Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Saturday, July 09, 2011

Polis Vs Rakyat = Najib Takut

Bersih 2.0 merupakan ujian pada pendirian pasukan pengaman negara. Rakyat mahukan keadilan dalam pilihanraya tetapi ia seolah kemahuan yang berdosa bagi Kerajaan Malaysia kini. Rakyat mahukan negara yang lebih bebas dalam meluahkan pandangan tetapi kerajaan merasakan kebebasan bersuara boleh menggugat keamanan.


Oleh kerana kerajaan tidak selesa dengan perhimpunan bersih maka diarahkan Polis dan juga FRU menyuraikan perhimpunan walau dengan apa jua cara. Rakyat dan Polis sebenarnya tiada permusuhan. Tetapi masalahnya Polis dan FRU digunakan sepenuh kehendak oleh PM dan sekutunya.

Kisah permusuhan ialah rakyat dan kerajaan. Polis pula dikudakan dan diarahkan menjadi perisai politik kerajaan. Walaupun bukan semua rakyat terlibat dalam demonstrasi bukanlah jadi sebab untuk mereka yang keluar dibelasah, diikat dan dizalimi. Hak mereka untuk menyatakan pandangan mereka sepatutnya diberi. Sekalipun Malaysia tak mahu dijadikan negara ISlam sekurang-kurangnya jadikanlah Malaysia negara merdeka yang bebas untuk berfikir dan berpendirian.

Polis dan rakyat sebenarnya sentiasa dalam kesepakatan pandangan. Rakyat mahukan keamanan begitu juga polis. Rakyat mahukan kemajuan begitu juga polis. Rakyat mahukan kebenaran begitu juga polis. Tetapi masalahnya Polis mesti menjaga kerusi Pemimpin Kerajaan bagaimana terukpun pemimpin itu. Jadi api permusuhan antara polis dan rakyat sudah lama menyala. Sejak Polis terpaksa membela kerajaan yang jahat.


kisah Berih 2.0 memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia hari ini bukanlah mesra rakyat. Kempen 1 Malaysia hanyalah usah untuk mempertahankan kuasa yang semakin lusuh dan lapuk. Rakyat kini bukanlah lagi rakyat yang boleh ditipu dengan mudah dengan rasuah pilihanraya atau media wakil BN.

Ketakutan hilang kuasa sangat jelas pada wajah PM dalam ucapannya akhir-akhir ini. Malaysia kini menjadi ikon diktator kepartian yang berjaya setelah BN mampu mempertahankan penguasaannya ke atas negara beraja sejak mendapat kemerdekaan dari British. Kekuasaan percuma yang dinikmati oleh Najib merupakan kenikmatan yang sangat takut dilepaskan atau kehilangan. Kuasa yang sebelum ini menjadi idaman kini sedang rapuh digoncang oleh pakatan pembangkang yang lebih cenderung memperjuangkan hak rakyat.

Kerajaan BN tidak menjamin apa-apa kemudahan baru kepada rakyat melainkan bangunan-bangunan tinggi yang membawa keuntungan pada kroni mereka. Kerajaan BN hanya memberi hadiah tekanan kos kehidupan yang tinggi dilapik alasan-alasan merepek. Inilah dia yang bakal mencetus kepada sebuah revolusi rakyat yang sebenar. Tekanan begini takkan mengecutkan kemaraan rakyat bahkan akan menjatuhkan BN dan bakal menghukum pemimpin-pemimpinnya dengan kehinaan dan hukuman yang sangat berat.

BN harus belajar dari apa yang berlaku di timur tengah. Jika akal pemimpin masih segar nescaya mereka akan mula mempertimbangkan pandangan rakyat dan mula berhenti menelan harta negara.

No comments: