Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Friday, February 27, 2009

PPSMI satu pengkhianatan halus.

PPSMI jikayang belumkenal singkatan ini ia merujuk kepada agenda yang merugikan Bangsa dan bahasa melayu dari sudut budaya dan keilmua. Iaitu membahasa Inggeriskan pengajaran Math dan Sains di sekolah-sekolahMalaysia.

Secara rambang saya berpendapat ini adalah satu kerja sia-sia yang akan memusnahkan kerja keras penggiat dan pembangun bangsa sejak sebelum merdeka. Proses seperti ini berlaku di banyak negara yang terjajah minda. Saya sekalipun tidak menganggap bahasa Inggeris sebagai jenayah tetapi masih terasa sedikit geli dengan penggemar bahasa penjajah itu. Seolah olah mereka berbangga dengan kemampuan mereka meniru budaya tinggalan penjajah.

Kita orang melayu telah kehilangan tulisan asal melayu. iaitu tulisan jawi sebagai tulisan ilmu. Ini berlaku setelah kita menghadkan tulisan bangsa kita dalam pengajian agama sahaja. Kini rata-rata anakmelayu gagal menguasai warisan emas itu. Sedangkan orang-orang di asia barat yang agak jauh kemajuan teknologimereka dari kita seperti Pakistan masih menggunakan tulisan urdhu dalam sastera mereka.

Secara telitinya kita kini sedang berhadapan dengan pengkhianat bangsa yang secara sedar atau tidak sedang memusnahkan melayu dari menuju ke arah ketamadunan melayu baru kepada terjerumus kepada bangsa yang menumpang tamadun barat yang sesat. Kalau kita kaji secara pendek kita akan dapati bahawa bahasa asal Sains dan Teknologi bukanlah Bahasa Inggeris, Astronomi asalnyadari Greek dan Arab. Falsafah asalnya dari Yunani dan Arab. Matematik dari Arab. secara biadabnya orang inggerisitu asalnya perompak dan penjajah sahaja. Mereka orang kasar, orang tiada tamadun. Tetapi setelah berjumpa dengan Empayar ilmu yang besar iaitu Islam baru mereka sedar ilmu itu sangat penting.

Jati dirilah sebenarnya penyumbang kepada kemajuan ilmu. Kalau dilihat kepada zaman emas semua ketamadunan Ilmu kita akan dapati Penterjemahan bahasa asing ke bahasa ibunda adalah aspek utama. baik kita lihat dalam era kegemilangan ilmu zaman abbasiyah atau zaman renaissance eropah. Atau gerak kerja pemulihan era ali basha di Mesir. Sebenarnya kita perlu perbaiki dan mengayakan bahasa kita untukmaju. bukan membunuhnya kemudian menumpang bahasa penjajah kerana kebodohan kita untuk menganalisa kelemahan sendiri.

Saya yakin setiap mereka yang berusaha menjayakan pengalihan ini akan dikenang sebagai pengfkhianat bahasa dalam buku-buku sejarah akan datang. Sebagaimana berlaku kepada Sultan Sultanyang menjualtanah kepada penjajah yang kita baca hari ini sebagai tindakan bodoh yang cetek. Saya yakin rakyat yang faham akan menolak pengunduran tamadun yang sedang kerajaan ura-urakan sebagai pemantapanbangsa. Persetankan ego kalian lihatlah masa depan anak bangsa. Perlemabagaan Bahasa Rasmi mesti di ulang rujuk.

Somalia kembali bergolak.

Setelah terlantiknya ketua Parlimen baru Syeikh Ahmad kini Somalia kembali dilanda perang saudara. INi berikutan penolakan Harakah Syabab Mujahidin terhadap perdana menteri baru. Mereka menganggap Beliau sebagai boneka Amerika dan Etophia. Keadaan bertambah berat apabilapihakinimenolak sebarang rundingan.

