Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Saturday, July 24, 2010

Jom Membaca






Salam semalam masa sembang-sembang dengan kawan-kawan kami ada petik statistik terkini mengenai muslim hari ini dengan buku. Sangat menyedihkan kerana didapati orang Islam seolah-olah tidak membaca.

Sedangkan kita tahu bahawa Orang Islamlah yang menjadi pelopor banyak lapangan ilmu. Tetapi kesedaran ini seperti tidak mampu menanggalkan rasa malas membaca di kalangan masyarakat muslim hari ini. Kalau kita lihat dalam statistik yang ada mungkin kita hanya membaca dua buku setahun. Ini sudah dikira sekali dengan komik dan novel novel cinta. Sekarang ini kita dapati majoriti remaja meminati novel sebagai bacaan sehingga industri penerbitan berebut-rebut menerbitkan novel dan meletakkan novel sebagai sasaran pemasaran. Bersyukurlah ada ramai novelis sekarang berminat menulis mengenai Islam. Ramai juga yang menulis berkenaan sejarah .

Namun ini semua bukanlah sesuatu yang layak dibanggakan sebaliknya sesuatu yang mesti dirisaukan dan digusarkan terutama pada khalayak guru dan pendidik. Kelak kita akan meninggalkan anak-anak kita dalam dunia tanpa didampingi oleh rakan terbaik manusia iaitu buku. Islam sangat menekankan budaya ilmu dalam kehidupan pengikutnya namun masalah berlaku apabila Islam hanya diamalkan dalam bab-bab ibadah khusus sahaja.

Sebenarnya hobi membaca ini adalah budaya ulama dan orang-orang Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Dalam menjalani kehidupan seharian kita sepatutnya menghiaskan nilai-nilai keperibadian muslim dalam hidup kita. Sepatutnya orang Islam adalah mereka yang paling tamak kepada Ilmu sebagaimana generasi awal Islam dahulu. Kita lihat Imam asy Syafie begitu bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan begitu bersungguh-sungguh juga menanamkan semangat yang sama kepada generasi selepasnya.Nabi  juga selalu berpesan antaranya:

"Kebijaksanaan itu barang yang hilang dari orang mukmin, di mana jua dia menjumpainya maka mesti dia miliki kembali."

Kita juga ada al Quran yang antara ayat awalnya bermaksud:

"Bacalah, dan Tuhanmu Maha Mulia. Dia yang telah mengajar dengan pena."

Kenapa seolah-olah ayat ini tiada dalam al Quran? Seolah - olah ayat ini hanya dibaca oleh orang yang beragama lain? sehingga orang Islam lebih sibuk dengan facebook, twitter dan seumpamanya lebih dari buku bahkan lebih dari al Quran sendiri. Kita lebih sibuk dalam dunia permainan video, hiburan televisyen dan juga musik lebih dari tenggelam dalam dunia ilmu dan juga buku.

Tidak seorangpun menyangkal alangkah berfaedahnya aktiviti membaca tetapi tindakan kita mempamerkan yang sebaliknya. Kita hanya menjadi pembaca apabila akan ada peperiksaan. Jika pelajar ketika ujian dan peperiksaan jika pekerja ketika ingin mendapat kenaikan pangkat sekiranya orang awam ketika ingin ujian memandu misalnya barulah mencari buku.

Budaya yang ada kini harus dibimbangi. Orang Islam lebih kurang membaca berbanding orang agama lain. Ini merupakan penanda aras kepada kedudukan orang Islam dalam dunia ini. Kita ketinggalan kerana sikap kita. Bagaimana kita nak memimpin dunia sekiranya kita adalah orang orang yang tiada pengetahuan? Kita juga diajar bahawa orang yang tidak berilmu merupakan orang yang tidak layak memimpin. Jadi bagaimana kita mahu memimpin dunia?

Benar kita akan memimpin dunia dengan al Quran dan Sunnah. Adakah semua yang ada dalam al Quran itu kita faham dan telah baca dengan penuh penghayatan? berapa kitab hadith yang telah kita Khatam dari ratusan ribu hadith yang ada? Banyak betul khazanah yang telah kita abaikan. Bagaimana kita berani mendabik dada mengatakan kitalah yang paling layak memimpin dunia ini sedangkan kita tidak berani merubah cara hidup kita dari manusia biasa kepada manusia berilmu dan berinovasi.

Sebelum memimpin dunia kita harus menguasai arus dan membentuk arus yang kemudian menjadi perubah keadaan sekeliling. Bagaimana kita sedang berasa selesa sedang hari ini kita adalah penurut arus. Dari makanan sampailah kepada sistem pemerintahan kita menuruti arus mereka, arus bangsa lain arus agama lain. Kita tidak lagi menerima panduan Islam sebagai keputusan hidup. Kita hanya berani menerima Islam sekiranya ia selari dengan dunia hari ini. Kita tidak lagi menjadi kayu ukur baik dan buruk dalam era modern ini. Kita terpaksa menilai semula agama kita dengan penilaian orang lain.

Persoalannya kini bagaimana kita ingin mengubah dunia? mengubah fenomena hari ini? mengubah statistik kita dalam dunia? Jawapannya mudah. Jawapan ini pernah dijawab oleh syed Qutb dalam menghuraikan bagaimana mahu menegakkan Islam di muka bumi ini. Jawapannya mudah tapi mahu merealisasikannya itulah yang perlu difikirkan.

Jawapannya adalah dengan kita merubah diri kita sendiri ke arah itu. Nescaya akan berubahlah persekitaran kita dan ia akan semakin meluas dan meluas. Mula sekarang ubah sekarang nescaya esok pasti lebih cerah. Sudah! Jom buku!

No comments: