Pertama sekali tahniah kepada Astro kerana berjaya menghidupkan pengaruh yang baik dalam rancangan yang dipaparkan di skrin mereka. WAlaupun ia berlaku dalam sistem rojak, saya kira Imam Muda merupakan rancangan yang mesti terus dipromosikan.
Gelaran Imam Muda musim ini dimenangi oleh Asyraf. Ustaz Asyraf mungkin, atau kini Imam Asyraf. Satu kemenangan yang mengharumkan namanya, nama ibubapa, nama guru-guru, nama kampung, nama universiti, nama sekolah dan nama-nama mereka yang dekat dengannya. Macam-macam komentar boleh diberi pada kelayakan, kemenangan pemarkahan dan segala yang berkaitan. Tetapi apa yang pasti kini beliau telah membuka ruang untuk dirinya menyebarkan ilmu dan dakwah dengan begitu luas.
Persoalannya, istiqamah itu akan bersamanya atau tidak? kita yang tumpang berbangga tadi perlu tumpang memikul amanah ini. AManah dakwah ini sangat besar dan berat tetapi inilah yang akan memuliakan dia dan kita semua di sisi Allah.
Semoga kepetahan beliau dalam mengutarakan tazkirah dapat dimanfaatkan dalam masyarakat yang semakin haus dan lemas dengan gejala syakhsiah dan peribadi. Semoga Allah membantu Imam-imam Muda kita semuanya. Kesemua finalis dan juga yang tidak dipilih untuk tampil lebih jauh juga memikul beban ini. Semoga Allah memberkati kemenangan Asyraf dan akan terus memenangkan beliau.
1 comment:
semoga kita istiqamah atas jalan ini..masyarakat amat2 menanti ketibaan kita untuk menyampaikan al-hak
Post a Comment