Situasi di sana masih belum dapat saya rumuskan dengan baik. Kerana liputan mengenai Somalia amat terhad sekalipun saya sendiri berada di benua Afrika. Mungkin kerana Somalia tiada hasil bumi seperti di darfur. atau mereka bukanlah bangsa arab. Tetapi OIC seharusnya memainkan peranan yang selayaknya bagi memantau permasalahan keseluruhan Umat Islam. Somalia adalah sebuah negara 100% muslim. Jadi tiada sebarang sebab kenapaOIC perlu melengahkan kepada sebarang tindakan wajar.

Untuk makluman pembaca Somalia adalah negara persisiran pantai. Jika keamanan terjamin disana maka negara ini mampu dibangunkan sebagai sebuah negara pelabuhan dan bermacam lagi fungsi lain sebagai negara berlaut di benua Afrika yang tandus.

Selain itu Somalia disempadani dua negara kristianyang pelik iaitu etophia dan eriteria yang kini bertarikhkan tahun 2001. kerana merekabaru menyambut alaf baru tahun lepas.

Tuesday, February 24, 2009

HAMAS serahkan pilihan ditangan rakyat Palestin.


HAMAS menyatakan segala pilihan terbuka kepaada rakyat Palestin bagi menentukan masa depan kesucian dan keadaan bangsa Palestin. Dalam seruan HAMAS pada semua pejuang kemerdekaan Palestin dan pembelaan bangsa itu dari ditindas rejim Zionis agar bersatu di bawah satu panji perjuangan iaitu Islam.


HAMAS turut mendedahkan rancangan-rancangan yahudi bagi merobohkan masjid Al Aqsa dan mengusir penghuni Palestin di sekitarnya. HAMAS menyifatkan perancangan jahat ini boleh dihadapi oleh Palestin sekiranya mereka bersatu. Inilah fungsi yang dimainkan oleh Fatah bagi pihak yahudi. Mereka akan mengapikan perpecahan dan menjadi talibarut yahudi bagi kepentingan politik yang tidak akan pergi ke mana.


mereka telah digelapkan dari pandangan yang lurus dengan dunia dan dosa-dosa mereka. hal ini sangat menyedihkan kerana mereka masih mendapat kepercayaan beberapa negara Islam contohnya Malaysia.


Bagaimanapun saya ingin maklumkan bahawa Ulama seluruh dunia sekarang ini sedang memepersiapkan beberapa perkara yang menjurus ke arah pembentukan semula Khilafah Islam. Beberapa siri seminar Ulama antarabangsa sedang berlangsung dan akan terus berlangsung sehinggalah tertegaknya sebuah Khilafah. Jadi sesiapa yang merasakan Islam takkan menang ketahuilah bahawa ISlam sedang menghampiri kemenangan dan ingatlah pertolongan Allah itu hanya pada mereka yang Ikhlas.


Jangan kita terlalu pesimis dengan khabar-khabar yang dibawa ejen propaganda sebenarnya Islam sedang menuju ke puncak kemenangan dengan lancar dan tersusun. Ingatlah ALLAH adalah Tuhan sekalian alam dan takkan pernah tewas. Maka sertailah Parti ALlah dan perangilah parti Syaitan. Mulakan hari ini.

Thursday, February 19, 2009

Khalid Mesy'al

Dilahirkan di Ramallah pada tahun 1956M
.
Telah berhijrah ke Kuwait pada 1967 dan menetap di sana sehingga tercetus peperangan teluk 1990..

menamatkan pengajian rendah di Salwad, ramallah. Menghabiskan sekolah menengah dan university di Kuwait
. .
memimpin gerakan pelajar Palestin di Kuwait.، dan turut serta menubuhkan harakah Alhaq Islamiy bagi menghadapi pilihanraya persatuan pelajar Palestin menentang wakil Fatah
.
mendapat Ijazah fizik dari university Kuwait
..
mendirikan rumah tangga pada tahun 1981 dan dikurniakan 7 orang anak  3 perempuan dan 4 lelaki. 
 
Semasa di Kuwait beliau merupakan guru Fizik di samping melakukan kerja kerja untuk maslahah Palestin
.
meninggalkan kerja-kerja politik ketika tiba di Jordan.
 
Dikira antara pengasas HAMAS

pernah cuba di bunuh pada 25/9/1997، di ibu Negara Jordan  oleh perisik yahudi Mossad.،bagaimanapun dua pegawalnya berjaya menumpaskan dan menawan perisik tersebut.dengan kegagalan ini HAMAS berjaya membebaskan Syeikh Ahmad Yassin.
 
telah menganggotai pejabat politik HAMAS sejak penubuhannya dan dilantik menjadi ketua pada tahun1996.

Tuesday, February 17, 2009

bom-bom yang tidak meletup di Ghaza.

Inilah sebahagian gambar Bom-bom Israel yang enggan meletup di Ghaza.
AllahuAKbar!

HAMAS menghargai PAS dan Anwar Ibrahim.

palestine-info.com

Abu Zuhri yang telah berada di Malaysia pada 15 febuari menyifatkan pertemuannya dengan Anwar Ibrahim (ketua pembangkang Malaysia) merupakan pertemuan penting dan berhasil. Selain berasa bersyukur kerana telah dijemput oleh PAS bagi menyampaikan mesej mesej penting berkenaan peperangan yang dihadapi HAMAS dan juga perkembangan politik HAMAS di Palestin dan tanah Arab.

Dalam lawatannya ke Malaysia beliau menyifatkan peperangan masih berterusan dan pembinaan semula Ghaza belum dimulai.

terbaru kini, Fatah menangkap 3 kader HAMAS di Tebing Barat. HAMAS di Tebing Barat menyifatkan FATAH sebagai pihak yang disangsikan dalam masalah perundingan HAMAS dan Fatah. Mesyal menuntut FATAH membebaskan semua tahanan politik dari penjara di RAmallah.

Dalam kita meninjau kemelut di Perak jangan kita terlepas pandang kemelut di Ghaza masih menuntut bantuan kita. Saya tertarik dengan video tunjuk perasaan di Kuala Kangsar di mana bendera Palestin turut berkibar dalam menuntut ketelusan pentadbiran dari Sultan Perak. Kini anjing-anjing cuba menyalak seolah-olah Sultan tidak kenal gelagat mereka sebenarnya.

Semoga Allah membalas pejuang-pejuangnya dengan ganjaran yang berlipat ganda. Kita jangan sesekali takut pada manusia. Kerana Allah tidak menerima amalan mereka yang menyekutukanNya. Selamat berjuang semua.

Sunday, February 15, 2009

HAMAS siapakah mereka?

nagi menjawab beberapa persoalan yang diajukan saya meneydiakan artikel ringkas ini. Saya tampilkan nota ringkas ini berdasarkan apa yang ada dalam kepala saya sekali lalu. jika ada maklumat yang salah atau kurang tepat harap betulkan dalam komen.

HAMAS singkatan dari harakah muqawamah Islamiyah. Beerti gerakan penentangan (terhadap penjajahan Israel) Islamiy. perkataan HAMAS itu sendiri adalah beerti bisikan jihad atau suara semangat. ditubuhkan pada 1987 oleh As-Syahi Syeikh Yassin yang merupakan anggota Ikhwan yang dibuang negeri. Diasaskan Hamas bersama dengan Syahid Abdul Aziz Rantissi. kedua dua mereka Syahid pada tahun 2006. untuk makluman Syeikh Yassin lumpuh semasa hidupnya tetapi syahid dibom oleh Apatchi.

Hamas menubuhkan sayap ketenteraannya di atas nama pejuang Izzuddin Qassam dan dinamakan kataib Izzuddin Qassam juga digelar Tullab Ayyash sempena nama pereka bom pertama untuk HAMAS. Sayap tet\ntera ini ditubuhkan pada tahun 1992 setelah lima tahun barulah gerakan HAMAS melancarkan Intifadhah pertama. Ini adalah hasil didikan HAMAS kepada pejuang pejuangnya. Pengem\bom berani mati dari HAMAS bukanlah seperti yang barat gambarkan dalam filem-filem mereka. Mereka diberi training yang lengkap dan mereka bukanlah dipilih secara rambang atau semberono. Ramai yang mendaftar diri untuk operasi suci ini tetapi hanya mereka yang terpilih sahaja berpeluang mati sebagai Syahid. Semua latar belakang diambil kira.

Setelah beberapa lama HAMAS berjuang untuk membebaskan Palestin akhirnya pada 2007 Mereka dipilih rakyat untuk memimpin perjuangan ini secara menyeluruh dalam pilihanraya parlimen. Mereka memenangi majority percalonan. Ini menjadikan HAMAS memerintah tebing barat dan Ghaza. Namun semua bantuan kemanusiaan ditarik oleh PBB dan kesatuan eropah. Ditambah pula dengan sekatan ekonomi dan tekanan dari dlaam oleh FATAh. setelah HAMAS digulingkan di tebing barat mereka memusatkan penguasaan ke atas Ghaza. Sebelum serangan terbaru Israel ke Atas ghaza. Mereka telah mengepung Ghaza dari sebarang kegiatan ekonomi selama enam bulan.

HAMAS telah melahirkan 15000 kanak kanak Huffaz dalam masa tidak sampai 2 tahun. Mereka menjadikan 90 peratus dari sumber kewangan Ghaza untuk kemudahan rakyat dari segi makanan perubatan dan pendidikan. Inilah yang dunia katakan jenayah. menegakkan keadilan dan memperjuangkan kemerdekaan serta menyalurkan keadilan adalah jenayah kini.

Jika ditanya saya siapa pula Fatah Saya akan jawab Fatah itu umpama UMNO di Malaysia. Berunding untuk mengemis kemerdekaan dari penjajah. Semoga Allah bantu pejuang yang berani dan bermaruah dan musnahkan pemimpin munafiq dari perjuangan. Sekian wassalam.

Thursday, February 12, 2009

satu rumusan

Islam VS Hak Asasi Manusia.


Oleh : Siddiq Osman.



Tajuk ini pasti mengundang canggung seluruh pencinta agama Islam yang membaca ataupun yang tidak membaca. Tetapi nanti dahulu, tajuk bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan ukuran total dalam mengadili sesebuah penulisan atau karangan.



Islam adalah agama fitrah. Ini diakui oleh semua muslimin yang faham tentang dasar dan asas-asas Islam. Islam disifatkan sebagai sebuah cara hidup yang terkandung di dalamnya ideologi-ideologi dari pelbagai cabang kehidupan. Pada dasarnya segala syariat yang terkandung dalam Islam memelihara enam elemen kehidupan manusia. Nyawa, akal, agama, maruah, harta dan tanah.



Manakala hak asasi manusia menyentuh skop yang lebih banyak dari apa yang ulama Islam terbitkan dalam tujuan syariat agama itu. Walaupun begitu sehingga kini tiada suatu sistem yang mampu mencapai peringkat keberkesanan sistem yang telah disediakan Islam. Islam mampu mewujudkan satu masyarakat yang bebas jenayah. Sekalipun bertuukar pemerintah. Ini berlaku di beberapa dinasti atau empayar Islam sebelum dan selepas Bani Umaiyyah.



Dunia kini menjulang Sistem Demokrasi yang berlandaskan suara ramai sebagai sumber keputusan. Sistem demokrasi dikatakan sistem paling ideal dan mengenepikan semua sistem lain. Disamping itu, sistem demokrasi begitu selesa untuk disuntik kedalamnya mana-mana sistem sokongan lain seperti kapitalisme atau sosialisme, hidonisme atau realisme dan pelbagai lagi ideologi ciptaan manusia.



Manakala Islam dan empayarnya disisihkan dari dunia. Siapa yang masih memperjuangkannya dianggap kolot dan konservatif. Bahkan disesetengah negara mengharamkan Islamisme. Boleh menjadi muslim tetapi tidak boleh menjadi muslim total. Islam hanya disekat kepada upacara keagamaan semata. Walaupun logisnya ia melanggari hak asasi manusia tetapi ironinya mereka mengatakan Islam yang melanggari hak asasi manusia.



Di sini kita melihat bahawa Islam yang diubah suai lebih relevan dari Islam yang telah ditenggelamkan oleh imperialis barat. Islam yang memerintah sepertiga dunia dengan aman dipotretkan sebagai penyekat kemajuan. Islam yang telah membina ketamadunan insan digelar sebagai kolot dan ganas. Islam diasak dengan bermacam gerakan di bawah nama hak asasi manusia. Sehingga hari ini. Antaranya perjuangan feminisme. Ini jelas mencabar wanita agar meninggalkan kewanitaan mereka supaya mendapat jolokan wanita moden. Mereka yang pada fitrah pemalu kini disogok perasaan bangga apabila berbogel. Sejak berzaman wanita menjadi simbol malu dan silu kini wanita menjadi simbol seks dan kemegahan. Inilah feminisme yang telah diperjuangkan oleh hak asasi manusia.



Berbeza dengan Islam. Islam mengangkat wanita dari lembah kehinaan sebelum Islam kepada darjat yang tinggi dalam masyarakat. Wanita diberikan imej yang dihormati dalam sudut pakaian dan juga kedudukan. Ibu diangkat sebagai gerbang syurga bagi anak. Isteri diangkat sebagai penolong dan teman bagi suami. Wanita-wanita diletakkan sebagai pendidik dan juga pembina minda bagi masyarakat. Wanita dihormati, disayangi dan terbela. Mereka diberi tugas dan kebebasan yang selayaknya. Namun barat menggunakan kelebihan yang Islam berikan kepada lelaki sebagai propaganda yang kononnya wanita ditindas dalam Islam. Padahal Islam adalah agama yang memperjuangkan hak-hak wanita. Tetapi dalam masa yang sama Islam tidak menzalimi lelaki.



Poligami adalah senjata paling acap mereka gunakan untuk meracuni wanita dan menukar keadilan Islam kepada wajah diskriminasi wanita. Sememangnya dalam poligami terkandung hikmah yang sangat besar dan hanya dapat disimpulkan bahawa poligami adalah bagi memelihara keharmonian sosial dan menghindarkan gejala yang sedang menular hari ini. Seperti: Seks rambang, penceraian, pelacuran, andartu dan sumbang mahram.



Namun oleh kerana kurangnya selidikan dan juga kajian oleh umat Islam semua yang disogok barat ditelan bulat-bulat sehingga Islam yang diturunkan dari langit dilihat hina dan merosakkan. Ingatlah bahawa Islam itu datangnya dari Allah yang menciptakan manusia dan Allah bersifat Maha Adil, Penyayang dan Bijaksana. Di samping banyak lagi sifat-sifat kesempurnaan Allah yang mesti kita tanggapi sebagai sumber ketaatan dan merasa hina untuk mengingkari suruhanNya.



Hak asasi yang diperjuangkan hari ini adalah senjata kuffar bagi menyesatkan umat Islam dari hidayah Allah yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Mempertahankan Islam adalah lebih jauh dari memenuhi hak asasi manusia bahkan menjadi jaminan kepada perlindungan hak asasi sekalian makhluk di alam ini. Islam terdiri dari akhlak, syariat, aqidah dan juga ibadah. Keempat-empat perkara ini mesti bersatu dalam satu jiwa barulah manusia akan bebas dari sebarang bentuk kemusnahan sosial, fizikal, mental,spritual dan emosional.



Sebagai Muslim adalah menjadi tanggungjawab kita menerangkan konsep konsep sebenar Islam kepada semua masyarakat. Jadi jika hak asasi manusia yang barat war-warkan bertembung dengan syariat Islam pastilah Islam lebih bertamadun dan praktikal untuk diutamakan. Islam itu bukan sekadar menepati logik bahkan ia menjangkaui kemampuan logik.

Thursday, February 05, 2009

Isu Politik dalam negara.

Kekecohan berlaku setelah berlaku penukaran calon. Saya amat tertarik kepada senario ini. Pertama saya ingin melihat apa reaksi Anwar kedua Saya ingin mendengar apa kata Umno. Ini kerana sebelum ini kita digemparkan dengan ceramah Anwar yang malaysia akan beralih kuasa dengan taktik lompat parti. Tetapi sehingga kini belum berlaku. Sebaliknya sebuah negeri yang agak besar di Malaysia goyah dan kacau kerana lompat parti berlaku ke atas calon  pakatan rakyat. Kini UMNO menganggap ianya suatu yang adil sedang ssebelum ini mereka menyatakan ianya satu pengkhianatan pada undi rakyat.

Ok itu zahirnya, Batinnya? Baik sebelum kedua-dua calon PKR tukar parti mereka dituduh atas tuduhan rasuah. Ini dibahasakan oleh Umno Perak seolah olah kedua-duanya mmmg telah dibicarakan dan bersalah. Kini di mana pertuduhan itu? Ketiga-tiga Adun ini dikhabarkan mendapat imbuhan lumayan. Benarkah? Saya secara buktinya tak dapat mengesahkan perkara ini. Tetapi saya sebenarnya ingin benar mendengar apakah alasan mereka ini tukar parti. Sedang mereka sedang dibela oleh Menteri Besar dan dalam masa yang sama mereka adalah dalam golongan yang menang. Motif untuk beralih angin amatlah sedikit dan kalau bukan ada keuntungan apakah relevannya mereka bertindak sedemikian.

Secara rumusnya saya hanya ingin menyatakan inilah kecacatan sistem buatan tangan manusia penuh dengan penipuan kesangsian dan persengketaan. Alangkah baiknya kita bina orde baru yang dihasilkan oleh wahyu. Saya yakin Allah takkan menerima apa jua serahan melainkan ianya benar benar bersih. KIta boleh lihat bagaimana undang - undang yang diwar-warkan mulia dipijak oleh mereka yang hanya pentingkan dunia. Sudahlah jangan buang masa rakyat dengan percaturan politik kotor. Fokuslah pada pendidikan rakyat dalam rangka kita mencapai kemenangan sebenar.

Mereka yang kotor sanggup makan najis untuk menyembunyikan diri mereka itu kotor dan semakin mereka berusaha semakin itulah mereka membuka pekung mereka sendiri. Politik ini medannya berliku dan setiap liku itu perlukan tipu daya. Bijaksana sahaja belum cukup untuk menjadi jaguh politik. Ia menuntut banyak pengorbanan. Moral yang selalu terkorban. Contohilah Rasul dalam politiknya. Pengorbanan yang tak pernah merugikan. Kasih-sayang yang tak pernah bertepi. Ketegasan yang tiada penghujung. Tauladan yang tidak terhitung. Kita bukan berkempen untuk parti bukan untuk tokoh tapi kepada Allah. Bangunlah bersama Islam dan hanya Islam.

Tuesday, February 03, 2009

Amerika jadikan kemanusiaan sebagai senjata politik.

Amerika yang terang-terangan menghalang sebarang tindakan ke atas Israel ketika membunuh lebih 1300 muslimin Ghaza kini sedang menggunakan nama kemaanusiaan untuk bertindak ke atas sudan yang sedang mengekang pemberontak utusan yahudi di Darfur dengan nama gerakan keadilan dan persamaan. Pemberonntak yang ada hubungan langsung dengan Chad dan tidak langsung dengan Perancis itu telah mempergunakan remaja Darfur dalam sessi serangan ke atas Khartoum awal 2008.

Kerajaan Sudan terpaksa menggunakan serangan udara bagi melumpuhkan kubu JEM telah dikecam Amerika kononnya akan membahayakan anggota pengaman PBB yang bernaung bawah UniMid sedangkan membiarkan Israel membedil sekolah di bawah naungan PBB UNrwa. Di sinilah kelihatan kaitan rapat JEM dan yahudi Amerika. Mereka mengeluarkan kenyataan ini seolah-olah umat islam telah lupa apa yang berlaku di ghaza beberapa hari lalu.

