Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Wednesday, October 07, 2009

Kekalahan yang terpaksa diterima.

Sabtu lalu bukan lagi sabtu untuk skuad bola sepak PMMS. Bermula 2 minit selepas sepak mula oleh PMMS penjaga gol import dari Brasil gagal menyelamatkan gawang milik PMMS dan menghadiahkan gol kepada Indonesia. PPI bermain dengan begitu baik persefahaman dan stamina yang dimiliki melampaui kemampuan skuad PMMs.

Sebelum separuh masa pertama tamat sebiji lagi gol menerjah gawang yang tidak berjaring menjadikan kedudukan 2 berbalas kosong. Bagaimanapun Skuad PMMS kembali mengatur stratergy dengan harapan dapat merapatkan jurang. Perlawanan hampir seimbang sekiranya separuh masa pertama mempamerkan perlawanan sebelah padang kini perlawan mula merebak ke padang PPI tetapi Yaakob Ismail penyerang PMMS gagal merampas peluang dengan hanya menggegar palang lawan hasil dari sepakan percuma di luar kotak penalti.

sebelum masa berakhir indonesia sekali lagi menyempurnakan serangan dengan jaringan mudah hasil kelalaian bek kiri dan kanan dilengkapkan lagi dengan ketidak sefahaman pertahanan dan penjaga gol.

Kekalahan 3 0 tidak membenamkan semangat skuad PMMS tetapi menyuntik muhasabah dalam minda setiap pemain. Semoga PMMS kembali dengan kemenangan selepas ini. Sebagai memujuk PMMS memberi alasan Pelajar PPI melebihi 100 orang manakala PMMS sekadar 20 orang. Sekian dahulu buat kali ini dari wartawan sukan PMMS.

2 comments:

Nurlulu said...

Cuba lagi tahun depan kawan2 hehe

Unknown said...

tak maju2. buat malu je.