Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Friday, June 06, 2008

seperti kera.


Pemimpin umpama pengembala,
menjaga makan minum rakyatnya.
Keselamatan dipelihara, tiada siapa
mampu mengancam sejahtera.

Bahagia mereka jadi agenda.
Ada cedera segera dibela.

Kini pemerintah macam kera.
Pisang diupah lupa segala.
Kelapa yang bergayut ditendang ke tanah.
Keselamatan sang sabut dikopek kupas.
Disepak berguling kelapa ke tangan peraih.
Sudah dibogel dibelah pula.
Dari bersatu berpecah dua.

Belum puas hati sang kera.
Walau kelapa menangis bertimba.
Diparut parut kantung mereka.
Sudah diparut diperah pula.

Mengalirlah darah suci tiada noda.
Ditadah hirup mereka durjana.
Tempurung minda dijemur pula.
Biar kering hilang semua.

Sudah dijemur dicukur semua,
dikikis licin dipotong ceria.
Inilah kemajuan yang dibangga.
Rakyat ibarat kelapa.
Jadi santapan yang berkuasa.

Siddiq Osman
Khartoum, sudan

4 comments:

KIDEN~H.D.3 said...

pemimpin macam kera,
rakyat macam kelapa
inilah tanda-tanda
dunia dah nak binasa.
ape lagi kawan2 semua
marilah bertaubat sama2.

ASaL said...

pemimpin yang tidak dapat menjamin setiap suapan sampai ke mulut rakyatnya, layakkah lagi digelar pemimpin?
atau despotik yang memakai bermacam-macam topeng demi menghalal apa saja.

AsYaFuDaMiRa said...

sinisnya...

Anonymous said...

PBN..
P stand for projek
B stand for babi
N stand for negara..

Sapa BABI negara..tarikk balikk..KJ said
huahauhaua...

makan cabai takkan nak rasa mcm pelam kot KJ? kata graduated Oxford..