Sunday, July 31, 2011
Tahniah....!
Friday, July 29, 2011
urgent
Salam, kami drpd pihak PMRAM ada masalah.Pihak Kedutaan Malaysia memberikan maklumat yg slh kpd pihak Al-Azhar,Justeru mrka mahu mengharamkan PMRAM...mhn pd smua buat solat hajat utk kami, Slmtkan PMRAM n mahasiswa Mesir....mhn sebarkan seruan ini dlm web masing2....syukran
Wednesday, July 27, 2011
PMku tak suka Kuning, Rakyatnya sedang jatuh cinta dengan kuning.
Bila kita mengaku jadi orang atasan kita kenalah bertindak sebagai orang atasan. Jangan dibebalkan kepala atau disenakkan hati memang kita akan pertahankan ego dan berlakulah persengketaan. Selalu manusia akan salahkan yang di bawah kononnya orang bawahan ini sedikit sembab dan lembab. Tapi apa kebijakan orang atasan kalau sekadar mempertahankan ego?
Kalau ibu kata jangan pakai baju baru anak memanglah masih geram tak dapat pakai sebab baju itu baharu. Kalau cikgu kata jangan pakai pen merah murid memanglah suka yang merah itu sebab ianya cantik. Jika abang kata jangan naik motor abang memanglah adik teringin sangat nak naik motor abang yang power.
Masalahnya bila PM kata jangan pakai baju kuning... apasal tak boleh? kenapa plak salah pakai baju kuning? sejak bila kuning ini jadi warna dosa? Sami kena tukar kaler rasmilah? Habis kaler kat bendera kita tuh buat apa ? nak tukar? Ini kira menghina warna kebangsaan. ha, sudah. PM menghina warna kebangsaan?
Celik la sikit hati tuh. kot-kot PM pernah kena demam kuning. Demam kuning ni bahaya dengan warna kuning. Kalau PM dah demam kan kita kena tukar yang baru? Susah juga nak cari PM yang pandai jaga duit rakyat ni. Sapa nak jaga duit rakyat lepas ni?
Dahlah pakailah baju warna lain. Sian PM. Ke kamu ni dah tak suka PM ni wujud kat dunia ni?
Monday, July 25, 2011
Wednesday, July 20, 2011
Dunia Bayanganku
Dalam masa yang sama saya membayangkan manusia sudah tidak pedulikan sijil berfail-fail. Tidak menghiraukan duit berikat-ikat.
Dalam membayangkan yang indah dan tenang itu saya membayangkan kembali manusia hidup tanpa arah tujuan. Saya membayangkan pula manusia hidup dengan bermalas-malasan.
Tetapi bayangan ini diteruskan dengan angan-angan kepada manusia yang berkasih-sayang dan berurusan atas dasar itu. Bercita-cita kepada dasar bantu membantu. kadangkala saya berbayang-bayang apakah ada orang lain membayangkan situasi dunia yang kembali berpegang pada kata-kata lebih dari kertas?
Apakah peribadi itu dinilai oleh kertas yang bercetak? Kaya dengan wang, pandai dengan sijil, warga dengan kad pengenalan, ikatan dengan sijil-sijil, mulia dengan akuan dan penghargaan, jasa dengan pingat dan begitulah saya bayangkan dunia yang orang makan apa yang ditanam dan ternak, saya bayangkan pemimpin menggunakan hartanya untuk kebajikan, saya bayangkan rakyat yang sayang kepada pemimpin.
Tapi sayang tidak semua yang kita bayangkan itu adalah apa yang orang lain bayangkan.
Monday, July 18, 2011
Sheikh Raid Solah dibebaskan.
Syeikh Raid Solah dibebaskan selepas direman 3 minggu dalam penjara Bedford Utara London Kemudian Syeikh telah menuju ke penginapannya di London, selepas dibebaskan dengan keputusan dari mahkamah tinggi yang dikeluarkan Jumaat dengan ikat jamin dan syarat-syarat yang lain , antaranya tidak dibenarkan memberi Khutbah ataupun ucapan politik. Pertubuhan -pertubuhan Islam di Britain menyifatkan pembebasan Syeikh dengan jaminan adalah kemenangan besar dan penghujahan akan disediakan bagi menjawab pembohongan-pembohongan Zionis bagi mempertahankan Syeikh. Hakim mahkamah tinggi London memutuskan wang ikat jamin Syeikh sebanyak 20,000 pound Sterling dan mengarahkan pemasangan pagar elektronik dan memastikan keberadaannya setiap hari. Hakim berkata bahawa : sesungguhnya tiada bukti yang menunjukkan Syeikh Solah boleh menggugat keamanan rakyat Britain atau membahayakan orang awam. pendengaran semula kes Syeikh Raid pada September akan datang. | ||
Thursday, July 14, 2011
Wednesday, July 13, 2011
Tuesday, July 12, 2011
Ramadhan apa persediaannya?
Saturday, July 09, 2011
Polis Vs Rakyat = Najib Takut
Friday, July 08, 2011
Mesir Apa Kesudahannya?
Amerika melalui lidah akhbar mereka hanya mampu memberi pandangan-pandangan yang membawa kepada putus asa bagi Mubarak. Inilah akibatnya bersahabat dengan penjahat. Kebenaran pasti akan menerjah biar sekebal manapun penipuan menjadi empangan kekejaman. 30 Tahun sudah menjadi tempoh tua sebuah empayar modern. Kita bukan lagi di zaman Rom dan Farsi. kita kini di zaman duit duit kertas yahudi.
Syiah terus berangan mengembalikan zaman kegemilangan fatimiyyin di tanah Arab. Dalam masa Barat mempromosi puppet baru yang bernama el baradey agar dapat diangkat ke pentas parlimen mesir. Sedang itu juga IMF sudah bersedia menabur modal untuk membiaya pembangunan semula Mesir. Pastilah riba yang bakal ditawarkan dengan pembangunan maddiy.
Ramai orang menduga Ikhwan bersuara tetapi sampai kini kita belum jelas apa pendirian mereka. Inilah yang sedang berlaku. Mesir telah dibuka pada era Umar al Khattab dan Peristiwa Surat Umar kepada Nil begitu masyhur dalam kitab sirah.
Apakah akan terjadi pada Mesir selepas ini.
Cikgu yang celik dan murid yang mendengar.
Thursday, July 07, 2011
Rupanya ada lagi negara yang lebih panas dari Sudan.
Kuwait dan negara teluk majoritinya memiliki pantai dan laut yang dinamakan dengan Laut Putih. Keluasan Kuwait mencecah 17, 818 KM persegi yang memuatkan lebih 3 juta penduduk. Kuwait bergantung penuh dengan hasil minyaknya, bahkan ia merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak terbesar di dunia. Kuwait merupakan negara Islam kedua yang paling stabil ekonominya selepas Brunei.