Assalamualaikum semua MATRIans. Maaf pada pembaca lain kali ini saya nak cerita mengenai seorang legenda pejabat MATRI yang masih hidup. Haji Malik bekas raja tanah di Perlis suatu masa dahulu. Seorang yang dididik oleh Murabbi kami.
Banyak kisah kisah legenda yang menjadi kebanggaan kami melibatkan Haji Malik. Kisah yang menjadi petikan-petikan kehidupan tarbiyah di MATRI. Haji Malik merupakan seorang tua yang berumur lingkungan 69-70 Tahun. Mahir berbahasa Inggeris dan suka berjenaka. Namun agak tegas dan garang dalam masalah disiplin.
Perutnya boroi giginya tinggal 3 batang dan panjang-panjang. Ceria sentiasa. Tempatnya di pejabat MATRi. Ayat saya petang tadi selepas Pak Haji kirim salam pada Isteri saya dia kata "kirim salam kat zaujah anta dia kenai kot ana". Saya kata "Pelajar MaTRI kalau tak kenai Pak Haji, nak kena sembelih la tu."
Pak Haji Malik kini mengidap penyakit darah. Kini sel darah merah Pak Haji mudah mati. Selalunya hayat sel itu 30 hari. Sel darah mati tidak memberi masalah pada Pak Haji pada asasnya tetapi apabila sel darah cepat mati maknanya jumlah darah akan berkurangan dan ini membuatkan hemoglobin yang terkandung dalam darah juga berkurang dari badan. Jadi dia akan menjadi lemah dan juga tidak boleh kawal suhu badan.
Kini Pak Haji akan berulang sebulan sekali untuk berjumpa doktor pakar di Klang dan juga Ampang. Tadi saya berjumpa dengannya temankan dia pergi beli buah di pasar malam sri muda. Alhamdulillah terubat juga rindu pada Matri walau berjumpa seorang sahaja warga MATRI.
Pak Haji bercerita tentang pertemuan dia dengan doktor INDIA.
"Pak Cik hayat Pak cik tinggal 5 tahun saja lagi"
"Nabi saya mati umurnya 63 tahun la ni saya umur 66 tahun, Jadi saya dah dapat extra 3 Tahun, 5 tahun ka 4 ka 3 ka 1 ka saya tak kisah. Lagi cepat lagi bagus boleh saya jumpa pencipta saya."
Selepas itu doktor itu berjumpa dengan seorang doktor melayu namanya Dr Suraya. Dr Suraya mengaku bahawa Pak Haji ni bapa saudaranya.
"Your Uncle very brave lah" Kata doktor India itu.
Dr Suraya tersenyum dan menceritakan semula pada Pak Haji. Pak Haji masih ceria walaupun kini sudah tinggal lebih kurang setahun sahaja lagi jangka hayatnya. Sangat berbeza orang sakit seperti Pak Haji berbanding Orang sakit lain.
No comments:
Post a Comment