Ayahku berpesan, jangan membazir.
Ibuku berkata cermat itu selamat.
Bahkan AlQuran mengajar boros itu keji.
Nabi Bersabda walau disungai
berpadalah dalam wudhukmu.
Semuanya kukhatam sedari kecil.
Kini seekor sahabat Syaitan,
ingin mengajar masyarakatku.
Ajaran ini mungkin baru,
bagi sekolah Islam Hadhari.
Dahulu duit negara dibuang,
kini duit rakyat diburu.
Katanya kita perlu berjimat.
Katanya kita sentiasa fikirkan rakyat.
Sedangkan tilamnya derita sejagat.
Hidangannya jerih berdaulat.
Pakaiannya kebencian kesumat.
Berjimatlah perkataanmu,
cermatlah laung serumu.
Kerana inilah jalan selamat.
Melambat tarikh keramat.
Sumpah seranah ini bukan hanya meluat.
Tetapi doa yang keramat.
Jangan kau ajar kami jimat.
Jangan kau suruh kami cermat.
Sedang kau jahil amat.
sedang kau kufur nikmat.
Jimat cermat telah kami semat
zaman berzaman sebagai adat.
Rakyat yang murka.
di bumi orang susah.
9 Jun 2008
9 comments:
nice..
satu pengamatan yang baik saya kira.
moga sentiasa menjadi yg murka dgn kemungkaran yg diadaptasi dgn jajaran mungkar!
nice..
satu pengamatan yang baik saya kira.
moga sentiasa menjadi yg murka dgn kemungkaran yg diadaptasi dgn jajaran mungkar!
kara[jaan] memang mangkuk tingkat..
suruh rakyat jimat cermat
tp depa dok bedal duit rakyat
sekali aku hambat
lepastu aku ikat kuat-kuat
ajak ramai2 main sebat-sebat
bila mati taruk dlm liang lahad
bia kena makan ulat
andai mereka memakai kasut yang sama, atau andai mereka pernah berkaki ayam...
panas ni. hihi.
pelikkan? itulah pemimpin yg mereka sayang-sayang sangat tu.
menarik tertarik.. kau memang omaQ da boom!!
http://www.omaQ.org
jgn keliru yah. nih omaq. saya umaq. dekat sama tapi saya hensem sikit.
hek elleehh..
ubah cara hidup kita!!! huahauhaua...
Post a Comment