Inilah satu pengiktirafan musuh umat ini kepada kealpaan umat Islam. Di mana-mana Islam diburkkan dan di hina. Setiap gerak geri kita adalah serong pada panddangan masyarakat barat. Tetapi kita sentiasa mengkagumi mereka. CInta budaya mereka sayang icon mereka, Kenal produk mereka. Paling menyedihkan menyumbang kepada mereka dalam usaha mereka menghancurkan Islam.

Barat atau timur mereka adalah sama Al Kufru Millatun Wahidah. Semua  Kekufuran itu adalah anutan yang satu. Musuh mereka adalah Islam. Kita hentikan sebarang  sentimen agama. Kini kita satukan bawah payung akidah. Buang semua yang berunsur perkauman. Apa jua bangsa akan sejahtera dalam Islam. Tiada beza dalam darah bangsa apa sekalipun tetapi apabila akidah yang menjadi perbezaan maka Taqwalah yang lebih mulia.

Iran kini di angkasa.

Iran telah berjaya melancarkan satelite pertama buatan sendiri yang diberi nama Harapan. Ini membangkitkan kebimbangan Perancis bagaimanapun Ahmedinajad menafikan syak Perancis yang mana satelitnya akan digunakan bagi tujuan pelancaran nuclear. Ahmadi najad menegaskan bahawa ia hanyalah bagi tujuan keselematan Iran semata-mata.

Bagaimanapun dengan terlancarnya satelit ini akan meletakkan Iran sebagai sebuah lagi negara peneroka sains angkasa lepas. menteri luar Iran menyatakan Satelit Iran ini bakal memantau keperluan negaranya. pelancaran yang dilakukann sendiri oleh Iran ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak terutamanya Israel bekas menteri luarnya Ishak a/l Israel menyatakan jika Iran mampu melancar satelit ke angkasa lepas maka ia berkemampuan menghantar peluru berpandu ke barat eropah. Berdasarkan kebimbangan ini sidang tergempar eropah segera diadakan di frankfurt German.

walaupun dalam tempoh sekatan ekonomi yang dahsyat Iran mampu membangunkan teknologinya dengan penuh berdikari. mereka menggelar satelit yang diberi nama Omeid ini sebagai duta iran di angkasa raya.

Sunday, February 01, 2009

HAluan kini di Ghaza.

Ghaza masih belum aman selagi Israel tidak diselesaikan. Petang Ahad semalam Israel mengebom Bandar Ghaza dan juga sebelah sempadannya. Israel kini dalam kempen pilihanraya dan kempen mereka seperti kempen di kalangan syaitan. siapa yang menjanjikan kerosakan paling besar bagi umat manusia maka merekalah yanga akan terpilih.
Kini netenyahu mencanang akan memerangi Iran jika dia menjadi perdana menteri. Benarlah kata Erdogan mereka ini berperibadi penggganas dan perangai mereka menjadi bukti kepada jenayah mereka.
Mahmud Abbas kini dalam usaha menggagalkan percubaan HAMAS mewujudkan satu ikatan baru perjuangan Pembebasan Palestin dan mendakwa HAMAS cuba menghapuskan PLO. Inilah yang berlaku Israel menyerang secara fizikal pengkhianat pengkhianat menyerang dari sudut politikal. Ini sungguh menyedihkan.
Kenapa HAMAS perlu pertahankan kuasa di Ghaza dan merebutnya di Ramallah dari tangan Fatah? Soalan ini akan diajukan bagi mereka yang membaca dan mendengar dari sumber sediaan barat seperti AFP Reuters dan seumpamanya. Saya tidak menyatakan semua sumber Arab menyebelahi HAMAS bahkan Ramattan kadang-kadang mempertikaikan HAMAS. Jadi saya berasa bersyukur apabila sudah ada orang Malaysia sendiri di Ghaza. Walaupun sebagai doktor ia sangat berbaloi. Kita harap selepas ini wartawan akan menyertai NGO bagi menyeludup berita sebenar keluar.
clik sini untuk catatan wakil Haluan di Ghaza.