? dan apakah bidang yang kita ceburi ini dipandang oleh mereka sebagai yang baik baik?

jika kita menulis kerana duit. Apakah duit kita itu akan menjamin kita makan esok atau sebentar nanti? cuba anda bawa duit ke kutub utara apakah nilainya. atau anda simpan duit anda gunakan pada 30 tahun nanti. akankah anda hidup sampai kala itu?

tiada apa yang akan kekal melainkan Allah dan tiada yang lebih bahagia melainkan mendapat redaNya.

penulis mukhlis adalah mereka yang menulis bahasa jiwa dan hati mereka. mereka menyampaikan apa yang menyampaikan pembaca kepada tuhan. penulis mukhlis halus karya mereka. penulis mukhlis tekun kerja mereka. kerana mereka mempersembahkan kepada Raja yang Maha Agung.

menjadi penulis mukhlis takkan pernah mendapat gelaran itu. sehinggalah kita mati barulah makhluk di dunia ini akan Allah khabarkan kita adalah penulis mukhlis. selagi kita hidup ini adalah anugerah rahsia dari langit. Jibril pun tidak tahu.

sekarang kita soal hati kita. siapa kita? penulis melayu? penulis blog? penulis muslim? penulis mukhlis>? jumpa lagi dalam muhasabah penulis yang lain.

1 comment:

ipv6 said...

menjadi penulis mukhlis takkan pernah mendapat gelaran itu. sehinggalah kita mati barulah makhluk di dunia ini akan Allah khabarkan kita adalah penulis mukhlis. selagi kita hidup ini adalah anugerah rahsia dari langit. Jibril pun tidak tahu
ye ker?